You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI P.

RAMLEE
JALAN TIMAH, 10150 PULAU PINANG
TEL / FAKS : 04 - 226 8841

Ruj. Tuan : SKTSPR.100-05/16 (02)


Tarikh : 16 OKTOBER 2019
Kepada,

Ketua Pejabat Pos


George Town, Pulau Pinang.

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN PAMERAN SEMPENA PROGRAM


PELAPORAN PENTAKIRAN BILIK DARJAH (PBD) FASA 2 SKTSPR, 2019
______________________________________________________

Merujuk dengan hormatnya kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Sekolah Kebangsaan Tan Sri P. Ramlee akan mengadakan Hari Pelaporan


PBD, 2019. Sempena program tersebut, beberapa aktiviti akan dijalankan seperti
permainan, pameran dan jualan. Oleh itu, pihak sekolah dengan besar hati
menjemput pihak Pejabat Pos untuk mengadakan pameran dan cetakan setem
peribadi pada hari tersebut.

3. Berikut ialah tentatif ringkas berkaitan program tersebut :


3.1 Tarikh : 24 OKTOBER 2019.
3.2 Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
3.3 Tempat : Dewan Terbuka SKTSPR.

4. Sehubungan itu, pihak sekolah berharap pihak Pos Malaysia dapat menyertai
program ajuran sekolah ini.

5. Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

(JAMAIAH BINTI MAHLI)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tan Sri P. Ramlee
Jalan Timah, 10150
Pulau Pinang.

You might also like