You are on page 1of 15

Amali Minggu 6

RAVI MARGAPANDU

Struktur dan
Fungsi
Saraf Pusat dan
Pinggir

Struktur dan Fungsi Saraf Pusat


Terdiri daripada :
1. Otak
- serebrum
- serebelum
- medula oblongata
- hipotalamus
- talamus
2. Saraf tunjang

Otak
Otak manusia berfungsi sebagai pusat
koordinasi dan kawalan untuk :
1.
2.
3.
4.
5.

Menerima maklumat dalam bentuk impuls


saraf.
Menganalisis maklumat
Mengintegrasi maklumat
Menyimpan maklumat
Memberi arahan dalam bentuk impuls saraf

Otak terbina daripada sel sel saraf


yang dinamakan neuron.
Bahagian luar otak terdiri daripada
jirim kelabu ( yang mengandungi badan
sel neuron )
Bahagian dalamnya terdiri daripada
jirim putih ( yang mengandungi gentian
neuron )

Serebrum
mengawal aktiviti mental seperti
pemikiran, kecerdasan akal, ingatan,
pembelajaran, penaakulan, dan
penyelesaian masalah.
Mengesan deria seperti sakit, sentuhan,
suhu, penglihatan, pendengaran, rasa dan
bau.
Mengawal pengecutan otot terkawal.

Serebelum
berfungsi untuk mengawal dan
menyelaras pergerakan badan, iaitu
mengkoordinasikan pengecutan otot
( otot licin dan otot kardium )
Mengawal keseimbangan badan.

Medula oblongata
mengawal atur tindakan luar kawal
seperti kadar denyutan jantung,
peristalsis, tekanan darah, pernafasan
dan pengawalan saiz salur darah.
Merupakan pusat refleks bagi muntah,
batuk, bersin dan menelan.

Hipotalamus
sebagai pusat pengawalan persekitaran,
iaitu kawal atur homeostasis.
Mengawal suhu badan, keseimbangan air
dalam badan, emosi, penguraian lemak
dan karbohidrat.
Mengawal perembesan kebanyakan
hormon dalam badan bersama dengan
kalenjar pituitari.

Talamus
merupakan pusat integrasi maklumat
yang utama.
Terlibat dalam persepsi kesakitan dan
keseronokan.
Menerima maklumat daripada serebrum
dan bahagian otak lain yang mengawal
emosi.

Saraf tunjang
berterusan dari medula oblongata dan
dilindungi oleh turus vertebra.
Terdiri daripada jirim putih di bahagian
luar dan jirim kelabu yang berbentuk H
di bahagian dalam.
Saraf spina terbahagi kepada dua akar
sebelum bersambung dengan saraf
tunjang.

Akar dorsal bersambung dengan


bahagian dorsal saraf tunjang sedangkan
akar ventral bersambung dengan
bahagian ventral saraf tunjang.
Di tengah saraf tunjang terdapat salur
pusat yang mengandungi cecair
serebrospinal.

Fungsi :
1. menghubungkan otak dengan sistem
saraf periferi / pinggir.
2. mengawal tindakan refleks.

Struktur dan Fungsi Saraf Pinggir


terdiri daripada saraf yang
menghubungkan sistem saraf pusat
dengan reseptor dan efektor yang
sepadan.
terdiri daripada :
1. saraf kranium
2. saraf spina

Saraf kranium
keluar dari otak.
Menghubungkan otak dengan :
1. organ deria ( mata, telinga dan hidung )
2. efektor ( otot atau kalenjar pada
kepala)

Saraf spina
keluar dari saraf tunjang.
Menghubungkan saraf tunjang dengan
1. organ deria
2. efektor pada toraks, abdomen, dan
anggota badan.

You might also like