You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SJK ( C ) CHUNG HWA,


82010 KAYU ARA PASONG,
PONTIAN,
JOHOR DARUL TAKZIM. TEL : 07-6951014

Ruj. Kami : SJKCH.200-7/5/2 ( )


Tarikh : 30 Januari 2024
Kepada:

Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Pontian
Wisma Pelajaran 1927P,
Jalan Alsagoff,
82000 Pontian, Johor.

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENYELENGGARAAN ALAT PEMADAM API

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, terdapat 3 buah alat pemadam api di SJK (C) Chung Hwa. 3 buah alat
pemadam api tersebut sudah tamat tempoh.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati ingin membuat permohonan untuk
penyelenggaraan bagi 3 buah alat pemadam api tersebut. Di samping itu, pihak sekolah juga ingin
memohon penambahan 2 buah alat pemadam api untuk dipasang di bilik guru dan koridor kelas.
Hal ini amat penting bagi menjamin keselamatan warga sekolah sekiranya berlaku sebarang
kebakaran.

4. Kerjasama dan prihatin daripada pihak tuan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

..................................................
(LOH LEE YAN)
Guru Besar
SJK (C) Chung Hwa

You might also like