You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ RAJA MELANA,

JALAN LINSUM, 71200 RANTAU,


NEGERI SEMBILAN.
No Tel: 06-6943601

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-

Semua Guru SKDRM


……………………………………….
………………………………………. 14 Mac 2023

Tuan / Puan,

NOTIS PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KALI 1/2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu tuan/puan dikehendaki hadir ke mesyuarat tersebut pada ketetapan


berikut:

Tarikh : 15 Mac 2023


Hari : Rabu
Masa : 2:00 pm
Tempat : Bilik RBT

3. Agenda mesyuarat:

3.1 Ucapan Pengerusi


3.2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas
3.3 Perkara berbangkit
3.4 Perkara yang dibincangkan
3.5 Hal-hal lain
3.6 Penutup

4. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Saya yang menurut perintah,

………………………....................

Noor Ismail bin Kamarudin


Ketua Panitia RBT
Sk Dato’ Raja Melana
MINIT MESYUARAT PANITIA RBT KALI PERTAMA 2022

Tarikh : 15 Mac 2023


Masa : 2:00 pm
Tempat : Bilik RBT
Kehadiran : 4 orang

 En Mohd Fahmi Bin Shamsudin (Tahun 6U)


 Cik Aisah Bt Abdul Karim (Tahun 5)
 En Noor Ismail Bin Kamarudin (Tahun 6Z)
 Pn. Faizah bt Shahromshah (Tahun 4)

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua rakan guru ke mesyuarat kali pertama
untuk tahun 2023 ini secara bersemuka.
1.2 Pengerusi juga berkongsi hala tuju sekolah yang akan menjadi pegangan bagi semua
guru iaitu :
i. Meningkatkan keupayaan guru dalam PdPC
ii. Membudayakan PAK 21
iii. Meningkatkan kemahiran 4M
iv. Mengoptimumkan keupayaan dan kemenjadian guru pada tahap yang lebih
cemerlang.
v. Menerapkan STEM dalam PdPC

2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Semua guru menyokong sebulat suara

3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

4. PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Pengurusan Panitia


4.1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah diatas pemilihan untuk jawatankuasa
panitia bagi tahun 2023.
4.1.2 Bagi Tahun 2023, hanya satu fail putih sahaja akan digunakan untuk
tujuan pengurusan panitia. Setiap fail panitia harus dilengkapkan dengan
senarai semak. Selepas setiap panitia mengadakan mesyuarat panitia
masing-masing, fail tersebut hendaklah dilengkapkan dan dihantar
kepada PK Kurikulum untuk semakan.
4.1.3 Bahan-bahan dalam fail panitia tersebut perlulah dikekalkan selama 3
tahun daripada tahun semasa.
4.1.4 Mesyuarat bagi setiap panitia hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya
4x setahun (maksima) atau 3x setahun untuk bilangan mesyuarat yang
minima.
.
Tindakan: Makluman

4.2 Pengacaraan dan Pemudahcaraan (PdPC)

4.2.1 Semua bahagian di dalam dokumen buku persediaan mengajar perlulah


diisi dengan lengkap sebelum minggu ketiga bulan April.
4.2.2 Perancangan PdPC mestilah berdasarkan kepada dasar KPM dan juga
hala tuju sekolah iaitu untuk membudayakan PAK 21. Teknik dan
kaedah pengajaran yang bercirikan PAK21 mestilah dimasukkan
didalam rancangan pengajaran harian guru-guru.
4.2.3 Semua guru haruslah menggunakan Dokumen Kurikulum Penjajaran
yang baru dan disimpan didalam buku rekod pengajaran.

Tindakan: Semua guru

4.3 Pentaksiran Sekolah ( PBD)

4.3.1 Penyelaras PBD akan menyedaikan satu tapak yang standard untuk
kegunaan semua kelas bagi menyeragamkan tapak borang pentaksiran.
4.3.2 Setiap guru haruslah mempunyai borang perekodan perkembangan
murid. Borang ini perlulah diisi dan diletakkan di dalam buku rekod
pengajaran harian masing-masing.
4.3.3 Pencapaian tertinggi boleh diberikan kepada murid ialah Band 6 dan
pencapaian terendah yang diberikan kepada murid-murid adalah Band 3.
4.3.4 Guru-guru boleh memberikan Band 6 iaitu pencapaian yang tertinggi
kepada murid-murid sekiranya difikirkan layak. Pemberian Band 6 ini
juga perlulah berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan.
4.3.5 Dilaksanakan setiap masa dalam waktu PdPr atau pun PdPc

Tindakan :Makluman

4.4 Kewangan Bantuan Geran Perkapita (PCG)

4.4.1 Buat masa sekarang, peruntukan untuk PCG ini belum dikeluarkan dan
diterima tetapi sebarang perancangan pembelian haruslah direkodkan
dalam minit mesyuarat pertama untuk semua panitia .
4.4.2 Ketua panitia dan ahli perlu berbincang barang yang perlu dibeli
mengikut keperluan panitia.
4.4.3 Langkah-langkah yang betul dalam urusan pembelian barang keperluan
panitia iaitu :
4.4.3.1 Berjumpa dan berbincang dengan Pembantu Tadbir untuk
mengetaui kedudukan kewangan panitia masing-masing.
4.4.3.2 Berbincang dalam mesyuarat panitia masing-masing.
4.4.3.3 Mengisi Nota Minta.
4.4.3.4 Berbincang Bersama Penolong Kanan Kurikulum tentang
keperluan pembelian barang-barang untuk panitia.
4.4.3.5 Penolong Kanan Kurikulum akan berbincang Bersama Guru
Besar untuk kelulusan pembelian barang-barang tersebut.

4.4.4 Pembelian akan dilakukan sebanyak 2 kali setahun.

Tindakan :Makluman

4.6 Pembudayaan PLC

4.6.1 Pengerusi berharap agar PLC dibudayakan didalam semua panitia sekali
sebulan.
4.6.2 Strategi yang digunakan didalam PLC berkonsepkan kolaboratif dalam
mengajar dan menghasilkan murid yang berkolaboratif dalam melakukan
aktiviti.
4.6.3 Antara aktiviti PLC seperti :
i. Learning Walks
ii. Lesson Study
iii. Peer Coaching
iv. Teacher Sharing Session
v. Video Critiques

4.5 Menerapkan STEM dalam PDPc


4.5.1 STEM adalah satu kaedah terus dalam menggabungjalinkan
matapelajaran yang merentasi kurikulum.
4.5.2 Setiap ahli panitia hendaklah memahami dan menerapkan ciri-cirinya
iaitu kemahiran berfikir, menaakul, kerja kumpulan, penyiasatan dan
kreativiti.

Tindakan :Makluman

4.6 Program Panatia


4.7.1 Minggu panatia
Projek rekacipta
Tahun 4 – Model kereta
Tahun 5 – Kipas solar
Tahun 6 – Model kereta
Tindakan :Makluman
5.0 Hal-hal lain
5.1 Tiada hal-hal lain.

Tindakan :Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:30 petang

Disediakan Oleh: Disemak oleh:


NOOR ISMAIL B. KAMARUDIN HAIRUL AMIR BIN MOHD IBRAHIM
KETUA PANITIA RBT Penolong Kanan Kurikulum
SK Dato Raja Melana SK Dato Raja Melana

You might also like