You are on page 1of 12

BAB IV

HASIL DAN PERBINCANGAN

Kajian ini mendapati sebanyak 355 spesimen riang-riang dari Taman Negara Endau
Rompin, Johor bagi sektor Lubuk Tapah. Hasil daripada pengecaman, jumlah spesies
yang berjaya direkodkan adalah 28 spesies dalam 13 genus di bawah 2 famili iaitu
Cicadidae dan Tibicinidae. Secara keseluruhannya, spesimen-spesimen tersebut telah
dikumpulkan pada bulan April, Mei, Jun, Julai dan September 2002 dalam Ekspedisi
Saintifik oleh para penyelidik, pensyarah, kakitangan dan pelajar-pelajar UKM.

4.1 Komposisi spesies riang-riang Taman Negara Endau Rompin


Maklumat lengkap kajian inventori ini ditunjukkan oleh jadual data dalam Lampiran A.
Berdasarkan data tersebut, maklumat-maklumat kajian riang-riang yang penting telah
diringkaskan dalam jadual 4.1. Sejumlah 28 spesies dalam 13 genus riang-riang telah
direkodkan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 24 spesies dalam 10 genus terdiri
daripada famili Cicadidae dan 4 spesies dalam 3 genus tergolong dalam famili
Tibicinidae.

Oleh kerana kajian riang-riang di Taman Negara Endau Rompin ini merupakan
kajian perintis, maka spesimen-spesimen yang direkodkan merupakan rekod baru bagi
Semenanjung Malaysia. Namun begitu, dua spesies telah diperihalkan sebagai spesies
baru iaitu Chremistica malayensis Salmah & Zaidi dan Puranoides sp. Kedua-dua
spesies ini merupakan spesies yang telah direkodkan sebagai spesies baru dijumpai di
Semenanjung Malaysia.
18

JADUAL 4.1 Senarai fauna riang-riang dari Taman Negara Endau Rompin

Bilangan
Bil Spesies
Jantan Betina Jumlah
Famili Cicadidae
1. Chremistica malayensis Salmah & Zaidi 1 11 12
2. Chremistica pontianaka (Distant) 5 37 42
3. Chremistica sp. 1 1 2 3
4. Chremistica sp. 2 - 2 2
5. Chremistica umbrosa (Distant) 2 11 13
6. Cryptotympana aquila (Walker) - 2 2
7. Dundubia euterpe Bloem & Duffels 4 17 21
8. Dundubia rufivena Walker - 5 5
9. Dundubia vaginata (Fabriciud) 11 17 28
10. Maua affinis Distant - 2 2
11. Maua quadrituberculata (Signoret) 1 - 1
12. Orientopsaltria guttigera (Walker) 4 13 17
13. Orientopsaltria padda (Distant) 7 16 23
14. Orientopsaltria saudarapadda Duffels & Zaidi 2 4 6
15. Platylomia abdulla (Distant) 1 12 13
16. Platylomia spinosa (Fabricius) 1 3 4
17. Platypleura kaempferi (Fabricius) - 5 5
18. Platypleura nobilis (Germar) 2 1 3
19. Pomponia adusta (Walker) 7 2 9
20. Pomponia imperatoria (Westwood) - 1 1
21. Purana nebulilinea (Walker) 30 59
22 Purana tigrina (Walker) 1 - 1
23. Purana ubina Moulton 7 21 28
24. Puranoides sp.
Famili Tibicinidae
25. Abroma maculicollis (Guerin) - 3 3
26. Abroma sp 1 2 3
27. Muda obtusa (Walker) 1 2 3
28. Nelycndana tener (Stal) 2 4 6
Jumlah 105 250 355

4.2 Kekayaan spesies


Hasil kajian yang telah dijalankan memberikan gambaran terkini tentang kekayaan
spesies riang-riang di Taman Negara Endau Rompin. Didapati, Taman Negara Endau
Rompin mempunyai rekod kekayaan spesies yang sederhana berbanding dengan kajian
19

Zaidi et al (2001d) di Taman Negara Pahang. Kajian di Taman Negara Pahang telah
merekodkan sejumlah 35 spesies dalam 14 genus berbanding Taman Negara Endau
Rompin hanya merekodkan 28 spesies dalam 13 genus. Dari segi perwakilan kekayaan
peratus spesies riang-riang Semenanjung Malaysia pula, Taman Negara Pahang telah
menunjukkan perwakilan yang tinggi iaitu 35 spesies (34.6%) berbanding Taman Negara
Endau Rompin 28 spesies (27.7%). Kekayaan spesies yang tinggi di Taman Negara
Pahang adalah kerana pensampelan yang kerap dijalankan serta bersistematik berbanding
dengan kajian Taman Negara Endau Rompin.

Perbandingan turut dilakukan dengan kajian fauna riang-riang di Rezab Hidupan


Liar Krau, Pahang (Chiu Lee Chee 2002). Hasil kajian menunjukkan Rezab Hidupan
Liar Krau mempunyai kekayaan spesies yang tinggi dengan merekodkan sejumlah 36
spesies dalam 14 genus di bawah 2 famili (Cicadidae dan Tibicinidae). Secara tidak
langsung, Taman Negara Endau Rompin masih mempunyai rekod kekayaan spesies yang
sederhana walaupun dalam kajian tersebut, terdapat 16 spesies yang ditemui di kedua-dua
tempat iaitu, C. pontianaka, C. aquila, D. rufivena, D. vaginata, M. affinis, O. guttigera,
O. padda, O. saudarapadda, P. abdulla, P. spinosa, P. adusta, P. nebuliliena, P. ubina,
P. tigrina, A. maculicollis dan M. obtusa. Sementara spesies-spesies lain yang dijumpai
dalam kajian ini tidak terdapat di Rezab Hidupan Liar Krau manakala terdapat sejumlah
20 spesies yang direkodkan di Rezab Hidupan Liar Krau masih belum dijumpai di Taman
Negara Endau Rompin. Kekayaan spesies yang sederhana di kawasan kajian adalah
disebabkan pensampelan yang dijalankan hanya 5 bulan berbanding kajian oleh Chiu Lee
Chee (2002), pensampelan yang dijalankan adalah selama 12 bulan. Rasional
perbandingan ini dilakukan memandangkan kedua-dua tempat adalah hutan primer tanah
rendah dan mempunyai vegetasi yang lebih kurang sama.

4.2.1 Perwakilan spesies riang-riang Semenanjung Malaysia dan Taman Negara


20

Endau Rompin
Berdasarkan hasil yang diperolehi, perbandingan antara Taman Negara Endau Rompin
dan rekod terkini riang-riang Semenanjung Malaysia (Azman 1999; Zaidi & Azman
1998, 1999, 2000a; Duffels & Zaidi 1998, 1999; Beuk 1996, 1999; Azman & Zaidi 2002;
Salmah & Zaidi 2002).

Merujuk kepada jadual 4.2 didapati secara relatifnya Taman Negara Endau
Rompin mempunyai peratus perwakilan spesies riang-riang Semenanjung Malaysia yang
tinggi (>50%) dalam 3 genus iaitu Abroma (100%), Nelcyndana (100%) dan Chremistica
(62.5%). Manakala genus Cryptotympana dan Maua mempunyai peratus perwakilan
yang sederhana iaitu 50%. Manakala genus yang lain menunjukkan peratus perwakilan
yang rendah (<50%) seperti Platypleura (40%), Puranoides (33.3%), Dundubia dan
Purana (30%), Orientopsaltria (27.3%), Pomponia (22.2%), Platylomia (20%) dan Muda
(12.5%).

Oleh yang demikian secara keseluruhannya didapati famili Cicadidae


mencatatkan peratus perwakilan sebanyak 26.7% dan famili Tibicinidae pula 23.5% bagi
Semenanjung Malaysia. Manakala jumlah perwakilan bagi kedua-dua famili bagi spesies
riang-riang Semenanjung Malaysia ialah 27.7% dan 54.2% untuk jumlah genus.

JADUAL 4.2 Bilangan dan peratus relatif perwakilan spesies mengikut genus riang-
riang Taman Negara Endau Rompin berbanding Semenanjung Malaysia

Famili Genus S. Malaysia* TNER % Perwakilan

Cicadidae Ayuthia 1 0 0 %
Chremistica 8 5 62.5 %
Cryptotympana 2 1 50.0 %
Dundubia 10 3 30.0 %
Gaeana 1 0 0 %
Maua 4 2 50.0 %
21

Meimuna 2 0 0 %
Mogannia 8 0 0 %
Nabalua 1 0 0 %
Orientopsaltria 11 3 27.3 %
Platylomia 10 2 20.0 %
Platypleura 5 2 40.0 %
Pomponia 9 2 22.2 %
Purana 10 3 30.0 %
Puranoides 3 1 33.3 %
Tacua 1 0 0 %
Terpnosia 2 0 0 %
Tosena 1 0 0 %
Trengganu 1 0 0 %
Jumlah spesies 90 24 26.7 %
Jumlah genus 19 10 52.6 %
Tibicinidae Abroma 2 2 100.0 %
Heuchys 4 0 0 %
Muda 8 1 12.5 %
Nelcyndana 1 1 100.0 %
Scieroptera 2 0 0 %
Jumlah spesies 17 4 23.5 %
Jumlah genus 5 3 60.0 %
JUMLAH SPESIES 101 28 27.7 %
JUMLAH GENUS 24 13 54.2 %

Sumber: *, Duffels & Zaidi 1998; Beuk 1999; Zaidi & Azman 1999; Zaidi
& Azman 2000a; Salmah 2000; Normizah 2001.

4.2.3 Manifestasi Kekayaan spesies riang-riang


22

Kajian inventori ini telah dijalankan sebanyak 5 kali pensampelan iaitu bulan April, Mei,
Jun, Julai dan September 2002. Keseluruhan data telah dikumpulkan dan direkodkan
dalam Lampiran A. Pensampelan yang dijalankan merupakan pensampelan secara rawak
dan tidak bersistematik. Oleh yang demikian, manifestasi kekayaan spesies yang
direkodkan adalah berdasarkan spesies yang dijumpai pada setiap bulan.

Merujuk kepada rajah 4.3, didapati bilangan spesies yang mencatatkan rekod
tangkapan yang paling tinggi adalah pada bulan Mei iaitu sebanyak 24 spesies, manakala
bilangan spesies paling rendah yang diperolehi adalah pada bulan September, iaitu
sebanyak 7 spesies. Perbezaan bilangan spesies pada kedua-dua bulan adalah disebabkan
pensampelan pada bulan Mei dijalankan selama 8 hari tetapi pada bulan September
pensampelan yang dijalankan hanya 4 hari. Namun begitu, pada bulan April
pensampelan 3 hari yang dijalankan telah mencatatkan bulan kedua tertinggi selepas
bulan Mei dengan menjumpai 12 spesies. Manakala spesies yang diperolehi pada bulan
Jun adalah 10 spesies dan diikuti pada bulan Julai sebanyak 11 spesies.

30
25
Bilangan spesies

20
15
10
5
0
April Mei Jun Julai September
Bulan

RAJAH 4.3 Bilangan spesies riang-riang mengikut bulan

Dari segi bilangan individu pula (rajah 4.4), bulan Mei mencatatkan rekod paling
tinggi dengan memperoleh sebanyak 158 individu. Sementara pada bulan April pula
23

memperoleh 104 individu. Ini diikuti pada bulan Jun sebanyak 57 individu. Manakala
bulan Julai dan September, bilangan individu yang diperoleh adalah rendah dengan
masing-masing merekodkan 19 dan 17 individu sahaja. Daripada rajah tersebut juga
dapat diperhatikan bilangan individu semakin berkurangan mengikut bulan.

Perbandingan kajian dengan, Chiu Lee Chee (2002) menunjukkan manifestasi


kekayaan riang-riang adalah tinggi pada bulan Januari, Februari dan Mac manakala bulan
Ogos pula telah direkodkan sebagai bulan yang mempunyai kepelbagaian riang-riang
yang paling tinggi di Rezab Hidupan Liar Krau. Berbanding dengan kajian Taman
Negara Endau Rompin, manifestasi kekayaan riang-riang adalah tinggi pada bulan April
dan Mei. Manakala pada bulan Ogos tiada pensampelan yang dijalankan pada bulan
tersebut. Selain itu, faktor-faktor seperti pensampelan yang tidak bersistematik dan
secara rawak serta keadaan iklim seperti hujan turut mempengaruhi manifestasi kekayaan
dan kepelbagaian riang-riang.

4.3 Analisis data faunistik riang-riang Taman Negara Endau Rompin


Analisis data faunistik dalam kajian ini adalah untuk mengkaji aspek-aspek dari segi
kekayaan dan kepelbagaian spesies, kelimpahan spesies, kelimpahan seks dan spesies
umum dan spesies langka.

4.3.1 Kepelbagaian dan kekayaan spesies


Aspek kepelbagaian dan kekayaan spesies adalah merujuk kepada pengiraan bilangan
spesies riang-riang yang diperolehi di Taman Negara Endau Rompin. Dalam kajian yang
dijalankan didapati sebanyak 28 spesies dalam 13 genus telah diperolehi (Jadual 4.1).
Secara tidak langsung, menunjukkan Taman Negara Endau Rompin mempunyai
kekayaan dan kepelbagaian spesies serta genus.

Genus yang berjaya dijumpai sepanjang kajian inventori ini adalah Chremistica,
Cryptotympana, Dundubia, Maua, Orientopsaltria, Platylomia, Platypleura, Pomponia,
24

Purana, dan Puranoides yang semua daripada famili Cicadidae. Manakala daripada
famili Tibicinidae terdiri daripada Abroma, Muda dan Nelycndana.

Setiap genus menunjukkan bilangan spesies yang diperolehi adalah berlainan.


Genus Chremistica (5 spesies), Cryptotympana (1 spesies), Dundubia (3 spesies), Maua
(2 spesies), Orientopsaltria (3 spesies), Platylomia (2 spesies), Platypleura (2 spesies),
Pomponia (2 spesies), Purana (3 spesies), Puranoides (1 spesies), Abroma (2 spesies),
Muda (1 spesies) dan Nelcyndana (1 spesies).

Selain itu, didapati genus Chremistica menunjukkan bilangan individu yang


paling banyak dijumpai dengan 63 individu jantan dan 9 individu betina. Manakala genus
Cryptompana merekodkan bilangan individu yang paling rendah dengan 2 individu betina
sahaja.

Perbandingan kajian dengan Chiu Lee Chee (2002) di Rezab Hidupan Liar Krau,
menunjukkan genus Orientopsaltria mempunyai kepelbagaian dan kekayaan spesies
sebanyak 8 spesies dengan memperoleh 18 individu jantan dan 17 individu betina.
Manakala genus Platylomia pula direkodkan sebagai bilangan individu paling tinggi
dijumpai dengan sejumlah 68 individu yang terdiri 65 individu jantan dan 3 individu
betina dalam tiga spesies.

4.3.2 Kelimpahan spesies


Berdasarkan kajian inventori yang dijalankan didapati P. nebulilinea mempunyai
kelimpahan spesies yang tinggi bagi Taman Negara Endau Rompin dengan sejumlah 59
individu telah dijumpai. Umumnya, kelimpahan spesies dikategorikan sebagai bilangan
spesies yang sering dijumpai dalam jumlah individu paling banyak.

Berdasarkan jadual 4.1, C. pontianaka merupakan spesies kedua yang paling


melimpah dengan 42 individu dan diikuti Puranoides sp yang merekodkan sebanyak 40
individu. Manakala kelimpahan spesies bagi P. ubina dan D. vaginata adalah sebanyak
25

28 individu. Seterusnya, O. padda dan D. euterpe merekodkan sebanyak 23 dan 21


individu.

Bagi kelimpahan spesies yang lain adalah kurang daripada 20 individu. Bagi
kelimpahan O. guttigera sebanyak 17 individu, C. umbrosa serta P. abdulla pula
sebanyak 13 individu dan C. malayensis sebanyak 12 individu. P. adusta merekodkan
sebanyak 9 individu manakala O. saudarapadda sebanyak 6 individu. Bagi D. vaginata
dan P. kaempferi, masing-masing merekodkan sebanyak 5 individu. Namun begitu,
Chremistica sp 1 dan P. nobilis mempunyai kelimpahan spesies sebanyak 3 individu.

Kelimpahan spesies yang paling rendah diperolehi adalah Chremistica sp 2, C.


aquila dan M. affinis dengan 2 individu manakala P. tigrina, P. imperatoria dan M.
quadrituberculata dengan diwakili satu individu sahaja bagi setiap spesies.

Merujuk kepada hasil kelimpahan spesies yang diperolehi P. nebuliliena adalah


spesies paling melimpah kerana spesies ini sering dijumpai setiap kali pensampelan
dilakukan. Sepanjang lima bulan pensampelan, hanya pada bulan April sahaja spesies ini
tidak dijumpai. Spesies ini juga tidak dijumpai sebanyak 4 kali daripada 23 pensampelan
yang dijalankan.

4.3.3 Kelimpahan seks


Merujuk pada rajah 4.4, didapati bilangan individu betina lebih banyak diperolehi dalam
kajian inventori ini berbanding individu jantan dengan nisbah 250:104. C. pontianaka
mempunyai bilangan individu betina yang paling tinggi manakala bilangan individu
jantan pula adalah P. nebulilinea.

Famili Cicadidae mempunyai bilangan individu betina sebanyak 239 individu dan
individu jantan sebanyak 101 individu. Daripada jumlah tersebut, 16 spesies diwakili
oleh kedua-dua individu jantan dan betina. Sementara 6 spesies hanya diwakili oleh
individu betina dan 2 spesies pula diwakili individu jantan. Bagi famili Tibicinidae,
bilangan individu betina diwakili sebanyak 11 individu berbanding individu jantan
26

diwakili oleh 4 individu. Sebanyak 3 spesies diwakili oleh kedua-dua individu jantan dan
betina dan 1 spesies diwakili oleh individu betina.

Pada peringkat genus pula, secara keseluruhannya individu betina diwakili oleh 13
genus berbanding individu jantan diwakili oleh 12 genus. Ini kerana genus
Cryptotympana mewakili individu betina sahaja. Sebanyak 12 genus diwakili oleh
kedua-dua individu betina dan jantan.

Berdasarkan kelimpahan seks mengikut pensampelan pula, kedua-dua individu


jantan dan betina telah dijumpai sebanyak 19 kali daripada 23 pensampelan. Manakala
sebanyak 2 kali pensampelan telah memperolehi individu betina dan 2 kali pensampelan
menjumpai individu jantan.

Selain itu, kelimpahan seks dari segi spesies pula, sejumlah 29 spesies yang
ditemui adalah individu betina berbanding 9 spesies adalah individu jantan. Sementara
itu, sejumlah 27 spesies yang ditemui adalah terdiri daripada individu jantan dan betina.
Secara tidak langsung, dapat diringkaskan bahawa individu betina adalah lebih melimpah
berbanding individu jantan.

Umumnya, kajian lepas oleh Normizah (2001) di Bukit Fraser dan Chiu Lee Chee
(2002) di Rezab Hidupan Liar Krau telah merekodkan individu jantan lebih banyak
diperolehi berbanding individu betina. Faktor bilangan individu jantan lebih banyak
daripada individu betina adalah kerana kaedah pensampelan yang menggunakan
perangkap cahaya. Namun begitu, kajian di Taman Negara Endau Rompin turut
menggunakan kaedah pensampelan yang sama iaitu perangkap cahaya tetapi telah
merekodkan individu betina lebih banyak daripada individu jantan. Oleh yang demikian,
kaedah perangkap haruslah dipelbagaikan agar bilangan individu jantan yang diperolehi
adalah setara dengan betina. Contohnya dengan menggunakan jaring atau kaedah
tangkapan tangan. Ini sangai penting bagi memastikan keputusan kajian yang diperolehi
adalah tepat, tidak berat sebelah serta boleh diyakini.
27

180
160
140
Bilangan individu

120
100 Jantan
80 Betina
60
40
20
0
April Mei Jun Julai September

Bulan

RAJAH 4.4 Bilangan individu riang-riang mengikut bulan

4.3.4 Spesies umum


Dalam kajian ini, spesies umum adalah berdasarkan kepada spesies yang ditemui dalam
kekerapan paling tinggi sepanjang pensampelan dijalankan. Spesies yang paling umum
dijumpai sepanjang pensampelan dijalankan di Taman Negara Endau Rompin ialah P.
nebuliliena (ditemui pada bulan Mei, Jun, Julai dan September). Spesies ini telah
dijumpai sebanyak 19 kali daripada 23 kali pensampelan dengan merekodkan sejumlah
59 individu. Ini diikuti oleh C. pontianaka (ditemui pada bulan April dan Mei) dengan
merekodkan 42 individu dijumpai sepanjang 6 kali pensampelan yang dijalankan.

Manakala Puranoides sp. yang ditemui pada bulan April, Mei, Jun, Julai dan
September merekodkan sebanyak 40 individu yang dijumpai sepanjang 12 kali
pensampelan. Ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga spesies ini merupakan spesies paling
umum dalam kajian inventori yang dijalankan.

Moulton (1923) telah melaporkan tujuh spesies umum bagi Malaysia iaitu
Chremistica pontianaka (Distant), Chremistica aquila, Dundubia terpsichore (Walker),
Dundubia vaginata, Orientopsaltria montivaga, Platylomia spinosa dan Huechys
28

sanguinea. Spesies-spesies tersebut dianggap umum berdasarkan taburan yang meluas,


iaitu dijumpai di banyak tempat di Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, hanya C. pontianaka dijumpai di Taman Negara Endau


Rompin. Manakala 6 spesies lagi iaitu C. aquila, D. Terpsichore, D. vaginata, O.
montivaga, P. spinosa dan H. sanguinea masih tidak dijumpai lagi. Chiu Lee Chee
(2002) telah merekodkan sejumlah 4 spesies umum yang dijumpai di Rezab Hidupan Liar
Krau daripada 7 spesies umum Malaysia, iaitu C. pontianaka, C. aquila, D. vaginata dan
P. spinosa. Ini menunjukkan spesies umum riang-riang di Taman Negara Endau Rompin
masih rendah berbanding kajian di Rezab Hidupan Liar Krau.

4.3.5 Spesies Langka


Sepanjang 23 kali pensampelan didapati P. tigrina, P. imperatoria dan M.
quadrituberculata adalah spesies paling langka dengan hanya mempunyai 1 spesies
sahaja dijumpai sepanjang pensampelan. Spesies langka dirujuk sebagai spesies yang
mempunyai frekuensi tangkapan hanya satu kali sepanjang pensampelan dijalankan dan
sekaligus mempunyai kekerapan paling rendah.

You might also like