You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI PANDAN 2

JALAN PERWIRA
55100 KUALA LUMPUR Tel /Fax : 03 92847052
MALAYSIA Emel : wbb0064@moe.edu.my

Ruj.Kami : SKPP2.500-5/1/1( 2 )
Tarikh : 21 NOVEMBER 2020

Timbalan Pengarah,
Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu,
143,Jalan Hang Jebat,
50150 Kuala Lumpur.
(u.p: Pn Ong Li Choo - Pengawai SIC+)

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SK. Puteri Pandan 2 akan mengadakan program Latihan
Dalam Perkhidmatan (LDAP) guru seperti butiran berikut:

Nama Program : Bengkel Pembelajaran Abad 21 (PAK21)


Tarikh : 27 November 2020
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Puteri Pandan 2, Kuala Lumpur.

3. Sehubungan dengan ini, pihak kami ingin menjemput tuan bagi menyampaikan ceramah
tersebut kepada guru-guru di SK Puteri Pandan 2 dan guru-guru Bahasa Melayu dari sekolah yang
berhampiran.

4. Perhatian dan kerjasama pihak tuan amat diharapkan agar dapat membantu melancarkan lagi
perjalanan program ini dan kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

___________________
(NORA BINTI AKIR)
Guru Besar,
SK. Puteri Pandan 2,
Kuala Lumpur.

You might also like