You are on page 1of 6

1

TAJUK: MENCERAP KELAKUAN HAIWAN DI LAPANGAN

KAEDAH:
 Pembahagian kumpulan (10 orang ahli) telah dilakukan.
 Kemudian penerangan ringkas oleh pensyarah.
 Kajian lutong kelabu di Bukit Melawati, Kuala Selangor.
 Untuk 1 jam pertama, segala kelakuan yang ditunjukkan oleh lutong kelabu
dicatatkan. Kemudian kelakuan yang berkaitan dan terbanyak akan dipilih
untuk kajian bagi 1 jam kedua.
 Untuk 1 jam kedua, sekumpulam lutong kelabu dipilih. Kemudian kelakuan-
kelakuan yang dipilih ( kelakuan dengan frekuensi tertinggi) dicerap secara
persampelan titik. Masa cerapan dibahagikan kepada sela 10 minit dan segala
perlakuan yang ditunjukkan dicatatkan sebagai skor yang berbeza

HASIL
1) Cerapan 1 jam pertama
Lotong Kelabu
 Bilangan : 40 ekor
 Terdiri daripada anak, juvenil dan dewasa
 Warna anak orange
 Dewasa kelabu muda
 Tak takut dengan kehadiran manusia. Pencerapan dilakukan dari jarak 30
meter.

Kelakuan Secara Ringkas


Bayi Juvenile Dewasa
 -bergayut di perut  Makan pucuk tumbuhan
ibu  Kebanyakan hiasan di tepi jalan tetapi
 -hidup susu masa dihabiskan tidak makan daun pokok
 -bermain di sekitar dengan bermain kumpulan tersebut .
ibu sahaja  Bergayut dan  Masa lebih banyak
 Pergerakannya keluarkan bunyi dihabiskan dengan
bergantung pada nyaring duduk di dahan atau
pergerakan ibu  Tidak lagi batu tanpa buat-buat
diawasi ibu apa-apa aktiviti berehat.
 Tak takut dengan bunyi
motor atau kenderaan
 Ambil makanan dari
2

tangan
 Bergaduh dan berebut
makanan yang diberi

.Terdapat 10 kelakuan utama lutong kelabu yang telah dicerap sepanjang 2 jam kajian
seperti jadual di bawah:

Bil Kategori Kelakuan Huraian Kelakuan


1 Membersihkan bulu (Grooming) Memebersihkan bulu dengan menggunakan
tangan dan mulut pada badan sendiri atau bayi.
2 Berehat (Resting) Duduk dengan keadaan tenang, berbaring
ataupun tidur di atas dahan-dahan pokok
3 Makan (Feeding) Mengunyah, memetik, memegang, menyuap
dan mengunyah makanan
4 Bergayut (Locomotion) Bergerak dari satu dahan pokok ke dahan
pokok yang lain
5 Bermain (Playing) Bermain secara sendirian atau dengan ahli
kumpulan (termasuk bayi). Kelakuan yang
ditunjukkan untuk kategori ini adalah seperti
melompat-lompat, berayun-ayun pada dahan
pokok, menggelongsor di dahan-dahan pokok,
berkejaran atau bergelut.
6 Agonistik Bergusti sesama mereka (terutama yang
peringkat juvenil), mengugut, mengejar,
menarik, menampar dan sebagainya.
7 Vokal (Vocalization) Mengeluarkan suara yang nyaring seperti
menjerit atau memanggil untuk menakutkan
musuh, menarik perhatian atau apabila
terancam.
9 Manipulasi (Manipulation) Memegang sambil menyelidik benda atau
bahagian-bahagian lain
10 Mendekati (Approaching) Subjek menghampiri ahli-ahli lain dalam
kumpulan atau manusia sambil memerhatikan
3

kelakuan-kelakuannya.
11 Mencari makan (Foraging) Perlakuan menghampiri kawasan yang terdapat
makanan dengan cara berjalan, melompat,
berlari anak dan sebagainya.

2. Cerapan 1 jam kedua

Tiga kelakuan yang mempunyai frekuensi yang tertinggi ialah:


a) Membersihkan bulu (Grooming)- Duduk dengan keadaan tenang, berbaring
ataupun tidur di atas dahan-dahan pokok
b) Bergayut (Locomotion)- Bergerak dari satu dahan pokok ke dahan pokok yang
lain dengan cara berjalan, melompat, berlari-lari anak, memanjat dan sebagainya.
c) Agonistik – bergusti sesama mereka, terutama yang peringkat juvenil

MASA CERAPAN FREKUENSI KELAKUAN


Grooming Bergayut Agonistik
12.00-12.10 TGH 10 11 1
12.10-12.20 TGH 14 10 4
12.20-12.30 TGH 2 0 11
12.30-12.40 TGH 11 8 0
12.40-12.50 TGH* - - -
12.50-1.00 TGH* - - -
Catatan : * Lotong sudah tiada

Rajah 1: Histogram tiga kelakuan lutong kelabu dalam sela masa 10 minit
4

16

Frekuensi Kelakuan
14
12
10
8
6
4
2
0

0
0

0
.1

.2

.3

.4
Grooming

12

12
12

12

0-
0-

0-

0-
.0

.1

.2

.3
Bergayut"

12
12

12

12
Masa (minit) Agonistik

Rajah 2: Graf tiga kelakuan lutong kelabu dalam sela masa 10 minit

100%
Frekuensi Kelakuan

80%

60%

40%

20%

0%
0

Agonistik
.1

.2

.3

.4
12
12

12

12
0-

0-

0-

0-

Bergayut"
.0

.1

.2

.3
12

12

12

12

Masa (m init) Grooming

PENERANGAN GRAF
Didapati kelakuan bergerak mencatatkan frekuensi tertinggi di dalam kumpulan lutong
kelabu diikuti kelakuan berehat dan makan seawal 20 mini kajian. Ini bermakana pada
peringkat awal kajian kebanyakan lutong aktif bergerak dan sebahagian lagi berehat.
Namun demikian selepas minit ke- 20 frekuensi kelakuan bergerak dan berehat menurun
dan kelakuan lutong makan meningkat. Kemungkinan pada masa ini merupakan jadual
dan masa di mana lutong aktif makan dengan memetik pucuk-pucuk kayu. Selepas minit
ke-30, frekuensi kelakuan makan lutong menurun dan peningkatan semula kelakuan
bergerak dan berehat. Daripada graf dapatlah disimpulkan bahawa terdapat suatu turutan
kelakuan lutong iaitu selepas lutong aktif bergerak atau berehat, lutong menumpukan
5

kelakuannya kepada makan bagi mendapatkan tenaga sebelum kelakuan bergerak dan
berehat diteruskan semula.

PERBINCANGAN

1) Semasa kajian terdapat beberapa kelakuan yang unik ditunjukkan oleh lutong kelabu
iaitu seperti berikut:
 menunjukkan kelakuan sosial “allomothering” iaitu lutong betina lain akan
mempertahankan anak individu lain dalam kumpulan mereka. Ini berlaku
kerana Lutong kelabu betina akan mengambil anak lutong individu betina lain
apabila pemerhati cuba untuk mendekati dan mengambil anak lutong tersebut.
Ini kerana lutong menunjukkan kelakuan sosial “allomothering” di mana
lutong betina dewasa akan cuba menjaga dan mempertahankan anak lutong
betina lain jika induk lutong betina tiada di mana lutong betina tersebut
bertindak sebagai induk angkat kepada anak lutong tersebut.
a) Terdapat perbezaan warna anak-anak lutong iaitu peringkat bayi berwarna oren
sehingga juvenil berwarna kelabu. Warna yang berbeza digunakan untuk
menggambarkan penjagaan anak di dalam kumpulan lutong.
b) Lutong akan menghampiri pemerhati apabila pemerhati membawa makanan
bersamanya dan mengambil makanan tersebut tanpa rasa takut. Ini kerana lutong
telah terhabituasi di mana pengunjung yang datang melawat sebelum ini kerap
memberikan makanan. Maka akibat kerap terdedah kepada stimuli yang sama ,
oleh itu lutong telah beradaptasi terhadap stimuli tersebut dan tidak lagi takut
apabila pengunjung memberikan makanan.

2. Daripada amali ini dapat dipelajari bahawa kelakuan organisma tidak kekal dan boleh
berubah apabila dirangsang dengan stimuli tertentu. Perubahan kelakuan ini akan jelas
diperhatikan selepas organisma belajar dan beradaptasi terhadap stimuli berkenaan dalam
jangka masa tertentu sehingga akhirnya organisma akan tidak memperdulikan lagi atau
merespon secara perlahan/minima setelah didedahkan beberapa kali.
6

JAWAPAN SOALAN
1. Ya semua haiwan boleh menunjukkan kelakuan habituasi selepas belajar dan
beradaptasi terhadap stimuli tertentu.
2. Betul. Masa untuk menjadi habituasi berbeza mengikut haiwan kerana bergantung
kepada kekerapan stimuli didedahkan kepada haiwan tersebut, tahap kepekaan dan
kecekapan haiwan untuk belajar dan beradaptasi terhadap stimuli berkenaan.
2. Kelakuan haiwan yang telah terhabituasi lebih baik dicerap secara individu kerana
dapat melihat perlakuan haiwan tersebut secara lebih tepat tanpa dipengaruhi oleh
kelakuan individu-individu dalam kumpulan haiwan terbabit.

You might also like