You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN LINGKUNGAN


PETI SURAT 346,
89808 BEAUFORT,
SABAH
TEL/FAX :087-871329
E-mel :xba6031@moe.edu.my
_____________________________________________________________________________________
Rujukan Kami : SKLGW.600-5/1/5 (2)
Rujukan Tuan :
Tarikh : 14 Oktober 2021
Kepada,
Semua Ibubapa / Penjaga Murid (Murid Pemulihan Khas)
SK Lingkungan, Beaufort.

Tuan/Puan

PENGAGIHAN KIT LITERASI DAN NUMERASI PROGRAM PEMULIHAN KHAS,


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI SEKOLAH- SEKOLAH RENDAH
DAERAH BEAUFORT TAHUN 2021.

Dengan segala hormatnya adalah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ibubapa/Penjaga murid pemulihan khas adalah diminta untuk
hadir ke sekolah bagi menerima Kit Literasi dan Numerasi Program Pemulihan Khas, Kementerian
PENDIDIKAN Malaysia bagi Sekolah-sekolah Rendah Daerah Beaufort yang akan diadakan seperti
ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Oktober 2021 (Jumaat)


Masa : 8.30 pagi - 11.30 Pagi
Tempat : SK Lingkungan
Kehadiran : Wakil Ibubapa / Penjaga Murid Pemulihan Khas

3. Sehubungan dengan itu, ibu bapa/penjaga murid pemulihan khas diharap dapat hadir ke sekolah
bagi menerima Kit Literasi Dan Numerasi bagi pihak anak jagaan.

4. Mohon perhatian dan tindakan sewajarnya dari ibu bapa/penjaga. Untuk sebarang pertanyaan sila
berhubung dengan guru Penyelaras Pemulihan Khas SK Lingkungan, Puan Siti Aisah Sawin di talian
019-2299384. Kerjasama ibubapa/penjaga tentang perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan
setinggi-tinggi penghargaan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MAIMUNAH HJ BIDIN
Guru Besar

Sk: Fail Sekolah


Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort

You might also like