You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kolej Vokasional Beaufort


KM 3, Jalan Beaufort - Sipitang
Peti Surat 1011 Tel : 087-217011, 217012
Fax : 087-217013
89808 Beaufort, Email : xha3102@moe.edu.my

SABAH, MALAYSIA
__________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : KVBFT.700-7/3/1 ( )


Tarikh : Mac 2023

Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort


Peti Surat 101
89807 Beaufort Sabah.
U/P : sesiapa yang berkenaan

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH DI KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Vokasional Beaufort akan mengadakan satu program
ceramah seperti butiran berikut :

Nama Program : “BAHAYA ROKOK”


Tarikh : 31 Mac 2023
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan TVET, Kolej Vokasional Beaufort
Masa : 8.00 – 9.00 pagi

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput pegawai daripada Pejabat Kesihatan
Kawasan Beaufort untuk menyampaikan ceramah.

4. Semoga dengan kerjasama dan penyertaan yang diberikan oleh pihak tuan/puan dapat
membantu bagi melancarkan lagi perjalanan program ini. Untuk maklumat lanjut mengenai program
ini, boleh menghubungi pensyarah kami Cik Fatwa Mulya Sari di nombor 011-17948543.

5. Jasa baik pihak tuan/puan, kami dahului dengan ucapan penghargaan dan jutaan terima
kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

ABD HAFIDZ BIN PG ADNAN


Pengarah
Kolej Vokasional Beaufort
Sabah
Sk : Fail Unit

You might also like