You are on page 1of 5

MESYUARAT

PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH PINTAR


SEKOLAH KEBANGSAAN KERU, BIL 1/2016

Tarikh : 1 Januari 2016 (Jumaat)

Masa : 8.30 pg

Tempat : Kelas Prasekolah Pintar

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Aluan Pengerusi

2. Pengurusan Prasekolah

3. Perancangan Aktiviti Prasekolah

4. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Permuafakatan Prasekolah

5. Hal-hal Lain

MINIT MESYUARAT PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH


SK KERU, BIL 1/2016

TARIKH : 1 JANUARI 2016 (JUMAAT)


MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : KELAS PRASEKOLAH PINTAR

KEHADIRAN : -

1. TN. HJ. MOHD HANAFI BIN DERIS


2. PN. NORIZAN BINTI HASHIM
3. PN. RUZITA BINTI KAMARUDIN
4. PN. ZARIAH BINTI YAACOB
5. PN. ROSMALAILI BINTI RAMLI
6. EN. MUHAMMAD AZLAN BIN SARUAN
7. EN. MUHAMMAD ISA BIN JAMARI
8. EN. SHAMSUL BIN AB. LATIF
9. EN. SHAMSUL BIN JAMAIE
10.EN. ROSLI BIN IDRIS
11.EN. MUHAMAD TAUFIK B. MUHAMAD RADZI
12.EN. MOHD FARID SHAH MOHD FATHIL
13.EN. ZULKARNAIN B. ZANIL @ IBRAHIM
14.EN. MD. AWAL BIN BENTANG
15.EN. AZHAR BIN AMBIA
16.PN. ROZILAWATI BINTI SULAIMAN
17.PN. FADZILAWATI BINTI SULAIMAN
18.PN. JUNAIDAH BT. MD. ISA
19.PN. SUREATI BT. ABD. RAHMAN
20.PN. YUNIARTI BT NASARUDDIN
21.PN. NORBAIZURA BINTI ZAINAL
22.PN. NOR HAZANA ABD HALIM
23.PN. HASLINDA BT. KAMARUDDIN
24.PN. JUNAIDAH BINTI JAMALUDIN
25.PN. SUHAILY BINTI RAMLI
26.PN. NORHAYATI BINTI MUSLIM
27.PN. FATIMAH BT. RUBEN
28.PN. ROHANA BINTI AHMAD
29.PN. SALRINA BINTI ROS
30.PN. NUR BAITI

1. UCAPAN PENGERUSI (TN. HJ. MOHD HANAFI BIN DERIS)


1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada yang dapat
meluangkan masa pada mesyuarat permuafakatan kali Pertama sessi 2016.
1.2 Beliau memaklumkan agenda dalam surat panggilan minit mesyuarat perlu
ada 5 perkara sahaja sepertimana yang telah ditetapkan oleh PPD.
1.3 Beliau mengingatkan PPM dan Guru supaya sentiasa menjaga kebersihan dan
keselamatan murid sepanjang murid berada di sekolah.
1.4 Beliau mengucapkan tahniah kepada guru , PPM dan murid kerana telah dapat
menyertai beberapa pertandingan samada diperingkat daerah mahupun
peringkat negeri.
1.5 Beliau amat berharap ibu bapa serta penjaga dapat memberikan kerjasama
mendidik kepada guru demi kejayaan anak-anak dalam semua aspek serta
kesinambungan dalam membantu memantau kerja sekolah dan bahan bacaan
yang diberikan oleh guru.
1.6 Semua murid dikehendaki datang sebelum jam 7.30 pg, manakala waktu balik
murid prasekolah ialah pada jam 12.00 tengah hari, diharap semua ibu bapa
dan penjaga memberi perhatian terhadap kehadiran murid prasekolah ke
sekolah bagi menjamin perjalanan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat

2. PENGURUSAN PRASEKOLAH

2.1 Guru Besar menerangkan secara ringkas mengenai garis panduan yang
digunakan oleh guru semasa mengajar iaitu menggunakan kurikulum standard
prasekolah kebangsaan (KSPK)
2.2 Maklumat tentang peraturan dan pengendalian Prasekolah Pintar SK Keru
2.2.1 Murid dikehendaki berada di sekolah 5 minit sebelum kelas bermula.
2.2.2 Ibubapa/penjaga wajib menjemput murid pulang pada jam 12.00tghr.
Sebarang kemalangan atau kecelekaan selepas waktu persekolahan
adalah di bawah tanggungjawab ibubapa/penjaga. Dengan itu
ibubapa/penjaga dikehendaki mengisi borang aku janji yang disertakan.
Borang aku janji yang disediakan hendaklah diserahkan semula kepada
guru prasekolah.
2.2.3 Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan berada murid di dalam kawasan
prasekolah samaada pada waktu datang mahupun pulang.
Sekiranya murid tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah,
ibubapa/penjaga perlu memaklumkan kepada guru kelas melalui telefon
atau menyertakan surat/sijil cuti sakit.
2.2.4 Sekiranya murid mengalami sebarang alahan terhadap sesuatu
makanan, sila maklumkan kepada guru prasekolah.
2.2.5 Murid tidak dibenarkan memakai selipar ke prasekolah.
2.2.6 Sekiranya terdapat sebarang pertukaran alamat tempat tinggal dan
nombor telefon ibubapa/penjaga, sila maklumkan kepada guru
prasekolah untuk direkod.
2.2.7 Waktu persekolahan murid ialah dari 7.30 pagi hingga 12.00tghr.
2.2.8 Pemakaian murid prasekolah seperti berikut:

Hari Pakaian yang perlu dipakai


Isnin Baju Sukan Prasekolah Pintar
Selasa Baju Sukan PPD Tampin
Rabu Baju Sukan Prasekolah Pintar
Khamis Baju Sukan PPD Tampin
Jumaat Baju Sukan Prasekolah Pintar
Kasut Sekolah putih dan stoking

2.3 Perbincangan sumbangan pendaftaran murid prasekolah oleh Guru Besar

2.3.1 Cadangan pembayaran sumbangan pendaftaran adalah seperti berikut:

BI PERKARA JUMLAH (RM)


L
1 SumbanganKeceriaan RM20
2 Uniform prasekolah (sepasang) RM25
3 Uniform Sekolah (sepasang) RM25
4 Fail portfolio RM5
5 Buku aktiviti RM26.40
6 Tanda Nama Kain RM5
JUMLAH RM 106.40

2.3.2 Cadangan pembayaran sumbangan pendaftaran sebanyak RM106.40


dipersetujui oleh semua ibubapa/penjaga yang hadir dan pihak mereka tidak
akan membuat sebarang pertikaian atau aduan pada masa akan datang
walaupun ada ibubapa/penjaga yang tidak hadir.

2.3.3 Semua Ibubapa dan penjaga yang hadir perlu menandatangani surat
persetujuan pembayaran yuran pendaftaran dan surat akujanji.

Tindakan :Makluman

3. PERANCANGAN AKTIVITI PRASEKOLAH

3.1 Guru prasekolah Pn. Zariah Binti Yaacob membentangkan cadangan aktiviti
sepanjang tahun 2016 seperti dalam takwim tahunan. ( Rujuk Lampiran)

Tindakan : Makluman

4. PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA


1. Pengerusi : EN. SHAMSUL BIN JAMAIE
Disokong : PN. SUHAILY BINTI RAMLI

Naib Pengerusi : PN. SUHAILY BINTI RAMLI


Disokong : PN. NORBAIZURA BINTI ZAINAL

Bendahari : PN. FADZILAWATI BINTI SULAIMAN


Disokong : PN. ROHANA BINTI AHMAD

Ahli Jawatankuasa : EN. MUHAMMAD AZLAN BIN SARUAN


: EN. ZULKARNAIN B. ZANIL @ IBRAHIM
: EN. MOHD FARID SHAH MOHD FATHIL
: EN. MD. AWAL BIN BENTANG
: EN. AZHAR BIN AMBIA
: PN. NORBAIZURA BINTI ZAINAL
: PN. ROHANA BINTI AHMAD

Tindakan : Makluman

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Guru Besar mengingatkan semula supaya ibubapa/penjaga mengambil


perhatian kepada peraturan dan pengendalian Prasekolah Pintar dan
membantu guru dalam kemenjadian murid serta memberi sokongan dalam
setiap aktiviti yang dijalankan.
5.2 Guru Besar mengucapkan tahniah atas pelantikan AJK dan berharap semua
waris dapat menyumbangkan tenaga demi kecemerlangan anak-anak mereka.

Tindakan : Semua Ahli Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

Disediakan oleh
Urusetia Prasekolah

You might also like