You are on page 1of 4

٠٠٠ ٠٠ ٠٠٠ ٠

‫ﻪﻌﻨﻤ ﻪﻠﻮﮑﺴﺴﯾﻤﻓﻊﺒﮑﻭﻩ‬
٠٠٠
٠ ‫ﻥﺄﺴﻌﺒﮐ‬
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BEKOH
77100 ASAHAN, MELAKA
TEL : 06-5236043
FAKS : : 06-5235893
Email : mea1076@pd.jaring.my

Ruj. Kami : 600-4/1/5(3)


Ruj. Tuan :
Tarikh : 11 Mac 2016
Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK),
JB 9819, Jalan Taman Maju-Kemendor,
77000 Jasin,
Melaka.
(up : En.Amin Fikri Bin Adnan)

Tuan,

JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN SEMPENA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK


SMK. SIMPANG BEKOH, ASAHAN, MELAKA .

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Panitia Sains dan Matematik SMK. Simpang Bekoh akan mengadakan
Minggu Sains dan Matematik peringkat sekolah bermula 28 Mac 2016 hingga 1 April 2016.

3. Sehubungan itu, sukacita kami ingin menjemput pihak tuan untuk mengadakan satu pameran
٠
bagi memberikan lebih pendedahan kepada murid-murid SMK. Simpang Bekoh yang berada di luar
bandar berkaitan dengan dadah dan kesannya. Besar harapan pihak kami agar nanti murid sekolah ini
dapat menambahkan pengetahuan mereka berkaitan gejala dadah dan kesannya penggunaannya .

4. Untuk makluman pihak tuan, tarikh pameran tersebut seperti berikut:

TARIKH : 29 MAC 2016 (SELASA)


MASA : 8.00 PAGI HINGGA 1 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN NILAM SMK. SIMPANG BEKOH

5. Sebarang kesulitan dan pertanyaan berhubung dengan pameran ini boleh menghubungi
Pn. Jamaliah Bt Adam, GKMP Sains dan Matematik ( Tel : 0192509756 )

Kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

(Hj. Tuah Bin Talip)


Pengetua
Kepada ,
En.Jasni Bin Nordin
Yang Dipertua PIBG
SMK.Simpang Bekoh

Melalui
Pengetua
SMK.Simpang Bekoh

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN RM800 BAGI MEMBIAYAI PROGRAM MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2016
ANJURAN BIDANG SAINS DAN MATEMATIK .
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Program Minggu Sains dan Matematik 2016 akan diadakan dari 28 Mac 2016 hingga 1 April 2016 bagi
tujuan meningkatkan minat murid terhadap bidang Sains dan Matematik dan seterusnya dapat meningkatkan
pencapaian murid dalam matapelajaran Sains dan Matematik dalam peperiksaan PT3 dan SPM. Sepanjang
program ini pelbagai aktiviti akan diadakan dengan melibatkan pelbagai lapisan murid. Disini disertakan kertas
kerja Program Minggu Sains dan Matematik 2016 bagi makluman pihak tuan
3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar pihak PIBG dapat memberikan sumbangan RM800 bagi
menjayakan aktiviti yang dirancang bagi manfaat semua murid SMK Simpang Bekoh .
4. Pihak kami berharap agar permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan dengan
sewajarnya dan kami dahului dengan ucapan terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

(PN.ROZILAH YUNUS)
Setiausaha Program Minggu Sains dan Matematik,
SMK.Simpang Bekoh.

s.k Fail Panitia

You might also like