You are on page 1of 4

SK (1) SIMPANG LIMA

PERSIARAN RAJA MUDA MUSA, 41200 KLANG

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN


KESIHATAN BIL 1/2018

Bilangan : Kali Pertama


Tarikh : 29 Disember 2017
Masa : 11.00 - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Guru

Hadir
Seperti dalam lampiran

Tidak Hadir Bersebab


Tiada

Turut Hadir
Tiada

Urus Setia
Muhammad Adib Bin Ahamad
Setiausaha Panitia

I PERUTUSAN PENGERUSI (Pn Kavita A/P Subramaniam )


1. Kata Alu-aluan

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapkan terima kasih atas kehadiran
hadir semua AJK Panitia Pendidikan Jasmani pada mesyuarat panitia kali
pertama.
1.2 AJK dimaklumkan agar meningkatkan lebih usaha dalam meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PEND.JASMANI BIL 4/2017

2.1 Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Bilangan 4 Tahun 2017 disahkan
tanpa pindaan.
Cadangan : En Hanis bin Mispan
Sokongan : Pn Kavita a/p Subramaniam

3. ISU-ISU YANG DI BINCANGKAN

3.1 Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) dan kurikulum


Standard Sekolah Rendah (KSSR).

3.1.1 Semua guru tahun 1 hingga 5 diminta muat turun DSKP sendiri di laman
web BPK.
3.1.2 Guru-guru tahun 6 mengajar Pendidikan Jasmani diminta menggunakan
sukatan KBSR

3.2 Rancangan Mengajar Harian Pendidikan Jasmani

3.2.1 RPH mestilah berdasarkan DSKP. Aktiviti yang dirancang hendaklah


berfokuskan murid dan mesti ada penilaian daripada guru

3.3 Rancangan Mengajar Harian Pendidikan Kesihatan

3.3.1 Semua guru diminta merujuk atau memuat turun RPH di laman web BPK

3.4 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia


(SEGAK)

3.4.1 Program SEGAK berfokuskan kepada murid tahap 2terutama yang


mengalami obesiti.
3.4.2 Program SEGAK akan dilaksanakan pada 19.3.2018 untuk tahun 4,
20.3.2018 untuk tahun 5 dan 21.3.2018 untuk tahun 6.

3.5 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

3.5.1 Semua guru diminta merujuk atau merujuk buku teks untuk membuat PBS.
Penilaian dibuat bila-bila masa
3.6 Penilaian (Peperiksaan)

3.6.1 Pada tahun lepas, pembahagian markah untuk pendidikan jasmani akan
dipecahkan kepada 50% peperiksaan dan 50% dipadang, manakala
pendidikan kesihatan pula 100% peperiksaan. Pengubal soalan di minta
menghantar satu salinan beserta skema jawapan kepada KP dan SU
peperiksaan.

3.7 Stor, Peralatan dan keceriaan

3.7.1 Semua peralatan yang akan digunakan akan direkod didalam buku
peralatan keluar masuk
3.7.2 Semua guru mestilah mengutamakan keselamatan semasa mengambil
peralatan di dalam stor sukan. Pastikan guru mengiring murid semasa
mengambil dan menghantar peralatan di stor sukan. Guru bertanggung
jawab terhadap peralatan untuk disusun atur mengikut keadaan asal.
3.7.3 Semua guru hendaklah memastikanperalatan sukan disimpan dengan baik
ditempat asal

3.8 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani

3.8.1 Semua guru dan murid diminta memakai pakaian sukan yang lengkap
semasa proses pengajaran dan pembelajaran pendid.ikan jasmani di
padang

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Pembina soalan peperiksaan bagi pertengahan tahun dan akhir tahun perlu
diagihkan dan dibincangkanbersama guru mengikut aliran
4.2 Semua guru boleh memohon untuk membali barang atau peralatan PJK.
Jumlah peruntukan belum dimaklumkan

5. PENANGGUHAN MESYUARAT

5.1 Pengerusi menanguhkan mesyuarat pada pukul 1.00 petang dengan ucapan
terima kasih kepada semua yang hadir.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………….. ………………………………
(Muhammad Adib Bin Ahamad) (Kavita A/P Subramaniam)
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia Pend Jasmani dan kesihatan Panitia Pend Jasmani dan kesihatan
SK (1) Simpang Lima Klang SK (1) Simpang Lima Klang

You might also like