You are on page 1of 10

SPSK 07-03

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan


1 Mei 2012 Keluaran 01 | Pindaan


SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MAJU SEKSYEN 2


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH BIL 2 / TAHUN 2014

Tarikh : 01 April 2014

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Bilik Media, Sk Wangsa Maju Seksyen 2

Pengerusi : YM Raja Shareffa binti Raja Rahmat

Kehadiran(Bilangan) : 36 Orang

Nama Yang Hadir : Seperti dalam Lampiran SPSK 07-02

Nama Yang Tidak Hadir : Seperti dalam Lampiran SPSK 07-02

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada



1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan Ummul Kitab Al-fatihah.

1.2 Pn. Raja Shareffa mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada
semua guru yang hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum sekolah
kali kedua sesi 2014.

1.3 Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada Pn Norazila binti Ahmad
Wazir, guru PPKI baharu yang telah berpindah dari Sk Taman Segar. Pn
Pengerusi juga memaklumkan bahawa seorang guru JQAF baharu yang
berpindah dari SK Setapak Indah akan hadir dan melapor diri ke SK Wangsa
Maju 2.

1.4 Beliau berharap guru-guru dapat memberikan kerjasama kepada guru-guru
baharu dalam melaksanakan tugas di SK Wangsa Maju 2 demi melaksanakan
dan merealisasikan hasrat PPPM 2013 2025 iaitu meningkatkan tahap
prefesionalisme dalam diri guru.

1.5 Pn Pengerusi juga memaklumkan bahawa Minit Mesyuarat bagi setiap
mesyuarat tidak akan diagihkan, tetapi guru-guru diminta merujuk kepada
perisan VLE Frog bagi menggalakkan penggunaan perisian tersebut.


Makluman : Semua Guru



SPSK 07-03

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
1 Mei 2012 Keluaran 01 | Pindaan

2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

2.1. Pn Normadiyah mengesah minit mesyuarat yang lepas disahkan tanpa pindaan
dan disokong oleh Pn Rozzalita.



3. PERKARA BERBANGKIT


3.1 Perkara Para 10.1 Pn Guru Besar memaklumkan guru-guru yang akan
menghadiri kursus atau tidak menghadiri atas urusan peribadi perlu
melaksanakan Melindungi Masa Instruksional ( MMI ) dengan lebih efisien.

- En Muzafar Shah memaklumkan penggunaan buku MMI dalam kalangan
guru memberangsangkan dan mengucapkan ucapan tahniah kepada guru-
guru tersebut.

- Pn Guru Besar juga menyatakan tujuan MMI dijalankan supaya murid-murid
tidak ketinggalan apabila guru tidak hadir atas tugas rasmi seperti berkhusus
dan sebagainya. Beliau memaklumkan supaya mengenalpasti masa yang
sesuai untuk menjalankan MMI tersebut. Pn Pengerusi juga berharap guru-
guru dapat memberikan kerjasama yang baik supaya pelaksanaan Mmi
dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

3.2 Perkara Para 12.3 Pn Guru Besar memaklumkan tentang pelaksanaan Program
i-Think dapat dijalankan sepanjang tahun 2014. Beliau berharap Penyelaras i-
Think, Cik Muhardiana dapat merancang aktiviti yang sinonim dengan program
tersebut.

- Cik Muhardiana memaklumkan bahawa bagi bulan Mac April, peta
pemikiran yang akan dilaksanakan adalah Peta Pemikiran Buih Berganda
dan juga Peta Pemikiran Pokok.

- Penyelaras berharap guru-guru dapat memberikan kerjasama dengan
menghantar hasil kerja murid kepada beliau sepaya Sudut i-Think dapat
dipenuhkan dengan hasil kerja tersebut. Tambah beliau lagi, ini dapat
membantu meningkatkan motivasi murid untuk menggunakan dan
menghasilkan peta i-Think yang lebih menarik.

- Pn Raja Shareffa juga memaklumkan supaya hasil kerja murid dapat
ditampal di dalam kelas pada Sudut i-Think yang telah disediakan.


3.3 Para 12.7 Pn Guru Besar melantik Cik Nabila Fatin sebagai Setiausaha VLE
Frog bagi menggantikan Pn Abida binti Abidin yang akan berangkat ke Perancis
akhir bulan Februari atas urusan keluarga.

- Cik Nabila Fatin memaklumkan Pn Abida akan hadir ke sekolah untuk
menyerahkan bahan-bahan dan fail VLE Frog sebelum beliau berangkat ke
Perancis.

SPSK 07-03

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
1 Mei 2012 Keluaran 01 | Pindaan


- Cik Jaithoon juga memaklumkan dapatan semasa beliau berkhusus,
penggunaan VLE Frog amat disarankan kepada guru-guru dan dicadangkan
penggunaan VLE Frog sekurang-kurangnya sebulan sekali. Beliau juga
memaklumkan bahawa Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah
meminta bantuan En Ahmad Ridzuan untuk membimbing guru-guru dalam
pembinaan laman pembelajaran.

- Pn Anita memaklumkan Panitia Matematik akan menjalankan latihan
pembinaan laman pembelajaran menggunakan VLE Frog dengan bantuan
Cik Nabila Fatin dan juga En Ahmad Ridzuan.

- Pn Pengerusi berharap supaya pembinaan laman pembelajaran diwujudkan
bagi setiap guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lebih menarik dan berkesan.


3.4 Para 12.8 Pn Guru Besar memaklumkan tentang Buku Komunikasi yang akan
digunakan oleh semua murid SK Wangsa Maju 2.

- Cik Nabila Fatin memaklumkan pelaksanaan Buku Komunikasi dalam
kalangan murid perlu ditingkatkan kerana ada murid yang masih belum
membelinya.

- Cik Jaithoon memaklumkan bahawa stok Buku Komunikasi di Kedai Buku
Sekolah telah habis.

- Pn Rahyu dan Pn Normadiyah memaklumkan Buku Komunikasi digunakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran; murid mencatat kerja rumah
yang diberikan dan juga semasa program motivasi diadakan.

- Pn Pengerusi berharap guru-guru supaya memaklumkan kepada murid
tentang kepentingan penggunaan Buku Komunikasi iaitu mencatat perkara-
perkara yang penting seperti nombor telefon untuk dihubungi sewaktu
kecemasan dan maklumat sekolah yang perlu disampaikan kepada ibubapa.



3.5 Para 12.10 Pn Guru Besar memaklumkan guru kelas bertanggungjawab
sepenuhnya kepada Buku Rekod Kedatangan murid manakala guru
pendamping bertanggungjawab ke atas Buku Komunikasi murid dan
termasuklah memastikan maklumat murid pada buku tersebut lengkap.

- Pn Guru Besar menyerahkan tugas-tugas Hal Ehwal Murid kepada En
Muzafar Shah sementara menunggu kehadiran Guru Penolong Kanan HEM
yang baharu tiba menggantikan tempat Pn Jamaliah bini Harun yang telah
bersara.

- En Muzafar berharap guru-guru dapat memberikan kerjasama kepada beliau
dalam melaksanakan tugas-tugas hal ehwal murid.


SPSK 07-03

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
1 Mei 2012 Keluaran 01 | Pindaan

3.6 Para 12.11 Pn Rahyu mencadangkan supaya Buku Adab bagi Tahap Satu
dijalankan semula bagi menilai tahap kemenjadian murid.

- En Aswadi memaklumkan bahawa terdapat stok Buku Adap bagi Tahap 1 di
Kedai Buku Sekolah.

- Pn Guru Besar menyarankan kepada guru-guru kelas supaya mengingatkan
murid membeli buku tersebut untuk penggunaan bagi Ujian Formatif 1 yang
akan dijalankan penghujung bulan Mei.


Makluman: Semua Guru



4. TAKLIMAT GURU BESAR

4.1 Pn Guru Besar memaklumkan hasil dapatan beliau semasa menghadiri
perjumpaan dengan En Wan Yusoff Wan Ibrahim, Pegawai Unit Integriti pada
26 Mac 2014 mengenai Peranan Guru Besar dalam menangani isu salah laku
warga sekolah termasuk murid dan guru.

4.2 Beliau juga memaklumkan jenis-jenis kesalahan yang diperakukan oleh Akta
Kesalahan Jenayah termasuklah memalsukan Sijil Sakit. Pn Guru Besar juga
menyatakan antara contoh kes-kes salah tertib yang boleh disabitkan dengan
profession keguruan. Beliau berharap supaya guru-guru mengambil perkara ini
dengan serius dan berhati-hati supaya tidak disabitkan dengan kesalahan
jenayah.

4.3 Beliau juga mengingatkan tugas-tugas guru mata pelajaran supaya
melengkapkan dan menghantar Buku Rekod Pengajaran Harian pada setiap
hari Jumaat. Jika memerlukan buku tersebut dibawa balik ke rumah, guru-guru
perlu meminta kebenaran Ketua Jabatan.

4.4 Pn Guru Besar juga mengingatkan guru-guru menulis Rancangan Pengajaran
Harian dengan lengkap dan spesifik sekurang-kurangnya terdapat tiga aktiviti.
Pada bahagian impak pengajaran dan pembelajaran, bilangan murid yang
mencapai objektif pengajaran perlu dinyatakan.

4.5 Beliau juga memaklumkan supaya guru-guru kelas mengambil kehadiran murid
diawal pagi pada setiap hari, sebelum pukul 9.00 pagi bagi memudahkan Pn
Hermalini memasukkan data di laman web. Jika guru kelas tidak hadir, guru
pendamping mengambil alih tugas mengambil kedatangan pada hari tersebut.
Pn Guru Besar berharap kerjasama daripada guru-guru kelas dan guru
pendamping dapat membantu kehadiran murid dapat diambil dengan cepat.



Makluman: Semua Guru



SPSK 07-03

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
1 Mei 2012 Keluaran 01 | Pindaan

5. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )

5.1 Guru Besar memaklumkan kepada guru-guru yang bahawa Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) telah ditambahbaik baik oleh pihak KPM. Antaranya
adalah tiada lagi sistem secara online yang membebankan guru-guru untuk
mengisi data murid tatpi ditambahbaik dengan sistem offline . Guru-guru perlu
merekod tahap penguasaan murid di dalam fail sahaja dan boleh dilakukan pada
bila-bila masa.

5.2 Menurut beliau, guru-guru akan dipanggil oleh pihak jabatan untuk diberikan
penerangan dan pendedahan khas mengenai penambah baik sistem
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

5.3 Pn Raja Shareffa berharapkan guru-guru dapat melaksanakan PBS dengan
lebih efisein dengan adanya penambahbaikan oleh pihak kementerian demi
aspek kemenjadian murid Tahun Satu, Tahun Dua, Tahun Tiga dan juga Tahun
Empat dapat direalisasikan.

Tindakan: Semua Guru Tahap 1 dan Tahun 4


6. KSSR

6.1 Pn Guru Besar memaklumkan bahawa setiap panitia perlu memutuskan cara
pentaksiran dan juga skema pemarkahan pentaksiran dalam mesyuarat pantia
supaya wujudnya keselarasan dalam pentaksiran KSSR. Beliau juga berharap
guru-guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan penggunaan ICT, VLE Frog dan juga Peta Pemikiran i-
Think.

6.2 Pn Rahyu mencadangkan supaya PKSR untuk murid Tahap Satu diadakan pada
akhir tahun sahaja bagi semua matapelajaran KSSR dan dipersetujui oleh
semua guru.

6.3 En Muzafar pula memaklumkan bahawa bagi murid Tahap Dua, PKSR akan
dijalankan sebanyak dua kali iaitu PKSR 1 pada bulan Mei 2014 dan juga PKSR
2 pada bulan November 2014. Keputusan peperikasaan tersebut perlu diisi pada
laman SAPS pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.


Tindakan: Semua Guru tahap 1 dan Tahun 4


7. LINUS

7.1 En Aswadi memaklumkan Saringan LINUS 1 telah dijalankan pada 9 Mac
sehingga 18 April 2014 iaitu selama 17 hari. Manakala bagi Saringan Bertulis
akan diadakan pada 21 April sehingga 30 April. Pengisian data LINUS perlu
lengkap sehingga 14 Mei 2014. Beliau berharap guru-guru dapat menjalankan
saringan tersebut kepada semua murid Tahap 1.
SPSK 07-03

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
1 Mei 2012 Keluaran 01 | Pindaan

7.2 En Muzafar Shah memaklumkan pihak PPW Keramat akan membuat
pemantauan terhadap pelaksanaan Saringan LINUS dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas.

Makluman: Guru BM, MT, BI dan Guru Pemulihan


8. MBMMBI

8.1 Pn Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah
mencantikkan Sudut MBMMBI.

8.2 Beliau juga berharap supaya guru-guru melaksanakan aktiviti MBMMBI dan
segala aktiviti MBMMBI perlukan dokumentasi.

Tindakan: Semua Guru B.M dan B.I


9 PROTIM

9.1 Pn Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru-guru atas keputusan
PROTIM sekolah 100% lulus. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pn
Marlinda kerana telah menghantar laporan Analisis Peperiksaan Bulan Mac.

9.2 Pn Rozzalita memaklumkan Analisis Keputusan Ujian Bulan Mac, seramai 44
orang murid Tahun 6 telah menduduki ujian tersebut dan Gred Purata Sekolah
adalah 1.61. Menurut beliau lagi, setelah perbincangan dijalankan dengan guru-
guru Tahun 6, seramai 16 orang disasarkan dapat memperoleh keputusan
cemerlang 5A dalam UPSR 2014.

9.3 Pn Halimahabsah memaklumkan bahawa terdapat dua orang murid yang perlu
diberikan perhatian kerana keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan iaitu
Nurul Nabila dan juga Siti Aisyah daripada kelas 5 Cerdas.

9.4 Pn Guru Besar berharap guru-guru yang terlibat dapat memberi lebih perhatian
kepada murid-murid yang dimaklumkan oleh Puan Halimahabsah.

Tindakan: Guru BM dan Matematik Tahap 2

10 MMI

10.1 Pn Guru Besar memaklumkan guru-guru yang akan menghadiri kursus atau
tidak menghadiri atas urusan peribadi perlu melaksanakan Melindungi Masa
Instruksional ( MMI ) dengan efisien.

10.2 Beliau juga memaklumkan Buku MMI akan diteruskan seperti tahun 2013 dan
diseliakan oleh En Muzafar Shah, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum.
Pn Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah
melaksanakan MMI dan berharap semua guru dapat melaksanakanya demi
masa depan murid.

Makluman: Semua Guru
SPSK 07-03

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
1 Mei 2012 Keluaran 01 | Pindaan


11 TAKLIMAT GPK TADBIR DAN KURIKULUM

11.1 En Muzafar Shah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru
kerana dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat.

11.2 Beliau memaklumkan Ujian 1 akan diadakan kepada murid Tahun 5 dan juga
murid Tahun 6 pada bulan Mac. En Muzafar berharap supaya keputusan ujian
tersebut disimpan di dalam fail setiap panitia.

11.3 Beliau juga memberitahu laman sesawang SAPS boleh diakses masuk oleh
guru-guru dan juga ibubapa. Menurut En Muzafar Shah juga, ibubapa boleh
menyemak markah anak-anak mereka secara online.

Makluman: Semua Guru Tahun 5 dan Tahun 6


11.4 En Muzafar Shah menyatakan tarikh Saringan 1 LINUS iaitu bagi Saringan Lisan
akan dijalankan pada 5 Mac hingga 18 April 2014. Manakala bagi Saringan
Bertulis pula akan diadakan pada 21 April hingga 30 April 2014.

11.5 Beliau berharap guru-guru Tahap 1 dapat memberikan kerjasama dan
melaksanakan saringan tersebut mengikut modul yang telah dibekalkan secara
telus.

11.6 En Muzafar Shah juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru Tahap 1
terutamanya En Mohd Aswadi, Penyelaras LINUS kerana SK Wangsa Maju 2
mendapat penghargaan daripada PPW Keramat atas keputusan Saringan
LINUS 2013 yang memberangsangkan (peratus lulus LINUS adalah 100%).

Makluman: Semua Guru Tahap 1


11.7 En Muzafar Shah mengingatkan kepada guru-guru yang akan keluar berkhusus
atau menghadiri mesyuarat perlu membuat MMI. Beliau berharap guru-guru
dapat memberikan kerjasama yang baik dan melaksanakan MMI dengan baik.

11.8 Beliau juga memaklumkan guru-guru yang telah menghadiri khusus perlu
menghantar minit curai dan melaksanakan Kursus Dalaman kepada guru-guru
yang terlibat.


11.9 En Muzafar Shah mengucapkan tahniah kepada semua Ketua Panitia atas
pelaksanaan pencerapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
dengan baik. Beliau berharap guru-guru yang akan dicerap membuat persediaan
mengajar dengan baik seperti menggunakan aplikasi Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK), perisian VLE Frog dan Program i-Think.

Makluman: Semua Guru



SPSK 07-03

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
1 Mei 2012 Keluaran 01 | Pindaan


12 HAL-HAL LAIN

12.1 Pn Guru Besar memaklumkan guru-guru boleh menyemak senarai kursus-
kursus yang telah dihadiri di laman sesawang E-SPLG.

12.2 Beliau juga mengingatkan kepada Puan Liee Siew Fong dan juga Cik Nik Nur
Bazlin supaya menyemak dan memasukkan data kursus-kursus dalaman yang
telah diadakan sepanjang bulan Januari hingga Mac.


Tindakan: Puan Liew Siew Fong
Cik Nik Nur Bazlin


12.3 Cik Muhardiana menyatakan hasrat supaya guru-guru menghantar hasil kerja
murid untuk ditampal di Sudut i-Think. Beliau juga berharap pelaksanaan
Program i-Think dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Makluman : Semua guru


12.4 En Ahmad Ridzuan mengucapkan terima kasih kepada jasa baik pihak
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kerana menyumbang dana untuk
menampung kos baik pulih pendingin hawa di Makmal Komputer sekolah.

12.5 Puan Guru Besar mengingatkan supaya penggunaan pendingin hawa di
Makmal Komputer dapat digunakan dengan efisien dan berharap pembaziran
dapat dielakkan.

12.6 Pn Guru Besar mengucapkan tahniah kepada En Zainuri atas usaha beliau
menghubungi pihak Jabatan Kerja Raya untuk datang memperbaiki pendingin
hawa tersebut.

Makluman : Semua guru


12.7 Cik Jaithoon memaklumkan kepada guru-guru yang bertugas pada setiap
minggu terutamanya pada perhimpunan pagi setiap Isnin supaya membimbing
pengawas-pengawas yang bertugas mengelola majlis perhimpunan.

12.8 Beliau juga mencadangkan supaya seorang guru yang bertugas berdiri di
sebelah pengawas yang mempengerusikan majlis perhimpunan.

12.9 Puan Guru Besar menetapkan bahawa setiap guru bertugas yang akan
bercakap pada perhimpunan perlu berdiri berdekatan dengan pengawas bagi
membimbing pengawas supaya tidak berlakunya sebarang kesilapan. Beliau
berharap semua guru dapat memberikan kerjasama yang baik.

Makluman : Semua guru


SPSK 07-03

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
1 Mei 2012 Keluaran 01 | Pindaan

12.10 Cik Jaithoon memaklumkan mengenai Program Mentor-Mentee yang dijalankan
kepada murid Tahun 6. Beliau berharap guru-guru dapat menjalinkan hubungan
baik dengan mentee masing-masing.

12.11 Pn Normadiyah menetapkan buku pelaporan Program Mentor-Mentee perlu
dihantar pada hujung bulan 4 bagi tujuan semakan. Beliau mencadangkan guru-
guru berbincang dengan mentee masing-masing mengenai hari perjumpaan
tetap. Menurut beliau lagi, perjumpaan bersama mentee boleh diadakan
sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.

Makluman : Semua guru


12.12 En Hairy memaklumkan i-Think atau dikenali Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) akan dijalankan pada bulan Jun 2014. Beliau memaklumkan guru-guru
perlu bersedia dan menunjukkan Peta Pemikiran i-Think digunakan didalam
proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya didalam buku tulis.

12.13 Menurut beliau juga, teknik penyoalan guru-guru terhadap murid juga perlu
diubah kepada soalan jenis KBAT iaitu soalan yang memerlukan murid berfikir
dan menyatakan pendapat.

12.14 Pn Guru Besar megucapkan terima kasih diatas pengongsian En Hairy dan
berharap semua guru dapat menggunakan Peta Pemikiran i-Think di dalam
pengajaran dan pembelajaran jika sesuai.

Makluman: Semua Guru



13 UCAPAN PENANGGUHAN

13.1 Pn Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.

13.2 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah
memberi pendapat dan pandangan.

13.3 Mesyuarat disudahi dengan surah Wal- Asri.



Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.










SPSK 07-03

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
1 Mei 2012 Keluaran 01 | Pindaan

Disemak oleh, Disahkan oleh,



....................................... ...........................................................

(En Muzafar Shah bin Mustaffa) (YM Raja Shareffa binti Raja Rahmat)
Setiausaha JKS Guru Besar
Sk Wangsa Maju Seksyen 2 Sk Wangsa Maju Seksyen 2
Tarikh : 9 April 2014 Tarikh : 9 April 2014



Disediakan oleh,



.......................................
(Cik Nabila Fatin binti Mohd Marzuki)
Penolong Setiausaha JKS
Sk Wangsa Maju Seksyen 2
Tarikh : 9 April 2014

You might also like