You are on page 1of 2

Nasihat

Dengarlah kawan satu cerita,


Seorang budak malas berusaha,
Setiap hari asyik terlena,
Enak bermimpi di pokok sena.

Suatu hari dia diuji,


Tidak pandai membaca dan juga mengaji,
Rakan tertawa geli hati,
Malu rasanya tidak terperi.

Semenjak itu di hati tersemat,


Untuk belajar penuh semangat,
Tidak kira masa walaupun penat,
Akhirnya berjaya dipuji dihormat.

Ingatlah kawan yang kukasihi,


Menimba ilmu jangan dibenci,
Jikalau ilmu sentiasa di hati,
Ke mana pergi tidaklah rugi.

1
1
Cadangan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang boleh
digunakan oleh guru untuk syair ini ialah:

• mengecamkan maklumat dalam teks.


• mencari makna perkataan.
• mengecamkan watak-watak yang terdapat dalam teks.
• mengenal pasti pesanan dan pengajaran yang ingin
disampaikan dalam teks.

2
2

You might also like