You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN LELAKI JALAN PASAR 1

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI 1/2016

Tarikh : 11.1.2016
Masa : 1.30 Tengah hari
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Nama yang hadir : En. Anif bin Abd Ghani ( GPK Tadbir & Kurikulum)
: Pn. Sabarina binti Baharom (KETUA PANITIA)
: Pn. Normirah binti Gani (S/U PANITIA)
: Pn. Bibi Salmah Binti Mohd Sahid
: Pn. Hazirah Binti Seman

1. UCAPAN KETUA PANITIA

1.0 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan seni
visual Kali -1 bagi sesi 2016.
2.0 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang
dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

2. PERKARA BERBANGKIT

2.1 Guru-guru matapelajaran diminta bersedia dengan laporan post-mortem Peperiksaan


Akhir Tahun 2015.

2.2 Maklumat guru 2016 dapat dilengkapkan segera untuk disimpan di dalam fail panitia
sebagai rujukan.

3. RANCANGAN MENGAJAR

3.1 Ketua Panitia menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis dengan berpandukan
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Dokumen Standart Kurikulum Pendidikan
(DSKP) yang terkini.

3.2 DSKP dan RPT perlu disediakan oleh guru matapelajaran


3.3 Rancangan Pelajaran Tahunan perlu disiapkan. Mengucapkan terima kasih kepada guru-
guru yang menyediakan RPT 2016. RPT pendidikan seni visual akan dibuat dalam
bentuk Hard Copy dan Soft Copy.

3.4 Pengerusi menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurang-kurangnya


perlu ada tunjang, tajuk, sub tajuk, objektif, aktiviti, BBM dan catatan.

4. PEPERIKSAAN

4.1 Terdapat 4 kali peperiksaan akan dilaksanakan pada tahun 2016 iaitu:

- Ujian Prestasi 1 ( Matapelajaran Teras + Pend Islam/Pend Moral sahaja )

- Peperiksaan Pertengahan Tahun

- Ujian Prestasi 2

- Peperiksaan Akhir Tahun

4.2 Jadual pelaksanaan peperiksaan boleh dirujuk dalam taqwim sekolah.

4.3 Semua guru matapelajaran diingatkan utk menyediakan soalan ujian/peperiksaan lebih
awal untuk disemak oleh Ketua Panitia sebelum diserahkan kepada En Anif dan
seterusnya dicetak.

4.4 Post-mortem peperiksaan akhir tahun 2015 bagi kesemua subjek teras adalah seperti
dalam Lampiran

4.5 Setiap peperiksaan perlu dilaksanakan post-mortem serta didokumentasikan.

5. ANGGARAN PERBELANJAAN

5.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai bahan PSV yang diperlukan
untuk tahun ini dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta peralatan tersebut
melalui nota minta yang boleh didapati di pejabat.

6. HAL-HAL LAIN

6.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil bahan PSV dan memastikan
peralatan tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga segala peminjaman
peralatan dicatatkan dalam buku catatan peminjaman peralatan.

6.2 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar yang segera
untuk proses membuat tempahan barang.
7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

..
(PN NORMIRAH BINTI GANI) ( EN.ANIF BIN ABD GHANI )
S/U PENDIDIKAN SENI VISUAL GPK TADBIR DAN KURIKULUM
SK (L) JALAN PASAR 1 SK (L) JALAN PASAR 1

You might also like