You are on page 1of 5

Tutorial Pentaksiran

Soalan:

Huraikan 4 langkah utama dalam proses merungkai standard dan penjajaran konstruktif.

Jawapan:

LANGKAH-LANGKAH MERUNGKAI STANDARD

Langkah 1:

 Merungkai standard dan indikator bertujuan mengenal pasti konsep yang penting
dan kemahiran yang perlu diajar.

 Guru perlu mengenal pasti konsep (pengetahuan) yang perlu diajar atau “apa
yang murid perlu tahu” dalam topik yang akan diajar ini.

 Guru perlu mengetahui kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid atau “apa yang
murid boleh lakukan” selepas murid mempelajari topik ini.

 Guru juga perlu memahami konteks yang akan digunakan untuk mengajar
konsep dan kemahiran, iaitu unit khusus, pengajaran dan aktiviti-aktiviti PdP
dalam bilik darjah.

 Konteks, konsep dan kemahiran yang akan diperoleh oleh murid boleh dirujuk
melalui Dokumen Standard Kandungan Pembelajaran (DSKP) yang telah
diseleraskan bagi negara Malaysia iaitu dari segi standard kandungan,
pembelajaran dan prestasi.

Langkah 2:

 Tulis standard dan indikator yang dirungkai dalam bentuk persembahan grafik
(graphic organizer) ringkas seperti outline, bulleted list, peta konsep dan
sebagainya.
Contoh:

Mata pelajaran : Matematik

Tahun :4

Bidang Pembelajaran : Sukatan Dan Geometri

Tajuk : Ruang

Standard kandungan : 6.3 Perimeter dan Luas

Standard Pembelajaran : 6.3.2 Menentukan luas segi empat sama, segi empat
tepat, segi tiga bersudut tegak, segi tiga sama sisi dan
segi tiga sama kaki menggunakan petak segi empat sama
1 unit persegi dan rumus

Langkah 3:

 Kenal pasti idea utama, iaitu perkara yang murid perlu faham dan ingat.

 Contoh Idea utama dalam topik ini ialah:

 Luas ialah permukaan satah yang ditutupi oleh suatu sempadan

 Sempadan luas segi empat dan segi tiga ialah perimeter

 Unit luas ialah unit persegi

 Luas boleh dicari dengan membilang petak segi empat sama dan rumus

 Rumus luas segi empat tepat/sama ialah panjang x lebar (p x l)

 Rumus luas segi tiga ialah separuh daripada luas segi empat tepat
Langkah 4:

 Bina soalan-soalan penting daripada idea-idea utama untuk membantu


pengajaran dan pentaksiran.

 Selepas itu guru membuat perancangan pengajaran dan pentaksiran serta


membuat rumusan pengajarannya.

 Contoh soalan adalah:

 Apakah maksud luas?

 Apakah unit bagi luas?

 Nyatakan formula luas?

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENJAJARAN KONSTRUKTIF

Langkah 1:

Mendefinisikan hasil pembelajaran yang dikehendaki

 Hasil Pembelajaran : i. Melukis bentuk segi empat tepat pada kertas grid

ii. Mengira ukurlilit dan diameter bagi sebarang


bentuk bulatan.
iii. Membentuk haiwan berkaki dan tidak berkaki.

iv. Mewarna tumbuhan berbunga.

Langkah 2:

 Memilih aktiviti-aktiviti PdP yang sesuai untuk mencapai hasil pembelajaran.


 Memilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
mencapai hasil pembelajaran
 Kaedah pilih yang melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran adalah melalui
proses pengajaran
 Perlu mempunyai aktiviti pembelajaran yang sesuai bagi memastikan murid
dapat membina makna dalam pembelajaran mereka.
Langkah 3:

 Mentaksir hasil pembelajaran sebenar murid untuk melihat tahap pencapaiannya


 Mentaksir hasil pembelajaran sebenar pelajar untuk melihat sejauhmana ianya
tercapai
 Tugasan pentaksiran perlu disesuaikan dengan hasil pembelajaran yang hendak
dicapai serta kaedah pengajaran yang dipilih.
 Tugasan pentaksiran yang dapat menyediakan maklumat untuk mengukur hasil
pembelajaran yang hendak dicapai dengan tepat dan berkesan.
 Bagi hasil pembelajaran aras tinggi, tugasan pentaksiran yang disediakan dapat
menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran yang sesuai serta kriteria penentuan
gred yang sesuai.
 Pentaksiran berbentuk autentik kerana dapat mengukur pelbagai hasil
pembelajaran termasuk pemikiran aras tinggi.

Langkah 4:

 Menentukan gred akhir dan maklum balas diberikan untuk meningkatkan


pembelajaran murid.
 Penggredan diguna pakai apabila membuat pertimbangan mengenai kualiti
pencapaian atau prestasi murid melaksanakan tugasan pentaksiran ataupun
mengadili pencapaian hasil pembelajaran.
 Kualiti pencapaian atau prestasi untuk setiap gred dinyatakan dengan jelas
dalam kriteria penggredan.
 Maklum balas yang berterusan adalah penting dalam pembelajaran murid dan
pengajaran guru.
 Maklum balas yang diperoleh membolehkan guru menilai keberkesanan PdP
serta pencapaian hasil pembelajaran.
 Menjadikan proses PdP lebih dinamik dan bermakna.
 Memberikan maklumat yang berguna kepada murid untuk meningkatkan
pembelajaran mereka.
 Guru dapat meneliti pengajaran mereka supaya tindakan yang sesuai boleh
diambil untuk menambah baik PdP murid pada masa akan datang.

You might also like