You are on page 1of 3

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2006

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN EUREKA REEE


1.

Pertandingan EUREKA adalah berbentuk aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar


bekerjasama secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh
penganjur.

2.

Setiap sekolah yang menyertai hendaklah menghantar 4 orang peserta, pelajar tahun 4
dan/atau 5 (2 lelaki dan 2 perempuan)

3.

Tema projek adalah Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Renewable Energy
and Energy Efficiency REEE).

4.

Tajuk projek ialah Energy Efficient Beach House.

5.

Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model rumah tepi pantai yang
mengaplikasikan konsep-konsep Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga.

6.

Bahan-bahan pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur. Senarai bahan akan
dimaklumkan kepada peserta sehari* sebelum pertandingan.

7.

Hanya bahan dan alatan yang disediakan sahaja boleh digunakan untuk menghasilkan
projek yang ditetapkan. Penggunaan bahan, alatan atau apa juga bentuk bantuan dari
luar boleh menyebabkan pasukan tersebut dibatalkan.

8.

Projek yang dihasilkan hendaklah dibuat dan disiapkan di tempat pertandingan.

9.

Buku idea hendaklah dibina oleh peserta di tempat pertandingan sewaktu pertandingan
dijalankan. Kandungan buku idea mestilah hasil kerja/penulisan/lakaran ahli pasukan.
Tampalan keratan dari mana-mana sumber adalah tidak dibenarkan.

10.

Alat-alat tulis perlu disediakan oleh pasukan masing-masing. Pihak penganjur hanya
menyediakan kertas A4 sahaja.

11.

Semasa pertandingan dijalankan, guru pengiring boleh berada berhampiran pasukannya


dan membantu pasukannya hanya dengan memberi arahan tanpa menyentuh bahan
atau alatan tersebut.

12.

Setiap kali guru pengiring menyentuh barang atau alatan pertandingan, markah akan
ditolak.

13.

Setiap pasukan diberi selama 2 jam untuk menyempurnakan projek.

14.

Penghakiman adalah berdasarkan kriteria-kriteria berikut;


a)
b)
c)
d)
e)
f)

Kebolehan kreatif
Pemikiran saintifik
Kemahiran saintifik
Kerja berpasukan
Ketelitian
Keunikan/kelainan

25 markah
25 markah
20 markah
10 markah
15 markah
5 markah

15.

Pihak pengnjur berhak meminda mana-mana syarat atau kriteria pertandingan dari masa
ke semasa demi kepentingan pengursan dan objektif pertandingan.

16.

Keputusan panel hakim / pengadil adalah muktamad.

SENARAI BAHAN DAN PERALATAN YANG DIBEKALKAN


BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34

ITEM
Pisau (NT Cutter) besar
Gunting
Stapler
Pemutar skru pipih
Pemutar skru philips
Playar
Playar muncung panjang
Pembaris besi
Pembaris plastik
Tukul besi
Pembaris meter
Masking tape
Tali No 4
Plastasin
Manila kad
Plastik transparensi
Pasir
Hard board
Benang
Bateri saiz D
Pemegang bateri
Mentol 2.5 V
Suis toggle
Klip buaya
Wayar hitam-merah
Pemegang mentol
Marker pelbagai warna
Getah Gelang
Jarum peniti
Paku 1/2 inci
Gam
Paku tekan
Lidi buluh
Dawai (ambil jika perlu)

BIL/KUMPULAN
1
1
1 buah
1 batang
1 batang
1
1
1
1
1
1 batang
1 gulung
kongsi
1 kotak
1 keping
1 keping
kongsi
1 keping
1 buku
2 biji
1
2 biji
2 biji
6
1m
2
1 set 4 warna
20
Kongsi
kongsi
1 botol
1 kotak
10 batang
1m

*sebahagian dari bahan/alatan ini boleh dikeluarkan dari senarai tetapi hanya
dibekalkan/dimaklumkan pada hari pertandingan
KEPERLUAN/PERSIAPAN TEMPAT PERTANDINGAN

1 Tempat
Bilik yang cukup luas untuk menempatkan 15 pasukan atau
Dewan terbuka untuk 15 pasukan atau
Khemah sesuai untuk 15 pasukan atau
Kawasan lapang yang sesuai
2 Sistem Pembesar Suara
a. 1 pembesar suara mudah alih untuk kegunaan hakim dan urusetia
3 Hakim
a. Bilangan hakim adalah sama ada 3 orang atau 5 orang.
b. Terdiri dari kalangan individu yang mempunyai pengetahuan berkaitan
REEE, Sains dan Matematik
c. Terdiri dari kalangan mereka yang tidak mempunyai kepentingan dengan
mana-mana pasukan.
4 Persiapan tempat
a. 15 buah meja untuk pasukan yang bertanding (ukuran seperti meja kantin
atau makmal)
b. 1 buah meja untuk menempatkan bahan/alatan yang dikongsi
c. 1 buah meja urusetia
d. 1 buah meja hakim
e. Kawasan hendaklah dipagar dengan tali
5 Keperluan lain
a. Jam / jam randik
b. Mesin kira / calculator
c. Papan klip untuk hakim
d. Borang penghakiman
6 Jawatan Kuasa lain
a. Dibentuk mengikut keperluan dan kesesuaian pertandingan

You might also like