You are on page 1of 1

 

Zuraini Binti Md Nayan Tarikh : 23 Mac 2022


SK Taman Bunga Raya (1)
Persiaran Bunga Raya,
48300 Bukit Beruntung,
Selangor Darul Ehsan

Melalui :

Guru Besar,
SK Taman Bunga Raya (1)
Persiaran Bunga Raya,
48300 Bukit Beruntung,
Selangor Darul Ehsan.

Kepada :

Guru Besar,
SK Batang Kali
Jalan Ulu Yam Bharu,
44300 Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MEMOHON PENANGGUHAN BERTUGAS SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


SISWAZAH DI SK BATANG KALI

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Dengan segala hormatnya, merujuk kepada surat daripada PPD Hulu Selangor yang bertarikh 15
Mac 2022 dengan No. Rujukan : PPDHS -500-1/10/2 Jld. (29), saya telah diarahkan untuk lapor diri pada 21
Mac 2022.  Walaubagaimanapun, surat baru saya terima pada 23 Mac 2022. Saya mohon untuk
penangguhan memulakan tugas untuk menguruskan beberapa tugasan yang perlu diselesaikan sebelum ke
sekolah baru.

3.             Sehubungan dengan itu, pertimbangan dan jasa baik pihak tuan untuk memberi pelepasan
penangguhan bertugas sehingga 31 Mac 2022 dan akan memulakan tugas di SK Batang Kali pada 4 April
2022. Pertimbangan dan jasa baik pihak tuan amat saya sanjung tinggi dan dahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

Yang benar, Disokong,

……………………………………. ……………………………
(ZURAINI BINTI MD NAYAN)

You might also like