You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN (L) JALAN PASAR 1

JALAN DAVIS,
55100 KUALA LUMPUR
TEL / FAX : 03-92219619

Ruj. Kami : SKLJP1 100-2/8/1


(03)
Tarikh
: 15 Ogos 2015

Kepada,
Ibu bapa / penjaga
_______________
_______________
Tuan / Puan,
MEMOHON SUMBANGAN BAGI LAWATAN
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2015

SAMBIL

BELAJAR

SEMPENA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


2.
Suka cita dimaklumkan bahawa SK (L) Jalan Pasar 1 akan menganjurkan
Lawatan Sambil Belajar Sempena Sambutan Hari Kanak-kanak pada ketetapan
berikut :
Tarikh
Tempat

: 17 Oktober 2015
:
Beryls Chocolate Factory, Yakult Factory, Muzium
Negeri, Ostrich
Farm, Negeri Sembilan.

3.
Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak ibu bapa dan
penjaga agar dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program ini.
4.
Jumlah keseluruhan bagi menjayakan program ini memerlukan dana
sebanyak RM 2535. Pihak sekolah akan menanggung perbelanjaan pengangkutan
berjumlah RM 800. Oleh itu, pihak sekolah berharap agar ibu bapa dapat
menanggung kos selebihnya yang berjumlah RM 40 seorang.
5.
Jumlah yang ditanggung oleh pihak ibu bapa merangkumi pakej sarapan pagi,
makan tengah hari, minum petang dan tiket serta (tourist guide) bagi kesemua
tempat yang dilawati.
6.
Sekiranya pihak sekolah gagal untuk mengumpulkan dana yang secukupnya,
maka program lawatan sambil belajar ini terpaksa dibatalkan.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan / puan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

SEKOLAH KEBANGSAAN (L) JALAN PASAR 1


JALAN DAVIS,
55100 KUALA LUMPUR
TEL / FAX : 03-92219619

(PN. MAZNAH BINTI LATIFF)


Guru Besar
SK (L) Jalan Pasar 1

You might also like