You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA CHULAN, DESA CEMPAKA, 31400 IPOH, PERAK.

KERTAS KERJA
PROGRAM KEHADIRAN 100%
“JOM KE SEKOLAH”
(AMALAN GURU PENYAYANG)

PERINGKAT SEKOLAH RAJA CHULAN, IPOH

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA CHULAN, IPOH
Unit Bimbingan dan Kaunseling SKRC

1.0 Pendahuluan

Program Kehadiran 100% “Jom ke Sekolah” merupakan program yang diadakan


secara rasmi di SK Raja Chulan secara berterusan, yang mana program ini akan berjalan
sepanjang tahun. Antara masalah utama yang mengekang kemajuan pencapaian akademik
dan keberkesanan P&P di sekolah ini adalah masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah,
masalah ponteng kelas dan masalah ponteng sekolah.

Menyedari hakikat ini, maka pihak pentadbir sekolah telah merangka dan merancang
program ini sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah ini. Matlamat utama
program ini adalah untuk menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah dan
mengelakkan gejala ponteng sekolah dengan memberikan insentif berbentuk hadiah
tahunan iaitu sebuah basikal kepada para pelajar yang mempunyai peratus kehadiran 100%
pada setiap tahun.

Program ini akan berjalan sepanjang tahun dan melibatkan semua pelajar SK Raja
Chulan, Ipoh. Diharap dengan berjalannya program ini, para pelajar SK Raja Chulan,
Ipoh akan lebih bermotivasi untuk hadir ke sekolah seterusnya menjayakan proses
P&P dan dapat meningkatkan lagi prestasi akademik sekolah dalam penilaian
peperiksaan sejajar dengan objektif sekolah, iaitu mempertingkatkan pencapaian kelulusan
pelajar-pelajar sama ada untuk peperiksaan dalaman atau peperiksaan awam.

2.0 Objektif

2.1 Meningkatkan peratusan kehadiran murid tahun 1 hingga 6 termasuk PPKI di SK


Raja Chulan
2.2 Mengurangkan gejala ponteng sekolah dan meningkatkan motivasi pelajar untuk
hadir ke sekolah.

3.0 Sasaran

Semua murid tahun 1 hingga 6 termasuk PPKI SK Raja Chulan

4.0 Tempat

Sekolah Kebangsaan Raja Chulan, Ipoh


5.0 Tarikh Pelaksanaan

Sepanjang tahun, bermula Mac hingga November 2021

6.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : En. Zulkipli bin Husain


Guru Besar
Pengerusi : En. Ahmad Jafri bin Bahar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi : Pn Che Rosnani Bt Ismail
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : En Mohd Sazli Bin Salehudin
Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi 2 : Pn Zubaidah Binti Yaacob
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Penyelaras Program : Pn Umi kalsom binti Jaafar

Anggota Jawatankuasa : Pn. Lee Sau Ngan


: Pn. Masni binti Mohd
: En. Darius Wu Tze Shung
: Pn. Siti Mariam binti Ab. Rahman
: Cik Norharmila binti Harmainy
: Penyelaras Setiap Tahun

7.0 ANNGARAN PERBELANJAAN

Bil Perbelanjaan Jumlah Sumber


1. Basikal RM 150.00 X 2 RM 300.00 PIBG
JUMLAH RM 300.00 PIBG

8.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, diharap agar program ini akan terus berjalan dengan lancar dan
murid akan memberi sokongan yang menggalakkan. Objektif program untuk meningkatkan
peratus kehadiran murid ke sekolah juga diharapkan akan tercapai jika semua murid dapat
bersama menjayakan proses PDPC. Seterusnya meningkatkan pencapaian akademik mereka
khususnya dalam peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam.
Unit Bimbingan dan Kaunseling SKRC

Disediakan oleh, Disokong oleh,

……………………………………. ………………………………………….
(PN. UMI KALSOM BT JAAFAR) (EN. ZULKIPLI BIN HUSAIN )
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Raja Chulan, Ipoh Sekolah Kebangsaan Raja Chulan, Ipoh

Diluluskan oleh,

…………………….
(EN. ABD RAHIN BIN MAT)
Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Raja Chulan, Ipoh

You might also like