You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KO SARANGAPANY

JALAN PAYA BESAR,09600 LUNAS KEDAH


TEL:04-4840220 KBD 5061
EMAIL: sjktjlnpayabesar.kbb@gmail.com

Tarikh : 4.4.2022
Semua Guru

Tuan/Puan,

SURAT PANGGILAN MESYUARAT KELAB DOKTOR MUDA YANG 1/ 2022

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat diatas akan diadakan seperti ketetapan


berikut:
Tarikh : 6hb April 2022 (RABU)
Masa : 2.00 petang hingga 3.00 petang
Tempat : Bilik Darjah 5 Puthumai
Pengerusi : Guru Besar, SJKT Ko Sarangapany
3. Agenda

3.1 Ucapan Aluan


3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat
3.3 Perkara Berbangkit
3.4 Pemilihan Jawatankuasa
3.5 Rancangan Tahunan
3.6 Jadual Pelaksanan Kokurikulum
3.7 Pertandingan
3.8 Buku PAJSK
3.9 Pakaian Seragam Murid
3.10 Buku Laporan Mingguan
3.11 Laporan Pertandingan
3.12 Minit Curai
3.13 Markah PAJSK
3.14 Hal-hal Lain

4. Sehubungan itu diminta pihak tuan dapat hadir ke mesyuarat di atas.

5. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas boleh diajukan terus kepada Puan
Guru Besar Pn.Navamany A/P Govindasamy- 016-4757673 dan Penolong Kanan
Kokurikulum Pn.Arulselvi-016-4611987

6. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI”

Saya yang menurut perintah,


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KO SARANGAPANY
JALAN PAYA BESAR,09600 LUNAS KEDAH
TEL:04-4840220 KBD 5061
EMAIL: sjktjlnpayabesar.kbb@gmail.com

MINIT MESYUARAT KELAB DOKTOR MUDA 1/2022

Tarikh : .6.04.2022
Hari : RABU
Masa : 2.00 petang - 3.00 petang
Tempat : Bilik Darjah 5 Puthumai
Kehadiran : 30/31

I. Ucapan Aluan

1. Pengerusi telah mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Kelab Doktor


Muda yang pertama bagi sesi 2022.
2. Beliau telah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Kelab Doktor Muda dan
berharap semua ahli yang terlibat memberi kerjasama dalam mencapai objektif
Kelab Doktor Muda.

II. Pengesahan Minit Mesyuarat

3. Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

Dicadangkan oleh: R.Elasine

Disokong oleh : A.Kisheen Kumar

III. Perkara Berbangkit

Tiada

IV. Pemilihan Jawatankuasa

4. Penasihat Kelab Doktor Muda membuat pemilihan Jawatankuasa.


5. Jawatankuasa Kelab Doktor Muda bagi Tahun 2022 adalah seperti berikut:

Penasihat : Pn.M.Kanaga
Pengerusi: Elashini
Naib Pengerusi: Darshanasri
Setiausaha: Adiran
Bendahari: Leelasri
Ahli Jawatankuasa 1.Theeban 2.Arishini
3.Kishan 4.Haneethya
5.Gelenia 6.Grissnasri

V. Rancangan Tahunan

6. Rancangan Tahunan Kelab Doktor Muda bagi Tahun 2022 adalah seperti berikut:

1.Pengenalan Doktor Muda/Mesyuarat AJK


2.Aktiviti Mencuci Tangan
3.Program Gosok Gigi
4.Penggunaan Tandas Sempurna
5.Bijak Menangani Stres
6.Mencegah Demam Denggi
7.Pertandingan Menghasilkan Video (Makan Secara Sihat)
8.Memilih Premis Makanan yang Bersih
9.Pertolongan Cemas
10.Rawatan ringan
11.Berat badan unggul
12.Jangan Merokok
13.Kenali Ubat
14.Amalan 5B
15.Pertandingan Membuat Buku Skrap

VI. Jadual Pelaksanaan Kokurikulum

7. Jadual Pelaksanaan Kokurikulum ditetapkan seperti berikut:

PERSATUAN/KELAB BADAN

( 2.00 ptg-3.00 ptg) BERUNIFORM PERMAINAN

(2.00 ptg-3.00 ptg) ( 3.00 ptg -4.00 ptg)

6.4.2022 13.4.2022 6.4.2022 13.4.2022

20.4.2022 27.4.2022 20.4.2022 27.4.2022

11.05.2022 18.05.2022 11.05.2022 18.05.2022

25.05.2022 01.06.2022 25.05.2022 01.06.2022

15.05.2022 22.06.2022 15.05.2022 22.06.2022

29.06.2022 20.07.2022 29.06.2022 20.07.2022

13.07.2022 03.08.2022 13.07.2022 03.08.2022

27.07.2022 17.08.2022 27.07.2022 17.08.2022


10.08.2022 14.09.2022 10.08.2022 14.09.2022

24.08.2022 28.09.2022 24.08.2022 28.09.2022

21.09.2022 12.10.2022 21.09.2022 12.10.2022

5.10.2022 9.11.2022 5.10.2022 9.11.2022

19.10.2022 23.11.2022 19.10.2022 23.11.2022

2.11.2022 4.1.2023 2.11.2022 4.1.2023

16.11.2022 11.1.2023 16.11.2022 11.1.2023

30.11.2022 18.1.2023 30.11.2022 18.1.2023

VII. Pertandingan

8. Penasihat Doktor Muda Mengatakan pertandingan KDM akan dijalankan bagi


mencungkil bakat murid .
9. Pertandingan diadakan sebanyak 4 kali bagi tahun 2022.
10. Pertandingan yang dirancangkan adalah Pertandingan Menghasilkan Video Makan
Secara Sihat, Pertandingan Menghasilkan Folio Info Kesihatan, Pertandingan Sudut
Kesihatan di Kelas dan Pertandingan Menanam Sayur-sayuran di Kawasan Sekolah.

VIII. Buku PAJSK

11. Beliau turut mengatakan murid perlu merekodkan tarikh dan tajuk aktiviti yang
dijalankan dalam buku PAJSK.
12. Murid juga perlu menghantar buku PAJSK kepada Penasihat Kelab Doktor Muda
pada setiap Khamis untuk mendapatkan tanda tangan.

IX. Pakaian Seragam Murid

13. Beliau mencadangkan akan membuat tempahan T-Shirt untuk ahli-ahli Kelab Doktor
Muda pada tahun ini.

X. Buku Laporan Mingguan

14. Laporan mingguan perlu direkodkan dalam buku Laporan Kelab Doktor Muda pada
setiap hari Rabu dan perlu dihantar kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk
ditanda tangani.

XI. Laporan Pertandingan

15. Laporan bagi setiap pertandingan perlu disediakan dengan lengkap.


16. Gambar yang berkaitan dengan aktiviti perlu disertakan bersama laporan untuk
pengesahan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

XII. Minit Curai

17. Minit Curai perlu disediakan bagi kursus , bengkel , taklimat yang dihadiri.
XIII. Markah PAJSK

18. Penyertaan ahli Kelab Doktor Muda dalam setiap Pertandingan akan diberi markah
PAJSK mengikut pencapaian.
19. Maklumat pencapaian ahli Kelab Doktor Muda dalam pertandingan akan diserahkan
kepada guru kelas untuk direkodkan sebagai markah PAJSK.

XIV Hal-hal Lain

20. Pn.Kanaga mengingatkan ahli-ahli supaya menghantar buku log Kelab Doktor Muda
untuk semakan guru pada setiap hari Ahad.

21. Guru Penasihat Kelab Doktor Muda berharap penglibatan dan pencapaian setiap ahli
Kelab Doktor Muda dapat meningkatkan lagi pencapaian kokurikulum Sekolah pada
tahun 2022.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

______________
(PN.M.KANAGA)
Guru Penasihat KDM

You might also like