You are on page 1of 1

Hai, kawan-kawan! Saya sebagai tali pinggang keledar. Warna saya kelabu.

Saya berada di tempat duduk pemandu dan penumpang.

Tahukah kawan-kawan akan fungsi saya? Saya dipakai oleh pemandu dan
penumpang kereta supaya mereka tidak tercampak ke luar kereta jika berlaku
kemalangan.

Kawan-kawan jangan tersilap, saya tidak dapat mengelakkan kemalangan


daripada berlaku tetapi saya dapat mengurangkan risiko kecederaan semasa
kemalangan.

Ingat tu kawan-kawan, bukan pemandu sahaja yang perlu memakai saya


tetapi penumpang belakang pun wajib memakai saya supaya tidak terhumban ke
hadapan jika pemandu membrek secara mengejut. Pakailah saya demi
keselamatan anda.

You might also like