You are on page 1of 5

Kini Semua Boleh Ke Menara

Gading
Diterbitkan: Ahad, 16 Mei 2010 12:00 AM

image:
http://www.mstar.com.my/~/media/images/mstar/profile/default/s.ashx?w=50&h
=50


Oleh: SAKINA MOHAMED
editor@mstar.com.my


(Ubah saiz teks)

ZAMAN orang ramai mengeluh kerana kekurangan peluang untuk meneruskan


pengajian tinggi kini hanya tinggal kenangan.

Keluhan lazim yang kita dengar daripada mereka yang gagal menjejakkan kaki ke
menara gading ialah kurangnya sumber pembiayaan, masa dan kelayakan.

Tetapi hari ini Universiti Terbuka Malaysia (OUM) mengatasi segala halangan ini
dengan memperkenal "The Four Flexes", membolehkan sesiapa sahaja yang
berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Melalui OUM sesiapa sahaja boleh mendapatkan segulung ijazah mengikut tempoh
masa yang sesuai dengan keperluan mereka, menggunakan kaedah pilihan mereka
sendiri untuk pembelajaran jarak jauh dan juga membayar yuran secara ansuran.
Dan itu pun tanpa mengira sama ada seseorang itu hanya mempunyai sijil SRP
sekali pun.

Repin Ibrahim, naib presiden Pembangunan Perniagaan dan Pengurusan Sumber


Manusia bercakap kepada Bernama mengenai usaha OUM untuk memenuhi erti
kata slogannya, "Universiti bagi Semua" (The University For All).

KEMASUKAN FLEKSIBEL
Mahu melangkah ke Menara Gading, tetapi tercicir sebelum sempat menduduki
SPM? Tiada masalah!

Repin berkata universiti ini memperkenal satu dasar yang memungkinkan mereka
dengan kelayakan hanya SRP, PMR, ataupun LCE (Lower Certificate of Education)
untuk memperoleh ijazah sarjana muda atau sarjana.

Dasar Kemasukan Fleksibel, yang diluluskan Majlis Kebangsaan Pendidikan Tinggi,


menyediakan peluang bagi mereka dengan pengalaman kerja yang berkaitan
untuk menimba ilmu di mana mereka tidak boleh berbuat demikian sebelum ini
melalui saluran biasa. "Bagi ijazah sarjana muda, selagi anda berusia 21 tahun
atau lebih, mempunyai pengalaman kerja, anda boleh tampil untuk menjalani
ujian pernilaian," kata Repin sambill menjelaskan bahawa ujian itu lazimnya
membabitkan mata pelajaran bahasa Inggeris dan Matematik pada tahap
Tingkatan 5.

Sementara itu, mereka yang mahu memohon bagi program ijazah lanjutan (pasca
sarjana muda) perlulah berusia sekurang-kurangnya 35 tahun dan memiliki
sekurang-kurangnya diploma, STPM ataupun kelayakan yang setara.

MOD BAYARAN YURAN FLEKSIBEL

Apabila timbul khabar yang OUM membenarkan penuntutnya membayar yuran


mereka secara ansuran, ramai mendapati tawaran ini sesuatu yang sukar untuk
dilepaskan.

"Selepas sahaja timbul khabar yang kami menawarkan mod bayaran fleksibel,
ramai yang memanggil kami untuk mengesahkan tawaran ini," kata Repin.

"Ada yang memanggil kami untuk menghitung ansuran bulanan bagi kursus yang
mereka minati, dan selepas membayar yuran pendaftaran RM300 ansuran
bulanan yang perlu dibayar adalah lebih kurang RM360 sebulan bagi kursus ijazah
empat tahun."

Tiada bayaran faedah dikenakan bagi bayaran ansuran. Selain itu, diskaun
sebanyak 10 peratus diberi selepas yuran pengajian dibayar sepenuhnya.

"Ia sebahagian daripada program CSR (tanggungjawab korporat sosial) kami


dengan memastikan yuran kami kekal serendah yang mungkin, dan kami dapat
melakukannya kerana bilangan pengambilan kami yang besar," kata Repin.
Tetapi sumbangan CSR paling hebat ialah diskaun 75 peratus bagi warga emas
dan golongan istimewa.

"Ramai yang tidak sedar akan kadar istimewa bagi kumpulan-kumpulan ini, rugi
sekali," katanya.

Pengambilan sulung OUM ialah seramai 753 orang pada 2001. Hari ini terdapat
lebih 90,000 penuntut dalam pangkalan data OUM dengan 37,000 daripada
mereka merupakan penuntut aktif.

KAEDAH PEMBELAJARAN FLEKSIBEL

Sementara OUM dikenali kerana pembelajaran jarak jauh dan online, kaedah
pembelajaran yang ditawarkan kepada penuntut sebenarnya lebih luas dan
pelbagai. Kaedah ini yang terdiri daripada pembelajaran diuruskan sendiri,
pembelajaran online dan interaksi bersemuka, sekarang ini dirujuk sebagai
"pembelajaran gabungan".

Menurut Repin antara kaedah pembelajaran yang lebih inovatif ialah melalui
iRadio yang merupakan stesen radio online universiti itu yang boleh dicapai di
seluruh dunia menerusi portal OUM.

Sebanyak tujuh puluh peratus daripada program yang disiarkan melalui stesen ini
ialah berkaitan akademik. Untuk mengekalkan minat pendengar, baki 30 peratus
dikhususkan bagi hiburan.

"Kami mengadakan perbincangan subjek serta temu bual bersama pakar-pakar


dalam bidang berkaitan semasa siaran langsung, yang mengambil masa dari awal
pagi hingga 6 petang.

"Oleh kerana kami faham yang para penuntut kami sibuk dengan tugas, program
dan temu bual juga diarkib secara online supaya para penuntut boleh memuat
turun dan mendengarnya pada waktu sesuai jika tidak dapat mengikutinya pada
waktu siaran asal," kata beliau.

Para penuntut juga dapat menghadiri kelas melalui persidangan video, strim
audio atau video, tidak kira di mana sahaja mereka berada. Selain itu, universiti
ini juga sedang mengusahakan pembelajaran mudah alih, platform untuk
membolehkan penuntut belajar atau menerima tugasan atau tutorial melalui
telefon mudah alih.
Bagaimanapun bahagian penting bagi pembelajaran yang diuruskan sendiri ialah
modul cetak. Repin berkata OUM membangunkan modulnya sendiri berdasarkan
kepada buku teks terbaik dan terbaru yang terdapat di dunia. Dalam melakukan
ini, modul-modul ini sentiasa dikemas kini supaya maklumat yang disediakan
adalah yang terkini.

Bagaimanapun, katanya, ada penuntut masih memilih untuk berinteraksi


bersemuka dengan pengajar mereka.

"Bagi mereka yang lebih suka pembelajaran bersemuka, kami juga menyediakan
kemudahan serta saluran untuk mempermudahkannya. Inilah apa yang kami
maksudkan sebagai pembelajaran yang bertumpukan terhadap pelajar," katanya.

MASA PEMBELAJARAN FLEKSIBEL

Satu lagi ciri unik di OUM ialah peluang untuk menghadiri kelas atau belajar
mengikut masa sendiri.

OUM faham akan keperluan warga dewasa yang bekerja, yang memaksa
keutamaan tertentu diketepikan untuk memberi laluan bagi aktiviti lain.

"Ini kerana ada kalanya golongan dewasa yang bekerja perlu berehat dan
menangani hal-hal yang mendesak terlebih dahulu. Tetapi kami menyediakan
peluang kepada mereka untuk sambung dari tahap mana mereka berhenti, dan
bukannya terpaksa bermula semula dari awal lagi," kata Repin.

Dengan mengambil kira perkara ini, apabila universiti lain memperuntuk empat
tahun bagi ijazah sarjana muda, OUM membenarkan penuntutnya menyambung
sehingga lapan tahun. Sementara itu, para penuntut ijazah sarjana boleh
melengkapkan pengajian mereka dalam tempoh lima tahun.

Bagaimanapun, kata Repin, universiti ini mengambil berat akan tempoh


penuntutnya menamatkan pengajian.

"Jadi jika anda ketinggalan kelas atau tugasan, atau jika anda mengambil cuti
yang lama sedangkan anda hanya mempunyai satu sahaja kertas untuk
dikemukakan, pihak universiti akan memanggil anda untuk mengetahui kemajuan
anda dan mencari jalan bagaimana untuk membantu anda.

"Dan ini merupakan penekanan yang diberikan sejak hari pertama �pembelajaran
bertumpukan pelajar, produk berkualiti serta perkhidmatan dan juga pada harga
yang mampu. Yang kesemuanya merupakan sebahagian daripada faktor kejayaan
kami," katanya. - BERNAMA

Baca lebih lanjut di


http://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2010/05/1
6/kini-semua-boleh-ke-menara-gading/#38MdCKHu5KG3
wiUz.99

You might also like