You are on page 1of 11

BAB IV

HASIL DAN PERBINCANGAN

Kajian ini mendapati sebanyak 355 spesimen riang-riang dari Taman Negara Endau
Rompin, Johor bagi sektor Lubuk Tapah. Hasil daripada pengecaman, jumlah spesies
yang berjaya direkodkan adalah 28 spesies dalam 13 genus di bawah 2 famili iaitu
Cicadidae dan Tibicinidae. Secara keseluruhannya, spesimen-spesimen tersebut telah
dikumpulkan pada bulan April, Mei, Jun, Julai dan September 2002 dalam Ekspedisi
Saintifik oleh para penyelidik, pensyarah, kakitangan dan pelajar-pelajar UKM.

4.1 Komposisi spesies riang-riang Taman Negara Endau Rompin


Maklumat lengkap kajian inventori ini ditunjukkan oleh jadual data dalam Lampiran
A. Berdasarkan data tersebut, maklumat-maklumat kajian riang-riang yang penting
telah diringkaskan dalam jadual 4.1. Sejumlah 28 spesies dalam 13 genus riang-riang
telah direkodkan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 24 spesies dalam 10 genus
terdiri daripada famili Cicadidae dan 4 spesies dalam 3 genus tergolong dalam famili
Tibicinidae.

Oleh kerana kajian riang-riang di Taman Negara Endau Rompin ini merupakan
kajian perintis, maka spesimen-spesimen yang direkodkan merupakan rekod baru bagi
Semenanjung Malaysia. Namun begitu, dua spesies telah diperihalkan sebagai spesies
baru iaitu Chremistica malayensis Salmah & Zaidi dan Puranoides sp. Kedua-dua
spesies ini merupakan spesies yang telah direkodkan sebagai spesies baru dijumpai di
Semenanjung Malaysia.
JADUAL 4.1 Senarai fauna riang-riang dari Taman Negara Endau Rompin

Bilangan
Bil Spesies
Jantan Betina Jumlah
Famili Cicadidae
1. Chremistica malayensis Salmah & Zaidi 1 11 12
2. Chremistica pontianaka (Distant) 5 41 46
3. Chremistica umbrosa (Distant) 2 11 13
4. Cryptotympana aquila (Walker) - 2 2
5. Cryptotympana sp. - 1 1
6. Dundubia euterpe Bloem & Duffels 4 17 21
7. Dundubia rufivena Walker - 5 5
8. Dundubia vaginata (Fabriciud) 11 17 28
9. Maua affinis Distant - 2 2
10. Maua quadrituberculata (Signoret) 1 - 1
11. Orientopsaltria endauensis Duffels & Schouten 1 6 7
12. Orientopsaltria guttigera (Walker) 5 11 16
13. Orientopsaltria padda (Distant) 8 17 25
14. Platylomia abdulla (Distant) 2 12 13
15. Platylomia spinosa (Fabricius) 1 3 4
16. Platypleura kaempferi (Fabricius) - 5 5
17. Platypleura nobilis (Germar) 3 0 3
18. Pomponia adusta (Walker) 8 1 9
19. Pomponia imperatoria (Westwood) - 1 1
20. Purana nebulilinea (Walker) 59
21. Purana tigrina (Walker) 1 - 1
22. Purana ubina Moulton 7 21 28
23. Puranoides sp.
Famili Tibicinidae
24. Abroma maculicollis (Guerin) - 3 3
25. Abroma sp 1 2 3
26. Muda obtusa (Walker) 1 2 3
27. Nelycndana tener (Stal) 2 4 6
Jumlah 105 250 355

4.2 Kekayaan spesies


Hasil kajian yang telah dijalankan memberikan gambaran terkini tentang kekayaan
spesies riang-riang di Taman Negara Endau Rompin. Didapati, Taman Negara Endau
Rompin mempunyai rekod kekayaan spesies yang sederhana berbanding dengan
kajian Zaidi et al (2001d) di Taman Negara Pahang. Kajian di Taman Negara Pahang
telah merekodkan sejumlah 35 spesies dalam 14 genus berbanding Taman Negara
Endau Rompin hanya merekodkan 28 spesies dalam 13 genus. Dari segi perwakilan
kekayaan peratus spesies riang-riang Semenanjung Malaysia pula, Taman Negara
Pahang telah menunjukkan perwakilan yang tinggi iaitu 35 spesies (34.6%)
berbanding Taman Negara Endau Rompin 28 spesies (27.7%). Kekayaan spesies
yang tinggi di Taman Negara Pahang adalah kerana pensampelan yang kerap
dijalankan serta bersistematik berbanding dengan kajian Taman Negara Endau
Rompin.

Perbandingan turut dilakukan dengan kajian fauna riang-riang di Rezab


Hidupan Liar Krau, Pahang (Chiu Lee Chee 2002). Hasil kajian menunjukkan Rezab
Hidupan Liar Krau mempunyai kekayaan spesies yang tinggi dengan merekodkan
sejumlah 36 spesies dalam 14 genus di bawah 2 famili (Cicadidae dan Tibicinidae).
Secara tidak langsung, Taman Negara Endau Rompin masih mempunyai rekod
kekayaan spesies yang sederhana walaupun dalam kajian tersebut, terdapat 16 spesies
yang ditemui di kedua-dua tempat iaitu, C. pontianaka, C. aquila, D. rufivena, D.
vaginata, M. affinis, O. guttigera, O. padda, O. saudarapadda, P. abdulla, P. spinosa,
P. adusta, P. nebuliliena, P. ubina, P. tigrina, A. maculicollis dan M. obtusa.
Sementara spesies-spesies lain yang dijumpai dalam kajian ini tidak terdapat di Rezab
Hidupan Liar Krau manakala terdapat sejumlah 20 spesies yang direkodkan di Rezab
Hidupan Liar Krau masih belum dijumpai di Taman Negara Endau Rompin.
Kekayaan spesies yang sederhana di kawasan kajian adalah disebabkan pensampelan
yang dijalankan hanya 5 bulan berbanding kajian oleh Chiu Lee Chee (2002),
pensampelan yang dijalankan adalah selama 12 bulan. Rasional perbandingan ini
dilakukan memandangkan kedua-dua tempat adalah hutan primer tanah rendah dan
mempunyai vegetasi yang lebih kurang sama.

4.2.1 Perwakilan spesies riang-riang Semenanjung Malaysia dan Taman


Negara Endau Rompin
Berdasarkan hasil yang diperolehi, perbandingan antara Taman Negara Endau Rompin
dan rekod terkini riang-riang Semenanjung Malaysia (Azman 1999; Zaidi & Azman
1998, 1999, 2000a; Duffels & Zaidi 1998, 1999; Beuk 1996, 1999; Azman & Zaidi
2002; Salmah & Zaidi 2002).
Merujuk kepada jadual 4.2 didapati secara relatifnya Taman Negara Endau
Rompin mempunyai peratus perwakilan spesies riang-riang Semenanjung Malaysia
yang tinggi (>50%) dalam 3 genus iaitu Abroma (100%), Nelcyndana (100%) dan
Chremistica (62.5%). Manakala genus Cryptotympana dan Maua mempunyai peratus
perwakilan yang sederhana iaitu 50%. Manakala genus yang lain menunjukkan
peratus perwakilan yang rendah (<50%) seperti Platypleura (40%), Puranoides
(33.3%), Dundubia dan Purana (30%), Orientopsaltria (27.3%), Pomponia (22.2%),
Platylomia (20%) dan Muda (12.5%).

Oleh yang demikian secara keseluruhannya didapati famili Cicadidae


mencatatkan peratus perwakilan sebanyak 26.7% dan famili Tibicinidae pula 23.5%
bagi Semenanjung Malaysia. Manakala jumlah perwakilan bagi kedua-dua famili
bagi spesies riang-riang Semenanjung Malaysia ialah 27.7% dan 54.2% untuk jumlah
genus.

JADUAL 4.2 Bilangan dan peratus relatif perwakilan spesies mengikut genus riang-
riang Taman Negara Endau Rompin berbanding Semenanjung
Malaysia

Famili Genus S. Malaysia* TNER % Perwakilan

Cicadidae Ayuthia 1 0 0 %
Chremistica 8 5 62.5 %
Cryptotympana 2 1 50.0 %
Dundubia 10 3 30.0 %
Gaeana 1 0 0 %
Maua 4 2 50.0 %
Meimuna 2 0 0 %
Mogannia 8 0 0 %
Nabalua 1 0 0 %
Orientopsaltria 11 3 27.3 %
Platylomia 10 2 20.0 %
Platypleura 5 2 40.0 %
Pomponia 9 2 22.2 %
Purana 10 3 30.0 %
Puranoides 4 1 33.3 %
Tacua 1 0 0 %
Terpnosia 2 0 0 %
Tosena 1 0 0 %
Trengganu 1 0 0 %
Jumlah spesies 90 24 26.7 %
Jumlah genus 19 10 52.6 %
Tibicinidae Abroma 2 2 100.0 %
Heuchys 4 0 0 %
Muda 8 1 12.5 %
Nelcyndana 1 1 100.0 %
Scieroptera 2 0 0 %
Jumlah spesies 17 4 23.5 %
Jumlah genus 5 3 60.0 %
JUMLAH SPESIES 101 28 27.7 %
JUMLAH GENUS 24 13 54.2 %

Sumber: *, Duffels & Zaidi 1998; Beuk 1999; Zaidi & Azman 1999; Zaidi
& Azman 2000a; Salmah 2000; Normizah 2001.

4.2.3 Manifestasi Kekayaan spesies riang-riang


Kajian inventori ini telah dijalankan sebanyak 5 kali pensampelan iaitu bulan April,
Mei, Jun, Julai dan September 2002. Keseluruhan data telah dikumpulkan dan
direkodkan dalam Lampiran A. Pensampelan yang dijalankan merupakan
pensampelan secara rawak dan tidak bersistematik. Oleh yang demikian, manifestasi
kekayaan spesies yang direkodkan adalah berdasarkan spesies yang dijumpai pada
setiap bulan.
Merujuk kepada rajah 4.1, didapati bilangan spesies yang mencatatkan rekod
tangkapan yang paling tinggi adalah pada bulan Mei iaitu sebanyak 24 spesies,
manakala bilangan spesies paling rendah yang diperolehi adalah pada bulan
September, iaitu sebanyak 7 spesies. Perbezaan bilangan spesies pada kedua-dua
bulan adalah disebabkan pensampelan pada bulan Mei dijalankan selama 8 hari tetapi
pada bulan September pensampelan yang dijalankan hanya 4 hari. Namun begitu,
pada bulan April pensampelan 3 hari yang dijalankan telah mencatatkan bulan kedua
tertinggi selepas bulan Mei dengan menjumpai 12 spesies. Manakala spesies yang
diperolehi pada bulan Jun adalah 10 spesies dan diikuti pada bulan Julai sebanyak 11
spesies.

30
25
Bilangan spesies

20
15
10
5
0
April Mei Jun Julai September
Bulan

RAJAH 4.1 Bilangan spesies riang-riang mengikut bulan

Dari segi bilangan individu pula (rajah 4.2), bulan Mei mencatatkan rekod
paling tinggi dengan memperoleh sebanyak 158 individu. Sementara pada bulan April
pula memperoleh 104 individu. Ini diikuti pada bulan Jun sebanyak 57 individu.
Manakala bulan Julai dan September, bilangan individu yang diperoleh adalah rendah
dengan masing-masing merekodkan 19 dan 17 individu sahaja. Daripada rajah
tersebut juga dapat diperhatikan bilangan individu semakin berkurangan mengikut
bulan.
Perbandingan kajian dengan, Chiu Lee Chee (2002) menunjukkan manifestasi
kekayaan riang-riang adalah tinggi pada bulan Januari, Februari dan Mac manakala
bulan Ogos pula telah direkodkan sebagai bulan yang mempunyai kepelbagaian riang-
riang yang paling tinggi di Rezab Hidupan Liar Krau. Berbanding dengan kajian
Taman Negara Endau Rompin, manifestasi kekayaan riang-riang adalah tinggi pada
bulan April dan Mei. Manakala pada bulan Ogos tiada pensampelan yang dijalankan
pada bulan tersebut. Selain itu, faktor-faktor seperti pensampelan yang tidak
bersistematik dan secara rawak serta keadaan iklim seperti hujan turut mempengaruhi
manifestasi kekayaan dan kepelbagaian riang-riang.

4.3 Analisis data faunistik riang-riang Taman Negara Endau Rompin


Analisis data faunistik dalam kajian ini adalah untuk mengkaji aspek-aspek dari segi
kekayaan dan kepelbagaian spesies, kelimpahan spesies, kelimpahan seks dan spesies
umum dan spesies langka.

4.3.1 Kepelbagaian dan kekayaan spesies


Dalam kajian yang dijalankan didapati sebanyak 28 spesies dalam 13 genus telah
diperolehi (Jadual 4.1). Secara tidak langsung, menunjukkan Taman Negara Endau
Rompin mempunyai kepelbagaian spesies serta genus. Genus yang berjaya dijumpai
sepanjang kajian inventori ini adalah Dundubia (5 spesies), Orientopsaltria (2
spesies), Platypleura (2 spesies), Pomponia (1 spesies), Purana( 2 spesies), dan
Puranoides( 1 spesies), yang semua daripada famili Cicadidae. Manakala daripada
famili Tibicinidae hanya terdiri daripada Abroma (2 spesies). Selain itu, didapati
genus Dundubia menunjukkan bilangan individu yang paling banyak dijumpai dengan
33 individu (11 jantan dan 22 individu betina). Manakala genus Puranoides dan
Pomponia merekodkan bilangan individu yang paling rendah dengan 1 individu
betina.

Perbandingan kajian dengan Chiu Lee Chee (2002) di Rezab Hidupan Liar
Krau, menunjukkan genus Orientopsaltria mempunyai kepelbagaian dan kekayaan
spesies sebanyak 8 spesies dengan memperoleh 18 individu jantan dan 17 individu
betina. Manakala genus Platylomia pula direkodkan sebagai bilangan individu paling
tinggi dijumpai dengan sejumlah 68 individu yang terdiri 65 individu jantan dan 3
individu betina dalam tiga spesies.

4.3.2 Kelimpahan spesies


Berdasarkan kajian inventori yang dijalankan didapati P. nebulilinea mempunyai
kelimpahan spesies yang tinggi bagi Taman Negara Endau Rompin dengan sejumlah
59 individu telah dijumpai. Umumnya, kelimpahan spesies dikategorikan sebagai
bilangan spesies yang sering dijumpai dalam jumlah individu paling banyak.

Berdasarkan jadual 4.1, C. pontianaka merupakan spesies kedua yang paling


melimpah dengan 42 individu dan diikuti Puranoides sp yang merekodkan sebanyak
40 individu. Manakala kelimpahan spesies bagi P. ubina dan D. vaginata adalah
sebanyak 28 individu. Seterusnya, O. padda dan D. euterpe merekodkan sebanyak 23
dan 21 individu.

Bagi kelimpahan spesies yang lain adalah kurang daripada 20 individu. Bagi
kelimpahan O. guttigera sebanyak 17 individu, C. umbrosa serta P. abdulla pula
sebanyak 13 individu dan C. malayensis sebanyak 12 individu. P. adusta merekodkan
sebanyak 9 individu manakala O. saudarapadda sebanyak 6 individu. Bagi D.
vaginata dan P. kaempferi, masing-masing merekodkan sebanyak 5 individu. Namun
begitu, Chremistica sp 1 dan P. nobilis mempunyai kelimpahan spesies sebanyak 3
individu.

Kelimpahan spesies yang paling rendah diperolehi adalah Chremistica sp 2, C.


aquila dan M. affinis dengan 2 individu manakala P. tigrina, P. imperatoria dan M.
quadrituberculata dengan diwakili satu individu sahaja bagi setiap spesies.

Merujuk kepada hasil kelimpahan spesies yang diperolehi P. nebuliliena


adalah spesies paling melimpah kerana spesies ini sering dijumpai setiap kali
pensampelan dilakukan. Sepanjang lima bulan pensampelan, hanya pada bulan April
sahaja spesies ini tidak dijumpai. Spesies ini juga tidak dijumpai sebanyak 4 kali
daripada 23 pensampelan yang dijalankan.
4.3.3 Kelimpahan seks
Merujuk pada rajah 4.4, didapati bilangan individu betina lebih banyak diperolehi
dalam kajian inventori ini berbanding individu jantan dengan nisbah 250:104. C.
pontianaka mempunyai bilangan individu betina yang paling tinggi manakala
bilangan individu jantan pula adalah P. nebulilinea.

Famili Cicadidae mempunyai bilangan individu betina sebanyak 239 individu


dan individu jantan sebanyak 101 individu. Daripada jumlah tersebut, 16 spesies
diwakili oleh kedua-dua individu jantan dan betina. Sementara 6 spesies hanya
diwakili oleh individu betina dan 2 spesies pula diwakili individu jantan. Bagi famili
Tibicinidae, bilangan individu betina diwakili sebanyak 11 individu berbanding
individu jantan diwakili oleh 4 individu. Sebanyak 3 spesies diwakili oleh kedua-dua
individu jantan dan betina dan 1 spesies diwakili oleh individu betina.

Pada peringkat genus pula, secara keseluruhannya individu betina diwakili


oleh 13 genus berbanding individu jantan diwakili oleh 12 genus. Ini kerana genus
Cryptotympana mewakili individu betina sahaja. Sebanyak 12 genus diwakili oleh
kedua-dua individu betina dan jantan.

Berdasarkan kelimpahan seks mengikut pensampelan pula, kedua-dua individu


jantan dan betina telah dijumpai sebanyak 19 kali daripada 23 pensampelan.
Manakala sebanyak 2 kali pensampelan telah memperolehi individu betina dan 2 kali
pensampelan menjumpai individu jantan.

Selain itu, kelimpahan seks dari segi spesies pula, sejumlah 29 spesies yang
ditemui adalah individu betina berbanding 9 spesies adalah individu jantan.
Sementara itu, sejumlah 27 spesies yang ditemui adalah terdiri daripada individu
jantan dan betina. Secara tidak langsung, dapat diringkaskan bahawa individu betina
adalah lebih melimpah berbanding individu jantan.
Umumnya, kajian lepas oleh Normizah (2001) di Bukit Fraser dan Chiu Lee
Chee (2002) di Rezab Hidupan Liar Krau telah merekodkan individu jantan lebih
banyak diperolehi berbanding individu betina. Faktor bilangan individu jantan lebih
banyak daripada individu betina adalah kerana kaedah pensampelan yang
menggunakan perangkap cahaya. Namun begitu, kajian di Taman Negara Endau
Rompin turut menggunakan kaedah pensampelan yang sama iaitu perangkap cahaya
tetapi telah merekodkan individu betina lebih banyak daripada individu jantan. Oleh
yang demikian, kaedah perangkap haruslah dipelbagaikan agar bilangan individu
jantan yang diperolehi adalah setara dengan betina. Contohnya dengan menggunakan
jaring atau kaedah tangkapan tangan. Ini sangai penting bagi memastikan keputusan
kajian yang diperolehi adalah tepat, tidak berat sebelah serta boleh diyakini.

180
160
140
Bilangan individu

120
100 Jantan
80 Betina
60
40
20
0
April Mei Jun Julai September

Bulan

RAJAH 4.2 Bilangan individu riang-riang mengikut bulan.

4.3.4 Spesies umum


Dalam kajian ini, spesies umum adalah berdasarkan kepada spesies yang ditemui
dalam kekerapan paling tinggi sepanjang pensampelan dijalankan. Spesies yang
paling umum dijumpai sepanjang pensampelan dijalankan di Taman Negara Endau
Rompin ialah P. nebuliliena (ditemui pada bulan Mei, Jun, Julai dan September).
Spesies ini telah dijumpai sebanyak 19 kali daripada 23 kali pensampelan dengan
merekodkan sejumlah 59 individu. Ini diikuti oleh C. pontianaka (ditemui pada bulan
April dan Mei) dengan merekodkan 42 individu dijumpai sepanjang 6 kali
pensampelan yang dijalankan.

Manakala Puranoides sp. yang ditemui pada bulan April, Mei, Jun, Julai dan
September merekodkan sebanyak 40 individu yang dijumpai sepanjang 12 kali
pensampelan. Ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga spesies ini merupakan spesies
paling umum dalam kajian inventori yang dijalankan.

Moulton (1923) telah melaporkan tujuh spesies umum bagi Malaysia iaitu
Chremistica pontianaka (Distant), Chremistica aquila (Walker), Dundubia
terpsichore (Walker), D. vaginata, Orientopsaltria montivaga (Distant), Platylomia
spinosa (Fabricius) dan Huechys sanguinea (de Geer). Spesies-spesies tersebut
dianggap umum berdasarkan taburan yang meluas, iaitu dijumpai di banyak tempat di
Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, hanya C. pontianaka dijumpai di Taman Negara


Endau Rompin. Manakala 6 spesies lagi iaitu C. aquila, D. Terpsichore, D. vaginata,
O. montivaga, P. spinosa dan H. sanguinea masih tidak dijumpai lagi. Chiu Lee Chee
(2002) telah merekodkan sejumlah 4 spesies umum yang dijumpai di Rezab Hidupan
Liar Krau daripada 7 spesies umum Malaysia, iaitu C. pontianaka, C. aquila, D.
vaginata dan P. spinosa. Ini menunjukkan spesies umum riang-riang di Taman
Negara Endau Rompin masih rendah berbanding kajian di Rezab Hidupan Liar Krau.

4.3.5 Spesies Langka


Sepanjang 23 kali pensampelan didapati P. tigrina, P. imperatoria dan M.
quadrituberculata adalah spesies paling langka dengan hanya mempunyai 1 spesies
sahaja dijumpai sepanjang pensampelan. Spesies langka dirujuk sebagai spesies yang
mempunyai frekuensi tangkapan hanya satu kali sepanjang pensampelan dijalankan
dan sekaligus mempunyai kekerapan paling rendah.

You might also like