You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELAWAT Pejabat Am : 09-7787400


16370 BACHOK Faks : 09-7787401
KELANTAN DARUL NAIM E-mel : smkjelawatbachok@gmail.com
DEA0036@1bestarinet.yes.my

Rujukan Kami: SMKJ. 700-10/2/2 ( 01 )


Tarikh: 7hb Mac 2024

Ke Majlis
Ibubapa/Penjaga
Penghuni Asrama

Tuan/Puan,

Kemasukan Pelajar ke Asrama Sesi 2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat akan mula dibuka
semula sebagimana berikut:

Tarikh : 9hb Mac 2024 (Sabtu)


Tempat : Asrama SMK Jelawat
Masa Lapor Diri : 3.00 – 6.00 petang

3. Sehubungan dengan itu, anak tuan bernama


tingkatan diminta melaporkan diri ke asrama dengan mematuhi semua syarat yang telah di
tetapkan oleh pihak sekolah.

4. Pihak tuan adalah dipohon untuk menjelaskan bayaran tambahan dan tunggakan yang belum
dijelaskan bagi tahun 2023 sekiranya ada. Berikut ialah bayaran yang harus dijelaskan sewaktu melaporkan
diri:
i. Set cadar/Selimut asrama = RM50 (sertakan resit pembelian dari koperasi)
ii. Yuran kebajikan RM10 x 12 = RM120
iii. Baju batik (pelajar baru) =RM70
Jumlah =RM170.00

5. Koperasi sekolah akan dibuka pada 9 Mac dari pukul 3.00 – 6.00 petang untuk urusan pembelian
cadar dan selimut.

6. Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan program dan aktiviti di asrama amat
dihargai.

Sekian, terima kasih.

“RAJA BERDAULAT, RAKYAT MUAFAKAT, NEGERI BERKAT”


“GURU BERKUALITI, PELAJAR BERASPIRASI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ZULKIFLI BIN ISMAIL)


Pengetua SMK Jelawat

You might also like