You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KAMPONG PAHANG


JALAN PAHANG,
35000 TAPAH,
PERAK DARUL RIDZUAN. Kod Sekolah: ABC0058
Telefon/Faks:05-4018158
Emel : ABC0058@moe.edu.my
__________________________________________________________________________________________________________
“PENDIDIKAN BERKUALITI,SEKOLAH UNGGUL,MURID HOLISTIK”
Ruj.Tuan : -
Ruj. Kami : SJKCKP.BP. 200-4/2/2 ( 4 )
Tarikh : 5 Julai 2021

Chen Hui See


G9, Kampung Pahang
Jalan Pahang
35000 Tapah
Perak Darul Ridzuan.

Puan,

NOTIS PERLANJUTAN TEMPOH PENGECUALIAN BAYARAN PENYEWAAN KANTIN


SEKOLAH SJK(C) KAMPONG PAHANG, TAPAH

Dengan hormatnya perkara di atas di rujuk .

2. Berdasarkan surat edaran Kementerian Pendidikan Malaysia, bayaran sewaan / pajakan


yang perlu dibayar oleh pihak puan di bawah Perjanjian Penyewaan Kantin Sekolah di SJKC
Kampong Pahang, Tapah bertarikh 1 Disember 2019 (”Perjanjian”) bagi Premis adalah dilanjutkan
tempoh pengecualian bermula dari bulan Julai 2021 hingga Disember 2021, iaitu selama enam
(6) bulan.

3. Selain daripada itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga akan memberi
penyambungan kontrak sewaan kantin di sekolah bawah kementerian ini secara automatik untuk
tempoh satu (1) tahun apabila tamat tempoh kontrak asal.

Sekian , untuk makluman pihak tuan.

Terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID – 19 ”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………
CHONG SAU CHAN
GURU BESAR

You might also like