You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP BATU 27

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERTAS KERJA
HARI KANAK-KANAK DAN SAMBUTAN
HARI LAHIR
SK LKTP BATU 27
TAHUN 2022
ANJURAN :
UNIT HAL EHWAL MURID

PADA :
8 NOVEMBER 2022

BERTEMPAT :
DEWAN NUR SAKINAH
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP BATU 27,
, JALAN IMAM, FELDA LENGA
84040 MUAR JOHOR

KERTAS KERJA HARI KANAK-KANAK DAN SAMBUTAN HARI LAHIR.


1.0 Pengenalan
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun
1959.setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-
Kanak Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai “Satu
Hari Persaudaraan Dunia dan Persefahaman Di Kalangan Kanak-kanak”. Malaysia
adalah di antara 150 buah negara yang menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia pada
bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap
kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak,pihak sekolah turut serta meraikan Hari
Kanak-Kanak Sedunia setiap tahun.

2.0 Matlamat
Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan
kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawap untuk
menentukan perlindungan,kebajikan,kesejahteraan serta hak-hak mereka sentiasa
dipelihara.

3.0 Objektif

a) Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.


b) Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan
masa depan kanak-kanak.
c) Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi
fizikal,kognitif,bahasa,sosio-emosi,sahsiah dan rohani.
d) Melahirkan generasi yang dinamik,progresif,aktif,berdisiplin dan berinovasi.
e) Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji,cemerlang,berbakat dan
berwibawa

4.0 Tarikh/Hari
8 November 2022

5.0 Tempat
Dewan Nur Sakinah, SK LKTP BT 27

6.0 Masa
7.30 pagi hingga 12.50 tengah hari

7.0 Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana

Pengerusi : En. Nik Mazlani bin Mohamad (Guru Besar)


Naib Pengerusi I : En. Muhamad Farhan bin Amin (GPk Kokurikulum)
Naib Pengerusi Ii : En. Abdul Halim Tawfek bin Khalil (GPk Pentadbiran)
Naib Pengerusi Iii : Puan Herdayati binti Abdul Aziz (GPk Hem)
Penyelaras : Pn. Noor Hidaya binti Mohd Jamil
Setiausaha : Pn. Nur Ashikin binti Madon
Bendahari : Pn. Tuan Suryati bt Tuan Toh
8.0 Ahli Jawatan Kuasa Kerja

AJK NAMA TUGAS

Buku program Pn. Salmah bt Abd. Rahman Menyediakan buku program


berkaitan Hari kanak-kanak

Pengacara Majlis En. Mohd Jaafar bin Hussin Memastikan aturcara program
berjalan dengan lancar.
Bacaan Doa Tn. Hj Ruslee bin Bedol Menyediakan teks dan membaca
doa

Penyediaan tempat En. Kamaruddin bin Karman Menyediakan tempat dan ruang
Pekerja Swasta untuk acara majlis

Sukaneka En. Nik Syahayadi bin Nik daud Mengendali dan menyediakan
En. Mohd Jaafar bin Hussin keperluan acara sukaneka

Hadiah Pn. Noor Hidaya bt Mohd Jamil Menyediakan hadiah/goodies untuk


Pn. Nur Ashikin bt Madon murid

Kawalan Murid Pn Hjh Ruzitah bt Talib Memastikan murid dalam keadaan


terkawal dan tenang.

Jurugambar /siaraya Pn. Siti Zakiah bt Kanchil Mengambil gambar dan video
semasa program dilaksanakan

Persiapan Pn. Noraidah bt Mahmoh Menyediakan pentas/backdrop dan


Pn. Zanariana bt Mohamad Don gimik pelancaran jika ada.
pentas/backdrop/gimik

Pengagihan Makanan Pn. Rosaini bt Majid Mengagihkan makanan , kek dan


Pn. Najwa Nadhirah bt Ibarahim goodies jika ada mengikut kelas.

En. Nik Syahayadi bin Nik Daud Menyediakan dan memastikan PA


PA sistem
sistem berfungsi.

9.0 Anggaran Pendapatan dan Kos Perbelanjaan

SUMBER KEWANGAN
i. Sekolah
ii. Kedai Buku

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN


PERKARA KOS SUMBER

RM 300
SEWA MR JOJO CLOWN KEDAI BUKU

GOODIES MURID 130 X RM 2.20 = RM 286 SEKOLAH


(BURGER/ROTI + AIR KOTAK )

KEK HARI JADI RM 240 SEKOLAH

HADIAH SUKANEKA 6 KELAS X RM20 = RM 120 KEDAI BUKU

JUM;AH RM946.00

10.0 Atur Cara Majlis

7.30 – 8.30 pagi - Sukaneka Hari Kanak-Kanak


8.30 - 10.00 pagi - PdPc
10.00 pagi - Rehat
10.30 -11.30 pagi - Majlis Bersama Clown
- Ballon Twist
- Clown Migling Around Kids
- Dance with Clown
- - Sambutan Hari Lahir bulan Januari – Disember 2022
- Bacaan doa
- Sesi memotong kek
- Sesi Bergambar

12.30 – 12.50 tgh - Penyampaian Hadiah Sukaneka

- Pemberian goodies kepada murid-murid


11.0 Penutup

Diharapkan Program Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Sambutan Hari Lahir bagi tahun
2022 ini dapat djalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua
pihak serta mencapai objektif yang telah digariskan.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………….................... ................…………………………
( NOOR HIDAYA BINTI MOHD JAMIL) ( HERDAYATI BINTI ABDUL AZIZ )

You might also like