You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TENGAS,


09800 SERDANG,
KEDAH DARUL AMAN.
Telefon: 01159266552
Email : KBA1014@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKSTe: 100-13/1/4 ( )


Tarikh : 9 OKTOBER 2023

PENGETUA,
SMK SERDANG,
09800 SERDANG,
KEDAH.

Tuan,

JEMPUTAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6 RENDAH SEBAGAI PEMBANTU


PEGAWAI TEKNIKAL KARNIVAL TENGAS SANTAI SKSTe 2023.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Tengas


akan mengadakan Karnival Tengas Santai seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 05 November 2023


Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi hingga 2.00 petang ( 8.00 pagi Taklimat Pegawai )
Tempat : Perkarangan SK Sungai Tengas

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput 15 orang pelajar
Tingkatan Enam Rendah sekolah tuan untuk sama-sama membantu Jawatan kuasa Program
bertindak sebagai Pembantu Pegawai Teknikal .

4 Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahulukan dengan
ucapan jutaan terima kasih. Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh dikemukakan
kepada EN KU MOHD FARHAN BIN KU IBRAHIM ( PENYELARAS KARNIVAL TENGAS
SANTAI SKSTe ) di talian 013-5959116 .

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”KBB SMART 2021-2025”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

…………………………………
( MOHD TAHAR BIN JUSOH )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Tengas,
09800 Serdang, Kedah Darulaman.

You might also like