You are on page 1of 4

MESYUARAT

PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH PINTAR


SEKOLAH KEBANGSAAN KERU, 2016

Tarikh : 26 November 2015 (Jumaat)

Masa : 9.00pagi

Tempat : Bilik Gerakan SK Keru

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan YDP PIBG
3. Penerangan berkaitan cara pemilihan murid
4. Penetapan tarikh pendaftaran sesi 2016
5. Hal-hal lain.

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH PINTAR


SK KERU, 2016

Tarikh : 26 November 2015 (Jumaat)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK. Keru

Kehadiran :

1. Tn. Hj. Mohd Hanafi Bin Deris Guru Besar


2. En. Mohd Ali Bin Muin YDP PIBG
3. Pn. Norizan Binti Hashim GPK 1
4. Pn. Ruzita Binti Kamarudin GPK HEP
5. En. Noor Hisham Bin Md. Yusof GPK KOKU
6. Pn. Zariah Binti Yaacob Guru Prapintar
7. Pn. Roslinda Binti Sulaiman Guru Agama
8. Pn. Rosmalaily Binti Ramli PPM Prapintar

1. Ucapan Pengerusi (Tn. Hj. Mohd Hanafi Bin Deris)

1.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru penolong kanan ,guru-guru dan YDP
PIBG SK Keru kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat pemilihan murid
Prasekolah sesi 2016.
1.2 Beliau menyatakan setakat tarikh hari ini seramai 17 orang telah menghantar
borang permohonan untuk kemasukan sesi 2016 dimana 7 orang yang berumur 5
tahun dan 10 orang berumur 6 tahun.

Tindakan: Makluman

2. Ucapan YDP PIBG (En. Mohd Ali Bin Muin)

2.1 Beliau mengucapkan terima kasih atas undangan untuk sama-sama hadir dalam
mesyuarat pemilihan murid Prasekolah sesi 2016.
2.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak kerana sudi menerima anak-anak
sekitar kawasan Kampong Keru, Desa Permai untuk mendapatkan pendidikan awal
di sekolah ini.

Tindakan: Makluman

3. Penerangan Berkaitan Cara Pemilihan Murid Prasekolah.

3.1 Guru besar menyatakan sekolah menerima semua permohonan tidak kira berapa
jumlahnya sehingga tarikh pemilihan dibuat.
3.2 Jika permohonan melebihi 25 orang, sekolah akan melakukan pemilihan
berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
berdasarkan pendapatan berkapita setiap keluarga.
3.3 Atas persetujuan ahli mesyuarat, beliau memutuskan semua permohonan untuk
kemasukan sesi 2016 diterima memandangkan jumlah tidak melebihi 25 orang
manakala 9 permohonan lagi akan diterima berdasarkan siapa yang menghantar
dulu borang permohonan sebelum sesi persekolahan bermula.
3.4 Permohonan yang telah berjaya pihak sekolah akan menghantar surat kepada
penjaga.
3.5 Penjaga dikehendaki membuat pengesahan setuju terima bagi anak-anak mereka
sebelum 15 disember 2015 bagi memudahkan pengurusan dibuat.

Tindakan: Jawatankuasa Pemilihan Murid

4. Penetapan tarikh pendaftaran Prasekolah untuk sesi 2016

4.1 Ahli mesyuarat memutuskan pendaftaran untuk sesi 2016 akan diadakan pada
tarikh 01 Januari 2016 bersamaan hari Jumaat, 8.00 pagi.

Tindakan: Guru Prasekolah dan PPM

5. Hal-hal lain

5.1 Guru besar akan memberi taklimat mengenai perjalanan dan perkara yang
berkaitan Prasekolahkepada penjaga.
5.2 GPK HEM menyatakan sebaik-baiknya rancang aktiviti murid bersama penjaga
supaya hubungan sekolah dengan pihak komuniti menjadi erat.
5.3 Guru prasekolah menyatakan sekolah akan menempah baju seragam murid
sebanyak 2 pasang iaitu sepasang baju sekolah dan sepasang untuk Pejabat
Pelajaran Daerah Tampin(PPDT).
5.4 Ukuran saiz akan dibuat pada hari pendaftaran.
5.5 Kutipan wang berupa sumbangan bayaran ibu bapa bagi kelengkapan murid akan
dibincangkan dalam mesyuarat waris kali pertama untuk persetujuan.
5.6 Guru Prasekolah juga menyatakan pada hari pendaftaran tersebut sekolah akan
mengadakan mesyuarat waris kali pertama untuk melantik Ahli Jawatankuasa
Waris untuk sesi 2016.
5.7 YDP PIBG menyatakan ada peningkatan dari segi pencapaian murid dari tahun ke
tahun.
Tindakan: Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 minit tengahari.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh
Urusetia Prasekolah

You might also like