You are on page 1of 2

AMALI KELAKUAN HAIWAN

Pengenalan Kepada Kaedah Mencerap Kelakuan Haiwan di Lapangan

Tujuan
Mempelajari kaedah-kaedah cerapan, kaedah dan penghuraian kelakuan haiwan di
lapangan

Kaedah
 Cerapan akan dibuat selama dua jam.
 Setiap ahli kumpulan akan dibahagikan tugas pada masa tertentu untuk membuat
cerapan kelakuan ini.
 Pada akhir masa tersebut, kami mengumpulkan maklumat- maklumat yang ada.

Pengenalan
Nama spesies : Seladang Melayu Gaur (Bos gaurus hubbaki)
Taburan : India Timur hingga ke Brunei dan Semenanjung Malaysia
Habitat : Hutan Tanah Rata dan Hutan Sekunder
Pemakanan : Daun dan rumput
Reproduksi : Tempoh bunting, 270-280 hari
Jumlah anak : seekor
Struktur sosial : perkumpulan kira-kira 40 ahli dalam satu kumpulan

Hasil dan perbincangan


Subjek kajian : 2 ekor seladang
Kawasan kajian : Kandang seladang seluas 100mx50m

Kelakuan Huraian Jangka masa frekuensi


Makan  Menu makanannya ialah daun betik, 11.00-11.30 3 kali
batu garam (sumber garam mineral) 11-00-12.30
dan dedak. 12.50-1.00
 Sepanjang pemerhatian seladang ini (70 minit)
hanya makan daun betik dan hanya
sekali sahaja memakan dedak. Ini
mungkin disebabkan sudah berlaku
kebiasaan bagi seladang-seladang ini.
(rujuk rajah 2)
Grooming  Menjilat-jilat dagu dan hidung. 11.00-11.04 4 kali
 Selain itu, menggosok-gosok kepala 11.10-11.15
dengan, pokok, tiang atau pagar. 11.30-11.32
 Menggeleng-gelengkan kepala 12.45-12.47
(9 minit)
Berkelakuan  Melaga-lagakan tanduk sesama sendiri 11.30-11.50 2 kali
sosial bukan untuk mencederakan tetapi 12.30-12.40
seolah-olah untuk bermain-main.(rujuk (30 minit)
rajah 1)
 Selain itu, menjilat-jilat pasangan
masing-masing seperti kawasan leher,
hidung, mulut dan kaki
berehat  seladang betina duduk (rujuk rajah 1) 11.35-11.40 2 kali
12.30-12.35
(10 minit)
penyahtinjaan  seladang jantan buang air besar 12.32 1 kali

Perbincangan

Seladang merupakan haiwan yang biasanya aktif pada waktu malam. Segala
aktiviti-aktiviti utamanya biasanya dilakukan pada waktu malam seperti mengawan,
berlari-lari dan sebagainya. Pada waktu pagi aktiviti utamanya ialah berehat dan makan .
Ini bertujuan untuk mengumpulkan tenaga untuk aktiviti pada waktu malam.Oleh itu,
pemerhatian pada waktu malam adalah lebih efektif. Di samping itu, kelakuan yang
diperolehi akan lebih banyak dan jitu.

Kesimpulan

Berdasarkan pemerhatian saya selama dua jam ini saya dapat mempelajari
beberapa perkara yang penting. Di antaranya ialah kesabaran, pembahagian tugas antara
ahli agar lebih efisien, dan teknik cerapan yang betul.

You might also like