You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN LANEH,

LUBOK MERBAU,
33010 KUALA KANGSAR,
PERAK

Kod Sekolah : ABA 4029


No. Tel / Fax : 05-7584998
______________________________________________________________________________
PERAK DI PUNCAK KECEMERLANGAN
Ruj.Tuan :
Ruj. Kami : SKL 01/2/2/R3 JLD 1(29)
Tarikh
: 24 Januari 2014
Kepada

TMpoint Kuala Kangsar


Bangunan TM
Jln. Raja Chulan,
33000 Kuala Kangsar,
Perak
Tuan / Puan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KEM MOTIVASI TAHUN 6
Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan Kem Motivasi
Tahun 6 bertujuan sebagai pembakar semangat untuk anak-anak menghadapi peperiksaan UPSR
2014.
2.

Sehubungan itu, pihak sekolah ingin menarik perhatian tuan / puan untuk membantu Sekolah
Kebangsaan Laneh, Lubok Merbau, Kuala Kangsar bagi memberikan sumbangan untuk
menjayakan program tersebut. Sumbangan boleh diberi dalam bentuk wang tunai atau cek di atas
nama BENDAHARI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU SK LANEH.
3.

Bersama-sama ini disertakan satu salinan kertas kerja program untuk tindakan tuan/ puan.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan / puan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.............................................
(UZAIR BIN ABDUL AZIZ)
Setiausaha PIBG,
Sekolah Kebangsaan Laneh.
...........................................................
(MAHAMAD WAHAB B. RAZMAN)
Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Laneh.

...........................................
(FARIDAH BT YUSOFF)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Laneh.

You might also like