You are on page 1of 1

SMK LUBOK CHINA

78100 LUBOK CHINA, MELAKA


No.Telefon : 06-6966375
No.Fax : 06-6966372
Kod Sekolah : MEA0095
Email : mea0095@moe.edu.my

Ruj. Kami :
Tarikh : 27 Mei 2021

Persatuan Ibu Bapa & Guru-guru (PIBG)


SMK Lubok China
78100 Lubok China
Melaka

Tuan,

Memohon Sumbangan Untuk Pembelian Langsir Makmal Kimia

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, pihak sekolah sedang mencari dana untuk
membeli langsir Makmal Kimia yang berjumlah RM3000.00.

2. Keperluan ini adalah untuk persediakan tempat peperiksaan amali sains tulen dijalankan.
Dimana keadaan makmal perlu mempunyai langsir yang menghalang cahaya dari masuk ke
dalam makmal agar tidak menganggu proses amali ketika dijalankan.

3. Oleh yang demikian, pihak sekolah ingin memohon sumbangan dari pihak PIBG SMK
Lubok China sebanyak RM500.00 untuk menampung sedikit perbelanjaan pembelian langsir ini.

4. Untuk makluman pihak tuan, peperiksaan amali sains tulen akan dijalankan dalam bulan
Julai 2021.

5. Segala pertimbangan dari pihak tuan amat kami harapkan dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

…………………………………….
Puan Azizah Binti Yusop
Pengetua SMK Lubok China

You might also like