You are on page 1of 4

1.

PENGENALAN
Profesion keguruan merupakan nadi utama dalam penyebaran ilmu dan guru menjadi ejen
penting dalam menyampaikannya dengan penuh tanggungjawab, ikhlas dan jujur. Namun,
kerjaya guru pada hari ini bukan sekadar sebuah kerjaya semata-mata. Seiring dengan arus
kemajuan, dan cabaran dalam abad ke 21, peranan guru dilihat kian mencabar meliputi segala
aspek. Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu kepada pelajar bahkan dilihat sebagai agen
perubahan. Guru dilihat sebagai ‘role model’ yang perlu membimbing pelajar dan menjadi
contoh teladan dan ikutan pelajar serta masyarakat amnya. Peranan guru sebagai agen perubahan
merupakan faktor utama perubahan dan transformasi dalam pendidikan dapat berjalan dengan
lancar dan berjaya.
1. Isu-isu
Guru merupakan agen pendidikan dalam memberi didikan bukan sahaja kepada murid
malah kepada komuniti. Untuk menjadi guru yang dianggap sebagai agen perubahan
kepada komuniti, guru hendaklah mempunyai kriteria yang baik, bertanggungjawab,
dan adil dalam mengambil tindakan. Terdapat isu-isu yang wajar dinyatakan untuk
guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk komuniti yang baik serta
mempunyai semangat perpaduan yang baik. Pertama, isu perkauman yang terdiri
daripada komuniti berbeza masih membelenggu komuniti dan sering menjadi agenda
utama diperkatakan walaupun sudah enam dekad Malaysia menjadi negara yang
merdeka. Menurut Hafzan dan Zolkepeli (2017), guru perlu berhadapan dengan isu
terbesar di samping menjadi tunjang utama dalam sistem pendidikan untuk
memahami konsep perbezaan antara budaya bagi menyatupadukan komuniti yang
terdiri daripada pelbagai budaya dan etnik. Oleh itu, guru berperanan sebagai agen
perubahan kepada komuniti bagi membentuk komuniti yang bersatu padu. Isu yang
dinyatakan oleh Yong (2021), tokoh akademik berpendapat bahawa beliau bersetuju
bahawa sistem pendidikan masih belum dicapai dengan baik untuk membentuk
perpaduan antara komuniti. Sebagai contoh, sekolah vernakular yang terdiri daripada
tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SKJC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di mana sekolah-sekolah
tersebut diasingkan selama enam tahun pada peringkat rendah. Ini akan menyebabkan
berlakunya jurang pemisahan antara kaum Melayu, Cina dan India pada usia yang
masih muda. Pada hakikatnya, usia tersebut dapat dibentuk dengan lebih ideal
hubungan baik dan saling memahami antara kaum. Tetapi, mereka diasingkan pada
usia yang terlalu muda dan menyebabkan penimbulan isu perkauman. Walhal,
komuniti seperti murid sukar dibentuk apabila mereka sudah meningkat dewasa iaitu
mereka sukar menerima teguran atau didikan daripada guru, bak kata pepatah yang
selari dengan pernyataan tersebut “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Kewujudan sekolah vernakular menyebabkan isu perkauman tidak mudah dibentuk
dengan baik. Bagi menyokong pernyataan tersebut, Asri (2020) menyatakan
penubuhan sekolah vernakular pada era pemerintahan British telah menjadi
penghalang kepada pembentukan perpaduan kaum di Malaysia. Sekolah yang
mempunyai pelbagai aliran iaitu terdiri daripada dua seperti sekolah vernakular dan
sekolah aliran Inggeris. Asbab penubuhan sekolah pelbagai aliran ini menyebabkan
komuniti seperti murid kurang bergaul dengan kaum lain dan menjadikan
penginteraksian mengenali budaya kaum lain tidak holistik.
Kemudian, isu kedua iaitu isu sosial menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan
komuniti Melayu di mana mereka diperkatakan terlibat dengan krisis ancaman
ideologi, peningkatan kes gejala sosial dan kepelbagaian keruntuhan akhlak. Agama
merupakan tunjang utama dalam membentuk ciri-ciri komuniti ke arah bertamadun,
tanpa agama komuniti sukar dibentuk kepada sahsiah diri yang baik. Isu sosial
memberi kecelaruan tentang pemahaman agama kepada komuniti yang beragama
Islam. Menurut Mohd Aizam (2012), komuniti beragama Islam kini berhadapan
dengan pelbagai krisis ancaman seperti ideologi dan pemikiran baharu. Krisis ini
memberi impak negatif kepada komuniti terhadap tanggapan mereka tentang
pendidikan Islam dilihat semakin rendah. Apabila tanggapan komuniti semakin
rendah, maka ia akan menimbulkan kepada kes peningkatan isu gejala sosial dan
keruntuhan akhlak dalam kalangan komuniti Melayu. Kita dapat melihat apa yang
diperkatakan oleh Mursyid (2021), komuniti Melayu kurang melibatkan diri mereka
dalam kegiatan kemasyarakatan iaitu berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Lantaran
itu, isu negatif yang ditimbulkan oleh guru menjadi jurang dalam pembentukan
komuniti ke arah bertamadun. Guru pendidikan Islam yang terlibat dengan kes
memukul pelajar dan salah laku lain memberi imej negatif terhadap komuniti untuk
memberi kepercayaan kepada guru bagi membantu mereka dalam memainkan
peranan sebagai agen penyampaian ilmu pendidikan Islam (Mohd Anuar Mamat et. al
2016). Hal ini kerana, komuniti menganggap guru sebagai agen perubahan dalam
komuniti di mana mereka telah awal mempelajari ilmu berdasarkan peranan mereka
dalam mengajar, mendidik dan membimbing secara terancang. Oleh itu, guru
pendidikan Islam sesuai untuk dijadikan sebagai agen perubahan komuniti yang
mempunyai kedudukan sangat signifikan bagi menyebarkan ilmu pendidikan Islam
untuk membentuk sahsiah komuniti Melayu ke arah yang berkesan dalam unsur Islam
(Maziah Tusima 2021).
2. Cadangan Penyelesaian
Peranan guru amat penting bagi merealisasikan pembentukan perpaduan antara kaum
bagi komuniti di Malaysia. Pendekatan guru mempunyai pengaruh besar di sekolah di
mana murid dapat dibentuk pada usia muda lagi. Menurut Ponder (1971) menyatakan
bahawa guru dapat mempengaruhi minda masyarakat iaitu murid di sekolah menerusi
buku teks. Dalam mewujudkan kesefahaman, polarisasi murid dapat dipertingkatkan
melalui kebijaksanaan guru iaitu guru memainkan peranan dalam membentuk
perpaduan menerusi pelaksanaan aktiviti-aktiviti penghayatan nilai perpaduan di
dalam kelas. Jelas diperkatakan oleh Nur Ayuni Nusaibah dan Amir Hassan (2018)
bahawa peranan guru amat penting untuk membentuk perpaduan antara komuniti di
dalam kajian mereka bahawa guru berupaya menjadi agen perubahan kepada
komuniti seperti murid melalui sifat contoh teladan yang baik dipamerkan kepada
murid bagi membentuk perpaduan antara komuniti. Selain itu, bagi menjawab
cadangan penyelesaian bagi isu perkauman yang timbul adalah guru perlu
memantapkan jati diri dari aspek pembangunan rohani pemantapan spiritual demi
memastikan peranan serta tugasannya tidak tersasar daripada matlamat. Guru menjadi
agen perubahan kepada komuniti perlu berdiri di barisan hadapan bagi memastikan
peniupan kesedaran dan semangat kepada murid untuk terus berjaya (Hasnah 2014).
Pendekatan tersebut penting bagi guru untuk menjalankan peranan secara mudah
menarik minat komuniti seperti murid untuk membentuk perpaduan kaum.
Contohnya, guru menggunakan subjek Komsas dan Sejarah sebagai medium
memperkasakan lagi pembentukan perpaduan antara komuniti. Menurut Kaviza et. al
(2018), pengajaran subjek Sejarah mampu membuka mata komuniti seperti murid
tentang tokoh lama yang membangkitkan perpaduan antara kaum serta menyemaikan
rasa sebagai seorang warga negara Malaysia yang mempunyai nilai baik dan
berwibawa. Di samping itu, Chew (2019) menegaskan bahawa penggunaan subjek
KOMSAS perlu diselarikan dalam medium pengajaran oleh guru bagi menarik minat
komuniti seperti murid terhadap subjek tersebut. 

Seterusnya, bagi menjawab cadangan penyelesaian tentang isu sosial pendidikan


Islam ialah melihat kepada peranan guru untuk memberi perubahan lebih baik kepada
komuniti. Cakna kini, peranan Islam amat penting untuk membentuk tamadun dan
sahsiah diri yang baik kepada komuniti, khususnya Melayu. Pembinaan kepada
pembentukan komuniti yang mempunyai pemikiran yang Rabbani perlu
berkesinambungan dengan hala tuju pendidikan tersebut. Menurut Ajuhary (2015),
guru pendidikan Islam dapat memastikan kesinambungan hala tuju pendidikan dan
menyampaikan ilmu ke arah keberkesanan untuk komuniti dengan apa yang telah
dipelajari. Terlebih dahulu, bagi menjayakan kesinambungan tersebut guru
pendidikan Islam perlu mempunyai sifat ketokohan dalam diri, terpuji serta
mempunyai kriteria yang baik. Pada zaman teknologi yang berkembang ini, guru
perlu menguasai kaedah pedagogikal iaitu mengetahui pelbagai maklumat berkenaan
sains dan teknologi bagi memudahkan mereka membentuk komuniti yang cekap
(Ishak et al., 2017). Sikap Rasulullah s.a.w perlu dicontohi kerana ketika beliau
memimpin para sahabat menerajui kesepaduan, beliau menggunakan kaedah
pedagogikal untuk mencegah para sahabat daripada dibelenggu hawa nafsu, bersikap
sopan, dan cekap dalam mendidik para sahabat.
Kemudian, cadangan kedua ialah penglibatan guru dalam aktiviti kemasyarakatan.
Menurut Jasmi (2010), guru melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
kemasyarakatan seperti melaksanakan pembukaan kelas mengaji al-Quran dan asas
fardhu ain, memberi tazkirah di masjid menghasilkan penulisan karya pada majalah
dan akhbar. Selain itu, Kamarul (2010) juga berpendapat sama bahawa guru
pendidikan Islam memberi sumbangan mereka sebagai agen perubahan kepada
komuniti menerusi penyampaian kuliah di masjid, membuka kelas pengajian al-Quran
dan melibatkan diri dalam bidang penulisan karya Islam di majalah. Tambahan pula,
guru bukan sahaja bertindak sebagai pengajar di sekolah, tetapi guru juga boleh
membuat pilihan dalam mempelbagaikan penyampaian ilmu pendidikan Islam secara
melibatkan diri sebagai penyubur agama, jurutera sosial, pencorak minda, dan
pengubah sahsiah kepada komuniti (Zulazizi 2020). Hal ini, komuniti akan mudah
dibantu apabila guru mempelbagaikan peranan mereka untuk membentuk komuniti
yang mempunyai modal insan berakhlak mulia. Teknik pengajaran daripada guru juga
melambangkan watak guru tersebut untuk membantu menyampaikan ilmu kepada
komuniti. Akhir sekali, untuk pembentukan sahsiah yang lebih efektif guru
menyemaikan lima aspek dalam diri iaitu Muaddib, Murabbi, Mursyid, Mu’allim dan
Mudarris (Tengku Nor Husna et al. 2019). Menurut Muhamat (2016), sifat Mualim
yang ada dalam diri guru menyumbang ilmu kepada dua jenis iaitu digunakan dan
diamalkan oleh komuniti. Sifat Muaddib dapat membentuk guru menjadi pendidik
yang berpengetahuan, bertakwa, beriman serta berakhlak mulia (Muhamat Kawangit,
2014). Kemudian, sifat Murabbi memberi guru kebijaksanaan dalam mengatur idea-
idea yang bernas bagi pengajaran berteraskan sifat kasih sayang (Jasmi & Halim
Tamuri, 2007). Sifat Mudarris membentuk guru yang mempunyai pengaruh dalam
pengajaran dan pembelajaran supaya komuniti dapat memberi perhatian sepenuhnya
pada sesi tersebut. Sifat Mursyid membantu guru dalam membuat keputusan sendiri
dengan baik supaya guru berkemampuan menyelesaikan segala pendidikan dengan
bijaksana.

3.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, guru memainkan peranan penting sebagai agen perubahan kepada
komuniti dengan menjadi contoh teladan dengan menyatupadukan murid-murid yang berbilang
kaum. Guru sememangnya dianggap sebagai agen perpaduan kerana murid-murid yang berbilang
kaum akan bersatu padu bermula di sekolah. Justeru, guru perlu menunjukkan contoh teladan
yang baik demi menjadi ikutan murid-murid di samping bijak mencari idea dengan
melaksanakan aktiviti-aktiviti penghayatan nilai perpaduan di dalam kelas. Guru juga harus
menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan
menjadikan bahasa ini sebagai bahasa perpaduan. 
Penghayatan nilai agama penting dalam menangani ancaman ideologi, peningkatan kes
gejala sosial dan keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar. Guru pendidikan Islam yang
sememangnya dianggap agen perubahan kerana mempunyai sifat ketokohan dalam diri, terpuji
dan mempunyai kriteria yang baik perlu menerapkan nilai-nilai keagamaan dalam diri pelajar
Islam supaya dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Ianya juga penting bagi mengelakkan
kesalahfahaman tentang Islam di kalangan bukan Islam. Sifat pelajar yang beragama Islam yang
terpuji akan menjadi contoh teladan bagi pelajar yang bukan beragama islam dalam menangani
isu sosial dalam kalangan pelajar.

You might also like