You are on page 1of 10

Bincangkan peranan drama/filem animasi Upin dan Ipin dalam

menyatupadukan masyarakat di Malaysia. (Terhad kepada 2 halaman)

Pendahuluan

Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan aman harmoni, seharusnya kita
terus berusaha supaya kesepaduan dalam masyarakat yang berbilang bangsa ini
sentiasa mempunyai ikatan yang baik. Dalam usaha-usaha untuk tetapkan sifat
bersatu padu masyarakat di Malaysia perlulah sentiasa mengamalkan pelbagai sumber
media teknologi seperti animasi,berita, buku cerita, drama dan sebagainya. Rakyat
Malaysia harus sedar bahawa masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya
yang berbeza-beza. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly(2006), menyatakan
bahawa ”Tanpa perpaduan, negara itu akan terdedah kepada pelbagai-bagai
kelemahan dan ancaman  yang boleh mennjejaskan kedaulatan agama itu sendiri”.

Dengan itu usaha dalam membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat bukanlah
suatu usaha yang mudah dan perlu kejersama yang padu dalam masyakat Malaysia.
Maka penulisan kali ini akan berfokuskan pada peranan animasi dalam
menyatupadukan masyakarat di Malaysia. Animasi yang dipilih bertajuk Upin dan
Ipin.  Siri animasi Upin dan Ipin merupakan satu produk yang dihasilkan oleh syarikat
Les Copaque yang pada mulanya disiarkan pada tahun 2007 di siaran TV9. Animasi
ini berlatarkan budaya setempat yang bertemakan konsep masyarakat di kampung.
Penduduknya pula terdiri daripada watak yang dari pelbagai kaum. Hal ini akan
menunkukkan interaksi mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang kaum yang
berbeza, menjalani hari-hari kehidupan di kampung itu, dengan harmoni dan melalui
pengalaman manis, suka duka,riang dan tawa bersama.

PERANAN ANIMASI  UPIN DAN IPIN DALAM MENYATUPADUKAN


MASYARAKAT DI MALAYSIA
Kisah Upin dan Upin, kita dapatmemberi impak yang besar sekianya penonton
menghayati dan melihat pelbagai contoh yang menunjukkan mereka hidup dalam
keadaan yang aman dan harmoni. Antara contoh peristiwa ialah dalam animasi Upin
dan Ipin Musim 1, kisah yang bertajuk Dugaan. Sinopsis kisahnya adalah :
“Pada waktu pagi di bulan puasa, Upin dan Ipin bangun pagi dan segera ke dapur 
mencari makanan untuk makan sarapan pagi, upin ipin terkejut kerana tiada makanan.
Kak Roscakap dengan nada yang bersahaja dan mengingatkan bahawa ini hari
pertama bulan puasa, dan mereka sudah pun bersahur. Oleh itu, Upin Ipin terus te
keluar bermain dengan perasaan yang hampa dan perut kosong sehinggalah senja.
Setelah menewaskan Rajoo dan Mei Mei dalam perlumbaan menarik upih pinang,
Upin dan Ipin berasa dahaga. Kemudian Rajoo ingin  membelanja Upin dan Ipin
minum, dengan sepantas kilat adik-beradik kembar itu terus mengangguk kepala.
Namun ,hari masih siang, lalu Mei Mei mengingatkan Upin dan Ipin akan kewajipan
berpuasa mereka, supaya "Tuhan mereka tidak marah".

Upin dan Ipin pulang ke rumah dengan kelaparan, terpaksa menunggu beberapa jam
lagi sampai waktu berbuka puasa. Upin ipin mengisi waktu lapang, mereka membaca
buku ABC baru yang dibelikan oleh kakaknya iaitu Kak Ros. Sebaik sahaja membuka
halaman buku tersebut, mereka terlihat gambar ayam. Buku ejaan A hingga Z. A
untuk Ayam. Dengan tiba-tiba, Ipin terus terbayangkan nikmat ayam goreng.
Kemudian, mereka beralih ke mukasurat J untuk jus. Oleh sebab tercari-cari
mukasurat makanan, Upin dan Ipin merebut-rebut buku itu sehingga buku itu
tercampak ke lantai. Kak Ros yang sedang membasuh pinggan di dapur pun berasa
jengkel mendengar pergaduhan adik-adiknya lalu keluar untuk memarahi mereka.
Tanpa diduga, adik-beradik kembar itu sudah terlelap.”

Rumusan
            Dalam kisah di atas, kita dapat lihat bahawa mereka dapat bermain bersama-
sama dengan mesra. Ini menunjukkan contoh yang  baik bagi meggambarkan
perpaduan masyarakat. Rajoo menujukkan sikap yang prihatin dengan ingin
membelanjakan kawan-kawannya yang lain selepas bermain menarik upih bersama-
sama. Kemudian Mei Mei menegur Upin dan Ipin untuk mengingatkan bahawa
mereka sedang berpuasa. Hal ini menunjukkan toleransi yang amat baik. Mereka
menghormati perbezaan kepercayaan dan bangsa. Itu semua bukanlah penghalang
untuk mereka hidup bersama dan menjalankan aktiviti harian mereka dengan baik
seperti aktiviti rutin kanak-kanak iaitu bermain.
Huraikan usaha-usaha ke arah pembentukan kesepaduan sosial dalam masyarakat
di Malaysia.

PENGENALAN
Filem animasi atau kartun adalah salah satu media yang sangat popular buat masa
kini. Animasi berkembang pesat melalui televisyen dan filem di mana kebanyakan
penayangan mengambil tempoh masa yang agak lama jika dibandingkan dengan
tahun-tahun sebelumnya. Menurut Mohd Amir dan Md Sidin, (2011) menyatakan
bahawa filem animasi telah berkembang daripada sebuah imej bergerak kepada
teknologi ‘cel animation’iaitu (kaedah tradisional lukisan tangan) kepada penggunaan
animasi 3D secara keseluruhan. Secara asasnya, kandungan animasi yang disiarkan di
television dan filem mempunyai tema dan stail tersendiri yang bermula dari cerita
fantasi mahupun kisah cerita rakyat. Semenjak kisah dua kanak-kanak lelaki dengan
gelagat tersendiri iaitu Upin dan Ipin, pada tahun, (2007), telah menjadi tular malah
memberi "nafas baru" kepada industri animasi negara.

Animasi ini telah menjadi sebahagian dalam setiap individu mahupun masyarakat. Ia
merupakan medium hiburan paling hampir dengan penonton khasnya kanak-kanak.
Stesen televisyen Malaysia kini giat berusaha menyiarkan pelbagai program animasi
yang menarik terutama yang membawa pelbagai mesej positif dan sesuai untuk
kanak-kanak.

 ANIMASI UPIN DAN IPIN

”Upin dan Ipin”memainkan peranan dalam memupuk kesepaduan masyarakat di


Malaysia.kita sedia maklm bahawa Animasi yang disukai dan menarik minat kanak-
kanak, ada juga golongan dewasa. Oleh itu ”Upin dan Ipin” secara tidak langsung
berperanan di jadikan satu medium bagi menyatu padukan masyarakat yang
berbilang kaum di Malaysia.

Watak-watak yang berbilang kaum.


Watak utama ialah Upin dan Ipin. Dalam program kartun ini, Upin dan Ipin
mempunyai kawan-kawan yang daripada pelbagai kaum. Mereka setiasa bermain
bersama-sama sambil hormat menghormati nilai dan budaya sesama mereka seperti
mengetahui tradisional kaum-kaum secara tidk langsung kanak-kanak yang menonton
dapat meniru gaya dalam watak Upin dan Ipin dan berkawan dengan pelbagai kaum
yang lain. Ibubapa atau ahli keluarga juga akan bersama anaknya menonton animasi
ini,secara tidak langsung menyerap nilai-nilai murni kesepaduan daripada animasi ini
kerana animasi ini telah menunjukkan konsep 1 Malaysia dan sentiasa berkawan
tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.

  USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN KESEPADUAN SOSIAL

Dalam masyarakat di Malaysia, mempunyai pelbagai kaum dan etnik seperti Melayu,
Cina, India, Iban dan Kadazandusun.Pihak kerajaan berusaha dalam mengeratkan lagi
perpaduan kaum agar tidak terjadinya peristiwa hitam pada 13 Mei yang melanda
negara Malaysia.
Usaha-usaha ini sepatutnya tidak hanya terhad pada penggunaan media massa yang
menggunakan medium animasi sebagai contohnya. Pihak sekolah juga turut patut
memikul tanggungjawab dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan
pelajar. Tindakan ini harus dilakukan oleh setiap guru di sekolah. Sebagai contoh,
para pendidik di sekolah boleh menerapkan nilai perpaduan kaum dalam diri pelajar
melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan dan Moral. Bukan
sekadar itu, pendidik juga boleh mempratikkan nilai perpaduan ini dalam kehidupan
seharian mereka. Hal ini demikian kerana murid akan mudah terpengaruh dengan
setiap perkara yang dilihatnya melalui tindakan guru. Tegasnya, semua guru haruslah
menunujukkan teladan yang baik kepada pelajar dan mereka harus menjauhi perkara
buruk bak kata peribahasa kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan.
Antara lain, berbagai-bagai pendekatan yang boleh diambil bagi mewujudkan
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Semua pihak perlu bantu-membantu
bagai aur dengan tebing agar nilai perpaduan dapat diterapkan dalam kalangan
generasi muda kini kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Sebagai
pemimpin masa hadapan,generasi muda seharusnya memiliki sikap perpaduan dalam
diri mereka. Hal ini demikian kerana pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.
Hal ini juga secara tidak langsung memudahkan kerajaan dalam mencapai visi kudsi
Gagasan 1 Malaysia pada masa hadapan.
Bincangkan impak mana-mana SATU watak dalam drama / filem animasi Upin
dan Ipin bagi membentuk kesepaduan sosial masyarakat. (Terhad kepada 2
halaman)

WATAK-WATAK DALAM ANIMASI ”UPIN DAN IPIN”

Upin dan Ipin, ialah sepasang adik-beradik kembar lelaki Melayu yang tinggal
bersama kakak dan opah mereka di sebuah rumah kampung yang terletak di Kampung
Durian Runtuh. Mereka berdua telah kehilangan kedua-dua ibu bapa sewaktu kecil
Sebagai panduan membezakan kembar yang berkepala botak ini, Upin ada sehelai
rambut berlilit pada kepalanya dan berbaju kuning yang tertulis huruf U padanya.
Manakala Ipin pula botak licin dan berbaju biru yang tertulis huruf I serta memakai
kain merah pada lehernya.

Ipin lebih riang berbanding kembarnya. Upin pula seorang yang memandang serius
peranannya sebagai abang kepada Ipin. Jika ada satu barang yang cenderung
mendapatkan ialah Upin karena Upin adalah abang kecuali jika diarahkan berkongi
oleh Opah. Upin juga lebih pandai bersuara dan menjadi dalang utama di sebalik
gelagat-gelagat nakal yang dilakukannya dan kawan-kawannya. Ipin cenderung untuk
mengulang satu-satu perkataan tiga kali dalam ayatnya, khususnya "Betul, betul,
betul" dan lebih gemar makan daripada Upin. Ipin menyukai Ayam Goreng. Ipin juga
lebih periang dan pandai dalam pembelajaran berbanding Upin. Pada Episod
"Kembara Ke Pulau Harta Karun" Upin memilih Kapal Baru dan Ipin lebih memilih
makanan (Ayam Rendang, Ayam Madu, Ayam Kuning, Ayam Goreng).

Namun watak-watak di dalam animasi ”Upin dan Ipin” tidak terhad pada hanya Upin
dan Ipin. Apa yang menariknya setiap watak ini menyampaikan teladan yang baik dan
bagus bagi setiap situasi yang mereka hadapi. Watak-watak ini juga sebenarnya
memberi impak yang besar dalam usaha menyatupadukan masyarakat yang berbilang
kaum di Malaysia. Watak-watak ini dikenali sebagai:
Jarjit adalah seorang kanak-kanak lelaki berketurunan India Punjabi. Jarjit walaupun
sebaya usianya dengan rakan-rakan sekelas yang lain tetapi mempunyai suaranya
garau seolah-olah dewasa. Jarjit juga dikenali kerana kepandaian berjenaka dan
berpantun, khususnya pantun dua baris yang bermula dengan "Dua tiga". Ketika
diperkenalkan dulu, Jarjit seolah-olah disisihkan ketika cuba menyertai permainan
orang lain, tetapi lama-kelamaan rakan-rakannya membiasakan diri dengan gelagat
Jarjit ketika bermain.

Watak ini memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat menggunakan


Bahasa Melayu sebagai medium perantaraan utama dalam kehidupan seharian. Lihat
sahaja bagaimana jarjit petah berpantun menggunakan Bahasa Melayu, ianya bukan
sahaja lucu malahan dapat memberi semangat kepada bangsa bukan Melayu untuk
mempelajari dana arif dalam berbahasa Melayu.
Jelaskan Jelaskan faktor-faktor yang berupaya membawa kepada keruntuhan
perpaduan sosial di Malaysia.

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan perpaduan ialah aspek


dalam pergaulan. Masyarakat di malaysia masa kini hanya bergaul sesama bangsa
mereka sahaja dan tidak suka bercampur dan mengenali bangsa-bangsa yang lain. Ini
menyukarkan dan menyebabkan sukar untuk saling memahami dan mengenali
perbezaan,sekaligus menghormati perbezaan mereka.

            Perbezaan agama dan budayajuga adalah salah satu faktor. Contohnya ialah
penganut agama hindu tidak memakan lembu kerana dianggap haiwan yang suci
manakalan penganut agama yang lain seperti  kristian dan islam memakan lembu. Hal
ini jika tidak difahami serta menghormati perbezaan dan menjelaskan perbezaaan
kefahaman ianya boleh menimbulkan pertengkaran. Tambahan lagi, umat islam
mempunyai hari raya korban dan lembu merupakan haiwan yang dijadikan
sembelihan untuk meraikan hari raya ini.Isu mengenai kaum yang memakan haiwan
tertentu seperti Khinzir. Penganut agama Islam tidak memakan khinzir kerana
dilarang dalam ajaran agama islam, manakala penganut kristian dan hindu pula
memakan babi dan tiada larangan dalam ajaran mereka dan mereka boleh memilih
makan atau tidak.

            Selain itu faktor perbezaan status ekonomi masyarakat juga menjadi punca
kepada keruntuhan perpaduan sosial. Perbezaan status ekonomi seperti Cina berada di
sektor perniagaan, india berada di ladang serta kaum melayu berada di pinggir bandar.
Masyarakat yang tidak tersusun status ekonomi, dan terjadinya seolah-olah
kemiskinan dan kemalasan dikaitkan seolah-olah menjadi identiti sesuatu bangsa.
Dalam karya Mitos Peribumi Malas, Syed Hussein Alatas membidas label yang
bersifat negatif tersebut yang ditujukan kepada bangsa melayu dengan terperinci.

            Surat khabar juga memainkan peranan dalam meruntuhkan perpaduan.


Contohnya berita yang sama dalam akhar dalam bahasa yang berbeza, menceritakan
sesuatu peristiwa itu tidak sama. Contohnya peristiwa A, beberapa akhbar memberi
ulasan yang berbeza yang bercanggah.  Sekiranya isu yang diterbitkan dalam akhbar
bersifat kaum, ianya boleh menimbulkan salah faham dan pertengkaran. Semangat
perkauman yang merasakan kaum mereka superior dan yang selainnya adalah inferior
juga boleh timbul dalam diri mereka.

            Akhirnya sikap pemuda pada masa kini. Mereka sudah tidak mengambil berat
soal dalam menjaga perpaduan dalam masyarakat. Bagi mereka yang penting adalah
hanyalah diri mereka sendiri. Mereka tidak mengutamakan dalam menjaga
keharmonian dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu punca daripada
ceteknya ilmu mereka berkenaan kepentingan dalam menjaga perpaduan kerana
mereka hidup dalam keadaan masyarakat yang agak stabil. Mereka kelihatan tidak
berminat untuk berkenal-kenalan serta cuba untuk memahami jiran tetangga yang
sama mahupun berlainan agama,bangsa dan budaya. Inilah antara penyumbang besar
kepada keruntuhan perpaduan sosial. Iaitu apabila setiap dari kita sebagai rakyat
sudah tidak cakna dalam memelihara perpaduan masyarakat kita.
Tugasan 2
Sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi yang mengambil kursus ini,
jelaskan iktibar-iktibar yang dapat anda pelajari menerusi Topik 10
Hubungan Etnik dalam Realiti Masyarakat Malaysia. (Terhad kepada 2
halaman sahaja)

Pendahuluan

Hubungan etnik adalah satu hubangan yang terapat dalam masyarakat dan
merupakan suatu fitrah yang menjadi keperluan bersama. Namun begitu sejauhmana
kukuh dan eratnya hubungan etnik itu. Hubungan etnik yang terdapat di Malaysia
contohnya perlu dikaji dalam bentuknya perpaduan dengan berpandukan pengalaman
sejarah, pelbagai dasar dijalankan oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan demi
mengeratkan ikatan hubungan etnik.

Hubungan Etnik dalam Realiti Masyarakat Malaysia.

Sebagai seorang mahasiswi dalam pelajari Hubungan Etnik ini saya dapat
iktibar bahawa dapat melihat kepentingan menjaga perpaduan dalam hubungan etnik
agar kita dapat hidup dalam keadaan harmoni. Saya juga dapat melihat banyak usaha
yang dibuat oleh pihak kerajaan iaitu menekankan penggunaan bahasa melayu sebagai
bahasa pengantar di semua sekolah agar dapat membantu komunikasi antara
masyarakat. Bahasa yang sama memudahkan kita berkomunikasi untuk saling
berkenalan dan memahami antara satu sama lain. Saya rasa dengan cara ini
perpaduan itu dapat dipupuk. Seterusnya ialah dengan memberikan hak sekolah
vernakular agar mereka melihat bangsa mereka tutur diiktiraf dan diberi ruang untuk
mendidik anak bangsa mereka dengan acuan mereka sendiri.
 Perpaduan dalam masyarakat malaysia adalah merupakan perkara yang perlu
dijaga bersama. Jika masyarakat tidak mengambil endah, usaha yang di buat berpuluh
tahun yang dilakukan oleh pelbagai pihak akan musnah begitu sahaja. Negara akan
mempunyai perpaduan yang lemah dan tidak mampu membangun dengan baik. Oleh
itu, saya rasa amatlah perlu masyarakat menitikberatkan dalam soal menjaga
perpaduan pelbagai etnik ini dengan melakukan pelbagai usaha dan kaedah agar
masyarakat lebih peka dengan perkara ini.

         Bagi saya sebagai rakyat malaysia, kita perlulah menerima dan berlapang dada
dan sentiasa ada sikap bertoleransi untuk hidup berjiran dengan mereka yang
mempunyai gaya hidup yang berbeza dengan kita. Jangan lah mempunyai sikap
berprasangka dengan mereka. Hanya dengan memahami dan mengenali mereka
melainkan kita bersosial dengan mereka. Tanamkan sikap menjalinkan hubungan
yang erat sesama komuniti dalam masyarakat agar kita dapat bersama-sama
membentuk perpaduan yang kukuh  memelihara keharmonian masyarakat.

You might also like