You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Chengal Lempong


26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur
________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : CBA4114.100-18/1/1(39)


Tarikh : 10 Mac 2020

Pengerusi Dana Mawadah


Bukit Istana Kuantan
25200 KUANTAN.

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA


SERTA PELANCARAN GALERI RASULLULLAH
SK CHENGAL LEMPONG, KUANTAN

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan Watikah Pelantikan


Pemimpin Muda sekolah ini pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 23 Mac 2020 ( Isnin )


Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan Perdana Seri Chengal
Sekolah Kebangsaan Chengal Lempong, Kuantan.
Peserta : Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber,
Pengawas SPBT, Ketua & Penolong Kelas

3. Sehubungan itu, pihak sekolah berbesar hati menjemput tuan ke majlis tersebut di
atas.

4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi Pn. Rusmawati bt.
Arman, di talian 019-9812290.

Kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan dalam urusan ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,

( JANTAN BIN YASIN )


Guru Besar
S.k: i) Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan
ii) Fail Timbul

You might also like