You are on page 1of 2

Sungai Sebagai Pusat Pengangkutan

Semasa zaman tradisional iaitu sebelum kemasukan British, pergerakan masyarakat di Perak

masih lagi menggunakan sistem pengangkutan air, iaitu sungai, denai- denai dan laut yang

merupakan jalan semulajadi. Hal ini menunjukkan sebelum sistem pengangkutan moden

diperkenalkan penduduk di negeri ini telah pun mempunyai tradisi perhubungan tersendiri yang

digunakan untuk perhubungan antara negeri-negeri dan sebagai pusat pengangkutan. Sampan

merupakan salah satu pengangkutan yang amat penting kepada masyarakat pada ketika itu.

Sungai dan laut menjadi sistem jalanraya utama sebelum kemasukan British. Hal ini adalah

disebabkan pertempatan-pertempatan masyarakat pada ketika itu memang tinggal dipinggir

sungai terutamanya kita dapat lihat masyarakat di Negeri Perak yang mempunyai sungai-sungai

yang besar yang mempunyai pelbagai kepentingan kepada masyarakat.1

Di dalam kajian ini, Sungai Kerian, Perak merupakan salah satu sungai yang terpenting kepada

penduduk di kawasan pinggir sungai pada ketika itu. Hal ini demikian kerana Sungai Kerian

menjadi pusat pengangkutan kepada penduduk untuk berhubung dengan masyarakat luar dan

juga menjadi pengangkutan kepada penduduk untuk bergerak. Sampan dan perahu merupakan

alat pengangkutan terpenting di Sungai Kerian pada ketika itu.2 Penduduk pada ketika itu

masing-masing membuat sampan dan perahu untuk membolehkan mereka bergerak ke daerah

atau kampung-kampung lain sebelum kemasukan British yang telah mengubah sistem

pengangkutan yang lebih sistematik dengan membina jalan raya yang lebih banyak kedalam

kawasan pendalaman.

1
Adnan Haji Nawang. (1988). Perak Dahulu dan Sekarang. Persatuan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur. Hlm 56
2
Norhayati Binti Omar. (1982- 1983). Perkembangan Sistem Pengangkutan Di negeri Perak 1870an-1941. Jabatan
Sejarah Universiti Malaya. Sumber Arkib Negara Malaysia. Hlm 21.
Selain itu, pusat pengangkutan sungai juga kita dapat lihat di Sungai Bidor, Perak. Sungai Bidor

terletak di negeri Perak, yang berhampiran dengan bandar Bidor. Hulu sungai ini terletak di

daerah Tapah berhampiran dengan Cameron Highlands. Sementara muaranya mengalir ke dalam

Sungai Perak iaitu berhampiran dengan bandar Teluk Intan. Pada zaman sebelum kedatangan

British, Sungai Bidor juga menjadi salah satu sungai yang penting untuk penduduk di kawasan

itu sebagai pusat pengangkutan. Ketiadaan sistem pengangkutan jalan raya, jalan kereta api serta

pengangkutan udara, menyebabkan fungsi sungai sebagai sistem pengangklutan manusia menjadi

begitu dominen pada ketika itu.

Sungai Bidor digunakan untuk menghanyutkan kayu balak, mengangkut hasil bijih timah dan

pelbagai. Hal ini kerana kos pengangkutan bahan sumber asli ini dapat dikurangkan jika diangkut

dengan menggunakan kaedah tradisional tersebut dan pada ketika itu belum ada jalan kereta api

untuk mengangkut hasil ekonomi penduduk. Di samping itu, di Sungai Bidor juga penduduk

pada ketika itu juga menjalankan aktiviti menanam padi dan bercucuk tanam. Selepas

memperoleh hasil tanaman, penduduk di kawasan itu akan mengangkut hasil mereka ke Bandar

untuk dijual. Oleh hal yang demikian, mereka akan menggunakan pengangkutan sungai untuk

bergerak ke sesuatu tempat dengan mudah.3

3
Norhayati Binti Omar. Perkembangan Sistem Pengangkutan di Negeri Perak 1870an 1941. Fajar Bakti, Kuala
Lumpur. Hlm 20

You might also like