You are on page 1of 8

Konsep Asas Hubungan Etnik

Definisi Masyarakat - Masyarakat merujuk kepada sekumpulan manusia yang berkongsi budaya yang sama, menduduki satu kawasan yang khas dan merasai kewujudan mereka sebagai satu entiti yang bersatu padu dan berbeza dengan yang lain.

Tahap-tahap Masyarakat - Masyarakat terdiri daripada pelbagai tahap, iaitu tahap famili atau tahap rumah tangga, tahap komuniti, tahap negara bangsa dan global. 1) Tahap famili Unit ini terdiri daripada sekumpulan orang dalam bilangan yang kecil dan berhubung rapat antara satu sama lain. -Mereka mempunyai perasaan bertanggungjawab terhadap satu sama lain berbanding dengan orang di luar unit dan menganggap diri sebagai ahli keluarga tersebut.

2) Tahap komuniti Pada masa kini, majoriti orang berhubung dengan unit sosial yang lebih besar, iaitu komuniti. 3) Tahap negara bangsa Seseorang tidak dapat mengelakkan diri daripada menjadi ahli kepada satu unit yang lebih besar, iaitu negara bangsa yang muncul sejak abad ke-19 dan ke20. -Sebagai ahli kepada negara bangsa, individu mempunyai hak kerakyatan, tanggungjawab sebagai warganegara dan identiti nasional.

4) Tahap global Hubungan antara satu negara bangsa dengan negara bangsa lain menjadi semakin penting dan berlaku dalam proses yang dikenali sebagai globalisasi. -Apabila sesebuah masyarakat berkembang, unit sosial turut menjadi semakin besar. -Komuniti menjadi sebahagian daripada masyarakat nasional, dan masyarakat nasional pula menjadi sebahagian daripada masyarakat global.

Konsep Budaya
Kebudayaan boleh didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang wujud dalam sesuatu masyarakat. Kebudayaan boleh dipelajari dan dikongsi oleh ahli masyarakat. Namun, konsep kebudayaan adalah amat rumit. Menurut Jencks (1993), terdapat empat cara penggunaan konsep kebudayaan seperti berikut:

1) Kebudayaan boleh dilihat sebagai satu pemikiran. - Kebudayaan merupakan kualiti yang dimiliki oleh seseorang individu yang berkeupayaan menerima pengetahuan dan mencapai kualiti yang harus dimiliki seorang insan yang berbudaya. 2) Kebudayaan dikaitkan dengan tamadun. - Masyarakat yang lebih berbudaya dianggap sebagai lebih bertamadun daripada masyarakat lain.

3) Kebudayaan dilihat sebagai satu badan kolektif tentang seni dan kerja intelektual. - Definisi ini paling ketara dalam kalangan masyarakat. - Hal ini bermakna kebudayaan boleh ditemui di pentas drama, galeri seni, muzium dan perpustakaan. - Kebudayaan jenis ini juga dikenali sebagai kebudayaan tinggi.

4) Kebudayaan dilihat sebagai keseluruhan cara hidup manusia. - Menurut Linton (1945), kebudayaan sesebuah masyarakat ialah cara hidup ahlinya, koleksi idea dan tabiat mereka belajar, berkongsi dan menurunkan sesuatu daripada satu generasi kepada generasi lain . -Definisi ini merupakan definisi yang paling banyak digunakan dalam bidang sains sosial pada masa kini.

You might also like