You are on page 1of 15

BAB IV

HASIL DAN PERBINCANGAN

Kajian ini mendapati terdapat sebanyak 50 spesimen riang-riang dari Taman Negeri
Endau-Rompin, Pahang yang diperolehi melalui kerja lapanagan dan di dalam koleksi
Pusat Sistematik Serangga (PSS), UKM. Secara keseluruhannya, spesimen-spesimen
tersebut telah dikumpulkan sejak Ogos 1992 sehingga Ogos 2002 oleh para penyelidik,
pensyarah, kakitangan dan pelajar-pelajar UKM.

4.1 Komposisi spesies riang-riang Taman Negeri Endau-Rompin, Pahang

Maklumat lengkap bagi kajian inventori ini ditunjukkan oleh jadual data dalam Lampiran
A. Daripada data tersebut, maklumat-maklumat kajian yang penting diringkaskan dalam
Jadual 4.1 (a). Jadual 4.1 (a) menunjukkan bahawa sebanyak 15 spesies riang-riang
Taman Negeri Endau-Rompin, Pahang telah dapat direkodkan dalam kajian ini. Spesies-
spesies tersebut tergolong di dalam tujuh genus di bawah dua famili. Famili Cicadidae
mengandungi 13 spesies dalam enam genus manakala famili Tibicinidae pula hanya
terdiri daripada dua spesies dengan satu genus sahaja.

Jadual 4.1(1)
Senarai spesies riang-riang Taman Negeri Endau-Rompin, Pahang

Spesies Jantan Betina Jumlah


Famili Cicadidae
Dundubia gravesteini Duffels 2 1 3
Dundubia euterpe Duffels 2 18 20
Dundubia rufrvena Walker 0 2 2
Dundubia jacoona (Distant) 6 0 6
Dundubia vaginata (Fubricius) 1 1 2
Orientopsaltria pheophila Walker 1 1 2
2

Spesies Jantan Betina Jumlah


Orientopsaltria brooksi 1 2 3
Purana guttularis 0 3 3
Purana nebulininea (Walker) 0 1 1
Puranoides sp *(spesies nova) 1 0 1
Pomponia adusta Walker 0 1 1
Platypleura malayensis * (spesies nova) 2 0 2
Platypleura nobilis (Geimer) 1 0 1
Jumlah spesies 9 9 13
Jumlah genus 3 4 6

Famili Tibicinidae
Abroma maculiculis (Guerin) 0 2 2
Abroma kirsch 1 0 1
Jumlah spesies 1 1 2
Jumlah genus 1 1 1
JUMLAH SPESIES 10 10 1
JUMLAH GENUS 4 5 9
* Spesies baru yang perlu diperihalkan

Daripada 15 spesies riang-riang Taman Negeri Endau-Rompin, Pahang yang


tersenarai dalam Jadual 4.1 (a), terdapat dua spesies yang perlu diperihalkan sebagai baru
kepada sains iaitu Platypleura malayensis dan Puranoider sp.

4.2 Perwakilan spesies riang-riang Semenanjung Malaysia di Taman Negeri


Endau-Rompin, Pahang

Hasil yang diperolehi juga telah dibandingkan dengan rekod terkini riang-riang
Semenanjung Malaysia (Azman 1998; Beuk 1999; Zaidi & Azman 1999; Zaidi et. al
1999, 2000b). Berdasarkan Jadual 4.2.2, didapati secara relatifnya Taman Negeri Endau-
Rompin, Pahang mempunyai peratus perwakilan spesies riang-riang Semenanjung
Malaysia yang sederhana iaitu 50% dalam tiga genus iaitu Platypleura, Dundubia dan
Puranoides. Lain-lain genus menunjukkan peratus perwakilan yang rendah (kurang
50%) seperti Purana (28.6%), Orientopssaltria (15.4%) dan Pomponia (11.1%).
3

Secara keseluruhannya, famili Cicadidae mempunyai peratus perwakilan spesies


sebanyak 28.9% manakala famili Tibicinidae 50.5% bagi Semenanjung Malaysia.
Jumlah perwakilan bagi kedua-dua famili di Semenanjung Malaysia pula ialah 46.3%.

Jadual 4.2.2
Bilangan dan relatif peratus perwakilan spesies bagi famili dan genus riang-riang
Taman Negeri Endau-Rompin, Pahangberbanding Semenanjung Malaysia

Famili Genus Semenanjung Taman Negeri Peratus


Malaysia Endau-Rompin Perwakilan
Pahang
Cicadidae Platypleura 4 2 50.0%
Purana 7 2 28.6%
Dundubia 10 5 50.5%
Orientopsaltria 13 2 15.4%
Pomponia 9 1 11.1%
Puranoides 2 1 50.0%
Jumlah 45 13 28.9%
Tibicininidae Abroma
Sumber * Azman (1999), Beuk (1999), Zaidi & Azman (1999, 2000), Zaidi et. al (1999, 2000)

4.3 Manifestasi kekayaan spesies mengikut tarikh lawatan

Persampelan telah dijalankan sebanyak 6 kali secara rawak dari Ogos 1992 hingga Ogos
2002 (Lampiran A). Oleh kerana persampelan tidak dilakukan secara bersistematik dan
sekata, manifestasi kekayaan spesies lebih sesuai didasarkan kepada tarikh lawatan dan
tidak mengikut bulan sepanjang tahun.

Merujuk kepada Rajah 4.2.3 (a), didapati bilangan spesies adalah paling tinggi
pada bulan Ogos 1992 iaitu 7 spesies diikuti Jun 2002 dengan 6 spesies, seterusnya Mac
1993 dan April 1993 dengan masing-masing 4 spesies dicatatkan. Bilangan spesies yang
paling rendah didapati pada bulan Ogos 2002 hanya satu spesies dicatatkan.

Bilangan individu pula didapati paling tinggi pada bulan April 1993 (17 individu)
diikuti Mac 1993 (15 individu) Jun 2002 ( 9 individu) dan Ogos 1992 (8 individu).
Sementara bilangan individu terendah pula diperolehi pada bulan Ogos 2002 di mana
hanya satu individu dicatatkan pada setiap kali tangkapan (Rajah 4.2.3 (b)).
Rajah 4.2.3 (A) : Bilangan spesies mengikut tarikh lawatan

5
Bilangan spesies

0
Ogos-92 Mac-93 Apr-93 Jun-02 Ogos-02
Tarikh Law atan
Rajah 4.2.3 (b) :Bilangan individu mengikut tarikh lawatan

18

16

14

12
Bilangan individu

10
jantan
betina
8

0
Ogos-92 Mac-93 Apr-93 Jun-02 Ogos-02
Tarikh lawatan
rajah 4.2.4. (b) Bilangan individu mengikut bulan persampelan

18

16

14

12
Bilangan indivudu

10
jantan
betina
8

0
mac april jun ogos
Bulan
7
11
12
13
14

Kelimpahan seks dan kelimpahan spesies

4.3.1 Kelimpahan seks

Berdasarkan Jadual 4.1 dan Rajah 4.2.3 (b), bilangan individu betina didapati lebih
banyak diperolehi dalam kajian ini berbanding individu jantan dengan nisbah 18: 32.
Kebanyakan spesies diwakili oleh individu jantan berbanding individu betina. Didapati
terdapat 24 spesies diwakili oleh individu jantan manakala hanya 15 spesies diwakili oleh
individu betina. Sementara lapan spesies diwakili oleh kedua-dua individu jantan dan
betina. Di samping itu, 14 spesies hanya diwakili individu jantan dan lima spesies pula
hanya diwakili individu betina. Bagi famili Tibicinidae pula, satu-satunya individu yang
ditemui adalah betina.

Di peringkat genus pula, secara keseluruhan, lima genus diwakili oleh individu
betina berbanding hanya empat genus diwakili oleh individu jantan. Terdapat tiga genus
yang diwakili oleh kedua-dua jantan dan betina. Dua genus hanya diwakili individu
jantan dan dua genus hanya diwakili individu betina.

Jika dilihat dari segi kelimpahan seks mengikut tarikh lawatan pula (Rajah 4.2.3
(b)), didapati individu jantan ditemui sebanyak 5 kali daripada 5 kali persampelan
manakala individu betina hanya ditemui empat kali. Terdapat sembilan kali tangkapan
yang menemui hanya individu betina sahaja berbanding tujuh kali bagi jantan. Sebanyak
lima persampelan pula berjaya menemui kedua-dua individu jantan dan betina. Oleh itu,
dapat dikatakan bahawa individu betina adalah lebih melimpah berbanding jantan.

4.3.2 Kelimpahan spesies

Berdasarkan Jadual 4.1, kajian ini mendapati D.euterpe merupakan spesies yang paling
melimpah bagi Taman Negeri Endau-Rompin di mana 20 individu telah ditemui. Ini
diikuti oleh D.jacoona dengan 6 individu ditemui.
15

Spesies yang mempunyai kelimpahan yang paling rendah pula terdiri daripada
P.nebulininea, Puranoides sp., P.adusta, A. Karsch dan P.nobilis di mana kesemuanya
hanya diwakili oleh satu individu sahaja bagi setiap spesies.

4.4 Spesies umum dan spesies langka

4.4.1 Spesies umum

Moulton (1923) telah melaporkan tujuh spesies umum bagi Malaysia iaitu Chremistica
pontianaka (Distant), C. aquila, Dundubia terpsichore (Walker), D. vaginata, O.
monitvaga, P. spinosa dan H. sanguinea. Spesies-spesies tersebut dianggap umum
berdasarkan taburan yang meluas, iaitu dijumpai di banyak tempat di Malaysia.

Dalam kajian ini, spesies umum adalah berdasarkan kekerapan spesies dijumpai
sepanjang 5 kali persampelan dilakukan. Kajian ini mendapati D. euterpe adalah spesies
yang paling umum di Taman Negeri ini kerana ditemui sebanyak tiga kali. Ini diikuti
oleh D. gravesteini, D. rufirana, d. jacoona P. guttularis dan A. maculiculis yang ditemui
sebanyak 2.

Walau bagaimanapun, hanya satu spesies umum bagi Malaysia yang diperolehi
iaitu D.vaginata tetapi spesies ini tidak diletakkan dalam spesies umum. Ini kerana
daripada 5 kali pensampelan, spesies ini hanya diperolehi sekali.

4.4.2 Spesies langka

Berdasarkan Lampiran A, didapati terdapat lima spesies yang dianggap langka di Taman
Negeri ini kerana hanya satu individu ditemui dan kekerapan ditemui juga adalah sekali
sahaja daripada 5 kali pensampelan. Spesies tersebut ialah P. nebulininea, Duranoides
sp., D. adusta, A. Karsch dan P. nobilis.

You might also like