You are on page 1of 2

JURNAL INTERNSHIP

BILANGAN JURNAL TIGA


MINGGU INTERNSHIP 3 (24/7/2016-28/7/2016)
TAJUK : PROSES PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP
1.Masalah
Pada minggu ketiga, menghadapi cabaran untuk menyelesaikan kesemua projek yang
dirancang untuk dilaksanakan bagi projek internship. Projek berkumpulan kami iaitu program
latihan kecemasan dan kebakaran serta projek Pusat Sumber Abad ke 21. Selain itu saya juga
melaksanakan projek individu iaitu projek papan motivasi
2.Analisis
Cabaran ini berlaku apabila saya perlu menyelesaikan kesemua projek ini dalam masa yang
terdekat. Bagi projek Latihan Kecemasan dan Kebakaran yang melibatkan pihak luar, ia
merupakan satu tanggungjawab yang berat memandangkan saya merupakan pengarah projek.
Hal ini kerana, saya dan rakan-rakan pelaksana perlu memastikan keselesaan pihak tersebut
semasa program dijalankan. Selain itu, saya dan rakan-rakan juga perlu membuatkan
persiapan sebelum pihak luar tersebut datang untuk berkongsi ilmu mengenai kecemasan dan
kebakaran.
Seterusnya saya dan rakan-rakan juga menghadapi masalah untuk melaksanakan
projek kedua iaitu Pusat Sumber Abad ke 21. Hal ini berlaku apabila kemasukan murid-murid ke
pusat sumber tiada kawalan. Ini menyebabkan kerja-kerja memproses pusat sumber menjadi
pusat sumber abad ke 21 terganggu.

3.Cadangan penyelesaian
a. Menyenaraikan kerja-kerja yang perlu diselesaikan mengikut kepentingan
b. Melakukan perbincangan dengan guru pusat sumber
c. Meminta kerja sama dengan pengawas pusat sumber untuk menjaga kebersihan pusat
sumber.

JURNAL INTERNSHIP
4.Tempoh masa
Permasalahan ini perlu diselesaikan secepat mungkin iaitu sebelum berakhirnya minggu ke
ketiga internship. Hal ini kerana, masih terdapat banyak lagi projek yang perlu dilaksanakan
disamping perlunya saya membuat intervensi untuk kajian tindakan.

5.Tindakan susulan
Saya akan meminta pandangan dan pendapat daripada pensyarah, pihak pentadbiran sekolah,
guru-guru sekolah serta rakan-rakan terutama senior bagi memastikan pemilihan projek
tersebut adalah betul serta bermanfaat disamping tidak membebankan saya dan rakan-rakan
selaku jawatankuasa pelaksana.

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Disemak oleh Mentor Pembimbing,

Tandatangan :
Nama
:
Tarikh
:

Tandatangan:
Nama
:
Tarikh
:

You might also like