You are on page 1of 13

PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid
khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan &
keupayaan pelajar:

Perkembangan mental
Kestabilan emosi
Integrasi sosial

KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal
sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2)
keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial
atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia
memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan
khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum .
Kirk, S.A. et.al. Educating Exceptional Children, 1993

Apa Dia kanak-kanak Khas ?


Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhanpertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa .

Chua Tee Tee, 1981


Apa Dia Pendidikan Khas ?
Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan
yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluangpeluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau
perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa .

SPECIFIC LEARNING DISABILITIES

Istilah specific learning disabilities (SLD) akan digunakan untuk membezakan kumpulan ini
daripada kumpulan kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal.
MASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK :
merupakan kecelaruan dalam proses psikologi asas yang terlibat dalam penggunaan bahasa
(keupayaan mendengar, memikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja, mengira)
Istilah-istilah lain yang berkaitan : perceptual handicap, brain distunction, dyslexia, developmental
aphasia.
Tidak termasuk kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran akibat kecacatan pada organ deria,
anggota kerencatan akal, masalah emosi kekurangan / perbezaan persekitaran.
4 unsur penting :
(a) Percanggahan antara ukuran kecerdasan (IQ score) dan prestasi sebenarnya (IQ achievement
alscrepancy)
(b) Punca masalah ini adalah kekurangan pada kefungsian / kecekapan sistem saraf dan bukan
kecederaan (brain, dysfuncition,not brain damage)
(c) Kanak-kanak ini memerlukan latihan yang khusus untuk mengatasi masalah pemprosesan
maklumat yang asas (basic processing problem)
(d) Masalah ini mungkin wujud bersama dengan persekitaran yang kurang sempurna, kecacatan akal
atau kecelaruan emosi , ia tidak berpunca daripada perkara-perkara tersebut.
PUNCA-PUNCA LEARNING DISABILITIES (LD)
Punca yang sebenar masih belum diketahui dengan tepat, tetapi mesalah ini disyaki berpunca
daripada :
1. Faktor-faktor organik dan biologi di mana ramai kanak-kanak yang menghadapi masalah LD
menghasilkan gelombang otak yang luar biasa. Ada kemungkinan wujud gangguan proses
perkembangan otak semasa bayi dalam kandungan.
2. Faktor genetik, di mana masalah LD wujud dalam keluarga yang sama. Masalah LD juga didapati
wujud pada kedua-dua kembar seiras.
3. Faktor persekitaran, khususnya kualiti pengajaran yang kurang baik telah menjejaskan proses
penbelajaran.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK LD
(i) Masalah persepsi, persepsi motor dan koordinasi. Kanak-kanak ini mangalami kecelaruan
menyusun dan mentafsirkan maklumat visual dan auditori. Ramai yang menghadapi masalah motor
semasa melakukan aktiviti fizikal.
(ii) Didapati ramai kanak-kanak yang telah mengalami LD juga mengalami masalah daya tumpuan
dan hiperaktiviti, walaupun masalah ini juga wujud di kalangan kanak-kanak yang bukan LD.
(iii) Kecelaruan daya ingatan dan fikiran. Ramai kanak-kanak LD mengalami kekurangan daya ingatan
terhadap rangsangan visual dan auditori mungkin disebabkan :
(a) kurang mahir menggunakan strategi-strategi yang biasa digunakan oleh kanak-kanak lain
(b) masalah fonologinya mengakibatkan masalah mengingati maklumat lisan. Juga kurang kesedaran
tentang kemahiran strategi.

(iv) Masalah penyesuaian sosial. Masalah kurang penerimaan oleh rakan sebaya, guru dan pihak
berpunca daripada kekurangupayanya memahami maksud orang lain dan komunikasi kanak-kanak
ini juga kurang motivasi dan berisiko tinggi mengabaikan segala usaha mambantu dirinya.
(v) Menunjukkan kaedah pembelajaran yang efektif dan kekurangan strategi, khasnya semasa
menghadapi masalah akedemik.
(vi) Masalah prestasi akademik. Biasanya masalah wujud dalam semua bidang akademik seperti
membaca, bahasa (lisan atau bertulis) dan matematik atau dalam satu 2 bidang sahaja.

Kejayaan orang-orang istimewa


Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat
meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya
ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi
dan kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak anak anda menjadi pilot, doktor,
peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan
kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya
tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna,
mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan
dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.
Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi
kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan
pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah
telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah
kadangkala lebih baik lagi!

SEJARAH RINGKAS
Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) Sekolah Kebangsaan SK Kompleks
Sultan Abu Bakar, mula dibuka pada 8 Februari 2006 dengan pelajar seramai 4 0rang. Guru yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan Kelas Pendidikan Khas ini ialah En. Ahmad Nizam Bin
Nordin. Beliau telah mengajar dan menguruskan kelas ini.
Kelas Pendidikan Khas SKKSAB merupakan kelas baru bagi sekolah tersebut. Pada mulanya kelas
pendidikan khas ini di tempatkan di bilik persalinan lelaki berhampiran dengan padang. Kelas yang di
sediakan tidak berapa besar dan kurang sesuai bagi memenuhi matlamat pendidkan khas. Kelas
tersebut telah digunakan selama setahun.

Pada awal 2007, seorang lagi tenaga kerja telah ditempatkan di kelas tersebut iaitu Encik Muhamad
Zuraimy bin Jaaffar yang sebelum ini mengajar dalam bidang yang sama di SK. LKTP Chemplak dan
SK. LKTP Maokil 1 Labis, Segamat. Murid juga telah bertambah seramai 2 orang dan menjadikan
jumlah murid seramai 6 orang berserta 2 orang guru.
Pada penghujung januari 2007, En Muhamad Zuraimy telah membuat perbincangan bersama Tuan
Guru Besar bagi mendapatkan sebuah kelas yang sesuai dan lebih besar bagi menggantikan kelas
yang sedia ada. Oleh itu, Tuan Guru Besar telah bersetuju untuk memberi Bilik Ko-Kurikulum sebagai
kelas Pendidikan Khas. Oleh itu, Encik Muhamad Zuraimy dan Encik Ahmad Nizam telah cuba
menyiapkan kertas kerja bagi mengubahsuai bilik ko-kurikulum ini kepada kelas pendidikan khas
yang sebenarnya. .Pada bulan April 2007, pihak sekolah telah mendapat peruntukan bagi menaik
taraf kelas pendidikan khas. Kerja-kerja menaik taraf memakan masa selama 2 bulan. Selepas cuti
persekolahan penggal pertama sesi kedua, para pelajar dan guru telah berpindah ke kelas yang baru.
Walaupun kelas ini masih baru dan serba kekurangan, ini tidak mematahkan semangat dan
menghalang guru untuk meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan kegigihan dan
berkat kesabaran serta bantuan dari pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru SK Kompleks Sultan
Abu Bakar kekurangan tersebut dapat di atasi secara berperingkat.
PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR
Program Integrasi Pendidikan Khas
Program integrasi pendidikan khas Sekolah Kebangsaan kompleks Sultan Abu Bakar telah
menjalankan program masalah pembelajaran. Program ini melibatkan pelajar yang menghadapi
masalah pembelajaran seperti slow learner, hyperaktif, terencat akal sederhana dan perkembangan
lewat.
Kurikulum Pendidikan Khas
Kurikulum Pendidikan Khas adalah kurikulum yang diubahsuai mengikut keperluan murid-murid
pendidikan khas.
Langkah-langkah Pengajaran & Pembelajaran bagi setiap kemahiran itu boleh diperincikan oleh guru
lagi mengikut tahap pemahaman murid supaya objektif Pengajaran & Pembelajaran tercapai.

Bidang Akademik Berfungsi

Komponen Bahasa Melayu


Komponen Matematik
Komponen Bahasa Inggeris

Komponen Multimedia

Bidang Pengurusan Kehidupan

Komponen Pengurusan Diri


Komponen Kemahiran Manipulatif
Komponen Pengurusan Tingkahlaku
Komponen Kemahiran Hidup

Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni

Komponen Pendidikan Agama Islam

Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti

Komponen Pendidikan Jasmani


Komponen Pendidikan Seni
Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan drama
Komponen Pendidikan Sosial dan Alam Sekitar

MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN


KANAK-KANAK

Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk


mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang
yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan
terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat
dan negara.

Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang


menawarkan program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk
melengkapkan anak -anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi.
Institusi -intitusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek
penyampaian maklumat dalam aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha
tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka
dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh

meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi
intelek kanak -kanak.
Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak cacat telah
membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies , iaitu strategi -strategi yang
membolehkan kanak -kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan
keupayaannya. Umpamanya , seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan menggunakan
bahasa isyarat , kanak -kanak buta boleh membaca menggunakan braille dan kanak -kanak spastik
yang lemah anggota kakinya boleh berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan orthosis.
Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak teruk mudah
dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak
ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah
pembelajaran di sekolah.Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang masalah
pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa
masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.
Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang
tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak
bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang
menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar
tidak berkesan , pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa
mendaftarkan anak -anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan
pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi
akademik sebahagian besar kanak -kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang
memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus.
Punca -punca masalah pembelajaran
Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada
dua kategori :
1. punca biologi 2. Punca psikososial
Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak
dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis )
dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ).
Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam
darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah
pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah
pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko
anak -anak terdedah kepada penggunaan bahan -bahan tersebut.
Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat ,
kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -

kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan
unsur psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara
teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.
Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca -punca kegagalan dalam pelajaran
telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan
kuala Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara
punca-punca yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anakanak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanakitu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran
membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat
menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca.
Sesetengah kanak-kank pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan
lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah
pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul
dengan rakan-rakan sebayanya.
Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat
menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. Pada pendapat saya, Perkembangan
yang positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanakkanak tersebut. Setelah mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru
dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kank itu membaca.
Menulis dan mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap
pelajaran anak mereka. Sianak sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan
dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru.
Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya.
Akibatnya, dia kurang nampak papan hitam didalam kelas. Setelah dibawa kepada perhatian ibu
bapanya, barulah cermin mata ditempah untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga
kanak-kanak yang kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan ini
sudah tentu boleh menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk memperbaiki
pendengarannya.
Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalm kelas. Akibatnya, pretasi
akademiknya merosot.
Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana kebolehan berfikir, tumpuan
perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah
lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya. Kanak-kanak berusia
lapan tahun yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya
masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan
menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak

yang berusia lima tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam darjah
satu.
Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan
kanak-kanak terencat akal yang mengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian
IQ. Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi
kekuatan dan kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang
kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut.
Pelbagai corak difungsi perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran. Umpamannya, seorang kanak-kank yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik
sehingga boleh bermain dengan komputernya, melukis gambar roket dengan kemas dan membaca
dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak
membuat kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh
gurunya. Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya
seperti permainan komputer dan lukisan.
Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran. Dia mungkin
menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis
gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya
membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang
kali.
Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
Pakar yang menilai kanak-kank yang mengalami masalah pembelajaran perlu mendapatkan riwayat
yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan otak seperti
yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak ,
penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama
ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh
dikaitkan dengan faktor baka.
Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh
menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih
resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap
jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika
pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang
dimakan. Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan panjang lebar dalam bab ini.
Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau
pendengaran, kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang mungkin
mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu

juga dikenal pasti. Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan.
penilaian psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu.
Jika kanak -kanak itu diasyaki menghidap sesuatu pemyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian
yang sewajarnya.
Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang
mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan
(elements of devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal
pasti ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi
pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan
seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan yang lain.
Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak
sedarkan diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini
sudah pasti akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant
tertentu dankaedah pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural modification method ). Murid -murid
yang lemah daya inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam
sesuatu perenggan dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.
Masalah membaca
Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya.
Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu
perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran
membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .
Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya
mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya
mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat
manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman.
Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk
membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh
mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau
melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan
tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong.
Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan
yang tertulis.

Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah
pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording )
dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension )
Keupayaan membaca dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat.
Peringkat pertama ialah peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang
mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia
sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga
boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia
sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini
berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna
setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam
buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya
sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau
singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini
kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan
pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanakkanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang
dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn
kemas maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi
akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca
akan mengalami masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya,
prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.
Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan
dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang
memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran.
Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak
memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak
membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak
disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana
kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan
mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba
ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya.
Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.
Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah
pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca
dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang
lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti
galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah

serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang
sekelilingnya.
Kanak -kanak hiperaktif
Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat ,
sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya
dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif
sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau ,
tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang
lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering
berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya
terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang
khusus pada murid ini sahaja.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana
sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan
tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one
opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui
isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya,
pakar kana-kana perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan
keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.
Kekekokan
Ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis degan cepat. Ini menyebabkan dia lambat
menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih
banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh
menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap
mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini
boleh meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali, dia sering
diaggap lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik.
Gangguan Emosi
Gangguan emosi boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya.
Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran
kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada

gangguan emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara
mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan..
Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di
sekolah. Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang
berura-ura untuk berpisah. Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang
meyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi
perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah
emosinya.
Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang
sebaik-baiknya. Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan
kebanyakannya boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu.
Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak
berkenaan.
Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi
kelemahannya. Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan
sebagainya tidak ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang
sewajarnya. Sebaliknya, adalah lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi
masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan
akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka.
Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu
paraprofesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat
dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas dirumah.
Sumber Rujukan: http://home.hamidarshat.com/TENTANG%20KANAK-KANAK.htm

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook


Labels: MASAALAH PEMBELAJARAN
0 comments |
Anda mungkin juga meminati:
MURID DAN ALAM BELAJAR
14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
Penilaian di Prasekolah
Know ABC:: Colors::
LinkWithin

0 comments:
Post a Comment

Newer Post Older Post Home


Subscribe to: Post Comments (Atom)

You might also like