You are on page 1of 2

Teks Ucapan Guru Besar Di Majlis Tautan Budi & Sanjungan Kasih Di Manor Beach Resort,

Besut Terengganu.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang


dan salam  Negaraku Malaysia.

Terima kasih Pengerusi Majlis,

Yang Berhormat,
Encik Kennedy Bin Jaafar
YDP PIBG STAR

Yang Berusaha,
Pn Nik Marzani Bt Nik Yahya (orang yang diraikan)
Bersama Suami tercinta En Kamarudin Bin Jaafar
(Mantan Pengetua SMK Long Ghaffar)

Seterusnya barisan guru-guru penolong kanan:


En Zakaria Bin Mat Adanam
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

En Supian Bin Ab Ghani,


Guru Penolong  Kanan Hal Ehwal Murid,

En Saharudin Bin Osman ,


Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,

Barisan guru-guru dan staf STAR serta semua jemputan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan
keizinan-Nya, kita dapat berkumpul dalam majlis yang penuh bermakna pada petang ini bagi
meraikan guru-guru dan staf STAR bersama dalam Majlis Tautan Budi & Sanjungan Kasih
dan juga aktiviti tahunan bagi Kelab Mesra iaitu Jamuan Akhir Tahun. Majlis ini juga
diadakan bertujuan meraikan Pn Nik Marzani Nik Yahya yang akan bersara pada
1/1/2022,dan juga pertukaran guru KAFA STAR .

Terima kasih kepada semua yang dapat hadir pada petang ini. Saya difahamkan majlis ni
telah tertangguh disebabkan Covid dan juga negeri Kelantan masih lagi FASA 3,disebabkan
itulah pihak kelab cuba juga sedaya upaya untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang
ini walaupun terpaksa dilaksanakan di Manor Beach Resort..

Sehinggalah pada hari ini, baru dapat dijalankan. Walau bagaimanapun terima kasih sekali
lagi kepada yang diraikan kerana akhirnya dapat bersama-sama dengan kita dalam majlis
ringkas ini. Terima kasih kepada YDP PIBG kerana sentiasa menyokong apa sahaja program
yang dijalankan di STAR. Saya amat berharap kerjasama ini akan sentiasa berkekalan sampai
bila-bila.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga STAR yang telah
melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang sepanjang tahun 2021,pelbagai
kejayaan telah kita tempuh walaupun dalam kekangan masa.

Saya amat berharap semua warga STAR sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan dan
sanggup berubah bagi menjadikan kita penjawat awam yang berinovasi, berkualiti dan
berintegriti. Selamat bersara juga saya ucapkan kepada PN Nik Marzani NIk Yahya. Semoga
diberi kesihatan yang baik.

Tidak lupa juga kepada penyelaras Program, AJK Kelab Mesra yang telah menjalankan
persiapan bagi menjayakan majlis pada petang ini.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih, kepada AJK PIBG yang sempat hadir bersama-
sama kita pada petang ini.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like