Professional Documents
Culture Documents
SK (P) METHODIST 2,
440-B JALAN TENGKERA,
75200 MELAKA.
Tuan,
PENGECUALIAN MENGIKUTI KURSUS LATIHAN PRO-ELT ENHANCE (PROFICIENT)
KOHORT 1/2024 NEGERI MELAKA
Dengan segala hormatnya surat Jabatan Pendidikan Negeri Melaka rujukan
JPNM.SPEM.BAH.600-2/1/6 JLD.3(02) bertarikh 13 Februari 2024 adalah dirujuk dan
berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, 3 orang guru dari SK(P) Methodist 2, Melaka telah
tersenarai untuk mengikuti Kursus Latihan Pro-ELT Enhance (Proficient) Kohort 1/2024
Negeri Melaka pada bulan Mac hingga Julai 2024.
3. Sehubungan itu, 2 orang guru (seperti di lampiran) telah berada pada tahap
penguasaan minimum Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) C1.
Oleh yang demikian, pihak sekolah memohon pengecualian kepada 2 orang guru tersebut
bagi mengikuti kursus tersebut. Maklumat Keputusan (CEFR) C1 bagi 2 orang guru tersebut
adalah seperti di lampiran.
4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Zulcafli Bin Bakatar, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran, SK(P) Methodist 2 di talian 012-678 2065 atau 06-282 9118.
Kerjasama dan keprihatinan tuan di dalam hal ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”
sk 1. Fail Penyelaras
2. PPD Melaka Tengah
________________________________________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
LAMPIRAN