You are on page 1of 1

TATACARA PENGURUSAN PERUNTUKAN KHAS PEROLEHAN

BAHARU/PENGGANTIAN DAN PEMBAIKAN ALATAN SUKAN DAN


KOKURIKULUM DI SEKOLAH MELALUI AKAUN TRANSIT KPM KE
AKAUN KWK SEKOLAH DARI BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM
DAN KESENIAN TAHUN 2023

1. Tujuan Pemberian Peruntukan Khas


i) Perolehan baharu/penggantian bagi perkakasan dan
kelengkapan yang melibatkan aktiviti sukan dan permainan,
kelab dan persatuan serta badan beruniform yang telah
uzur/tidak selamat digunakan; dan
ii) Pembaikan perkakasan dan kelengkapan yang melibatkan
aktiviti sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta
badan beruniform yang masih boleh digunakan.

2. Skop Perolehan dan Pembayaran


i) Perolehan baharu/penggantian perkakasan dan kelengkapan
yang melibatkan aktiviti sukan dan permainan, kelab dan
persatuan serta badan beruniform; dan
ii) Pembaikan perkakasan dan kelengkapan yang melibatkan
aktiviti sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta
badan beruniform.

3. Tatacara Perolehan dan Pembayaran


Sekolah perlu merujuk dan mematuhi Tatacara Pengurusan
Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah, Edisi 12 dari Bahagian
Akaun Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Tatacara Mengakaunkan Peruntukan


Peruntukan yang diterima sebagai Terimaan ke dalam Lajur;
[Pelbagai – Program Pembangunan Sukan]

5. Resit Terimaan disediakan atas nama;


“Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia”

6. Tempoh Perolehan dan Pembayaran


Bermula 1 Disember 2023 sehingga 28 Februari 2024
(Pembayaran perlu diselesaikan sebelum berakhirnya tempoh sesi
persekolahan 2023/2024).

You might also like