You are on page 1of 40

dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Tahun
Buku Aktiviti Murid
3

Kementerian Pengangkutan Malaysia


dan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kuala Lumpur
2018
KEMENTERIAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
PENDIDIKAN
MALAYSIA
Penghargaan
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
MALAYSIA

No. Siri Buku: 0161 Penghasilan buku aktiviti ini melibatkan usaha
KK 363-221-0302011-5565-26-20101 sama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia
ISBN 978-967-5565-26-7 KEMENTERIAN KEMENTERIAN
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cetakan Pertama 2018 PENDIDIKAN PENDIDIKAN
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia selaku
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2018MALAYSIA
MALAYSIA pemilik Projek Semakan dan Pembangunan Semula
Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula,
semua pihak yang telah berusaha dan bekerjasama
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,
untuk menyempurnakan penghasilan buku ini.
ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih
cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, ditujukan kepada semua yang berikut:
penggambaran semula mahupun dengan cara
perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu Kementerian Pengangkutan Malaysia
daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan • Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Malaysia (MIROS)
• Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
Penerbit Bersama:
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W,
Persiaran Perdana, Presint 4,
• Bahagian Pembangunan Kurikulum
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
• Bahagian Buku Teks
No. Telefon: 03-83238000
• Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
No. Faksimile: 03-88888806
• Lembaga Peperiksaan
Laman Web: http://www.jkjr.gov.my
• Jabatan Pendidikan Negeri
Laman Web PKJR: www.pkjr.gov.my
• Pejabat Pendidikan Daerah
• Institut Pendidikan Guru Malaysia
• Universiti Putra Malaysia
• Universiti Kebangsaan Malaysia
• Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka, • Universiti Pendidikan Sultan Idris
Jalan Dewan Bahasa, • Universiti Malaya
50460 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) Kementerian Dalam Negeri
No. Faksimile: 03-21479643
Laman Web: http://www.dbp.gov.my Polis Diraja Malaysia

Reka Letak dan Atur Huruf:


CLEAVE AMITY
Zieconcept Enterprise
Dewan Bahasa dan Pustaka

Muka Taip Teks: Azim


Saiz Muka Taip Teks: 14 poin

Dicetak oleh:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad,
Jalan Chan Sow Lin,
50554 Kuala Lumpur.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Keselamatan Jalan Raya


Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan sepanjang
hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggungjawab
dan mempunyai kesedaran untuk menghargai nyawa, kesihatan, dan
harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin
perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan generasi pengguna
jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang
keselamatan jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini
dapat menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

iii
iv
AKTIVITI
KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT

1 Mengenal Pasti Kenderaan 1

2 Berhati-hati di Jalan Raya 2

3 Tindakan yang Selamat 4

4 Had Laju Kenderaan 6

5 Perabot Jalan Raya 7

6 Prasarana Jalan Raya 8

7 Fungsi Lampu Isyarat 9

8 Fungsi Tanda Isyarat Lalu Lintas 10

9 Arah Lalu Lintas 11

10 Isyarat Keselamatan Pejalan Kaki 12

11 Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya 13

12 Perbezaan antara Peraturan dengan 14


Undang-undang Jalan Raya

13 Melintas dengan Orang Dewasa 15

v
AKTIVITI TAJUK MUKA SURAT

14 Pencahayaan dan Kebolehlihatan 16


KANDUNGAN

15 Tempat Melintas yang Selamat 17

16 Melintas dengan Selamatnya 18

17 Berjalan Secara Selamat 19

18 Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya 20

19 Fungsi Topi Keledar Basikal 21

20 Cara Pemakaian Topi Keledar Basikal 22

21 Tempat Duduk Selamat 23

22 Alat Penahan 24

23 Tali Pinggang Keledar 26

24 Pemilihan Topi Keledar yang Sesuai 27

25 Ciri-ciri Topi Keledar yang Selamat 28

Glosari Keselamatan Jalan Raya 29

vi
Aktiviti 1

Baca teks laporan trafik di bawah mengikut laras bahasa berita. Kemudian,
kenal pasti dan garisi jenis kenderaan yang terdapat dalam petikan.

Sekarang, tibalah masanya untuk mendengar info trafik


daripada Radio Waspada FM.
Di Butterworth, Pulau Pinang, keadaan trafik dilaporkan
hampir tidak bergerak dari Kampung Teluk ke arah
Lebuhraya PLUS disebabkan satu kemalangan yang
melibatkan sebuah motosikal dan kereta. Kami menerima
laporan, kereta terbabit dipandu laju lalu terbabas ke lorong
bertentangan.
Di Jambatan Pulau Pinang pula, trafik bergerak perlahan
dari plaza tol ke arah Bandaraya Georgetown. Sebuah
lori yang rosak dan tersadai di bahu jalan memburukkan
keadaan trafik di situ lagi.
Di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor, trafik dilaporkan
sesak di kedua-dua arah di antara Pasir Gudang dengan
Perling. Sementara itu, di Tambak Johor, trafik di semua
lorong menuju ke Singapura hampir tidak bergerak ekoran
banyaknya bas persiaran yang membawa pelancong dan
kenderaan persendirian bersempena dengan cuti sekolah.
Sekian sahaja laporan trafik daripada Radio Waspada FM.
Pandulah dengan cermatnya, semoga anda selamat tiba
di destinasi.

PKJR HP : 1.1.3
HP PKJR: 1.1.1 1
Aktiviti 2

A Lengkapkan petikan di bawah dengan perkataan yang diberikan.

menjauhi membelok berhenti


berundur melintas persimpangan

Setiap pagi, Adam dan Jarjit berjalan kaki ke sekolah. Apabila tiba di
_______________ jalan, mereka nampak sebuah kereta bergerak laju.
Mereka pun _____________ di bebendul jalan tersebut.

Tiba-tiba, mereka melihat kereta itu memberikan isyarat untuk


_____________ ke kiri. Mereka segera _____________ dari bebendul
jalan tersebut.

Setelah kereta itu _____________ kawasan tersebut, mereka melihat


ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula. Apabila keadaan selamat,
mereka pun _____________ dengan waspadanya.

2 HP PKJR: 1.1.3
B Tulis tindakan kamu berdasarkan situasi yang diberikan.

menjauhkan diri segera


dari kenderaan

HP PKJR: 1.1.3 3
30
km/j

Aktiviti 3

Pada hari Jumaat yang lalu, Aliya pergi ke sekolah menaiki kereta yang dipandu
oleh ibunya. Suasana pada hari itu sangat sibuk kerana terdapat banyak orang
yang memandu kenderaan ke masjid. Masjid itu terletak berhampiran dengan
sekolah Aliya.

Ibu Aliya memandu kereta dengan cermatnya kerana banyak pemandu


meletakkan kenderaan di bahu jalan. Selain itu, banyak pemandu yang
memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan untuk menghantar dan
mengambil anak.

Ibu Aliya meletakkan kereta tidak jauh dari pintu pagar sekolah. Aliya
memegang tangan ibu dengan eratnya ketika melintas jalan raya. Setelah
menghantar Aliya, ibunya mengundurkan kereta secara perlahan lalu
memberikan isyarat sebelum membelok ke kanan.

SEKOLAH

4 HP PKJR: 1.1.3
km/j

1. Siapakah yang memandu kenderaan dengan cermatnya?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

2. Di manakah ibu Aliya meletakkan kenderaannya?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

3. Mengapakah keadaan lalu lintas sesak pada hari itu?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

4. Senaraikan empat kata adjektif yang terdapat dalam petikan.

i. _________________________________

ii. _________________________________

iii. _________________________________

iv. _________________________________

5. Pada pendapat kamu, bagaimanakah kita dapat mengelakkan kemalangan


di jalan raya?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

HP PKJR: 1.1.3 5
BBM

Aktiviti 4

Dengar perbualan dengan telitinya. Kemudian, berikan respons.

6 HP PKJR: 2.1.3
BBM

Aktiviti 5

Tonton klip video. Kemudian, baca petikan di bawah dan kenal pasti perabot jalan
raya yang terdapat dalam petikan.

Pada hari Sabtu yang lalu, ayah Ramli membawa Ramli


dan rakan-rakannya ke perpustakaan. Mereka hendak
mencari bahan yang sesuai untuk buku skrap Bahasa
Melayu.

Batas kebun
Dalam perjalanan, mereka melihat batas kebun
yang memisahkan dua arah jalan. Batas kebun
ditanam dengan tumbuh-tumbuhan renek. Pasu bunga
turut kelihatan di sepanjang jalan sebagai perhiasan
persekitaran. Ada juga rel adang yang dipasang untuk
mengelakkan pemandu daripada terbabas di jalan raya.
Rel adang

Ramli teringat akan pesanan Cikgu Mariam agar


sentiasa menjaga keselamatan di jalan raya. Apabila tiba
di lintasan pejalan kaki berisyarat, mereka pun melintas
secara selamat dan menuju ke perpustakaan.

Pasu bunga
Semasa hendak pulang, lampu jalan kelihatan
bernyala kerana hari semakin gelap. Jalan yang dilalui
oleh mereka terang disinari oleh cahaya lampu jalan.
Mereka dapat pulang dengan selamatnya.

Lampu jalan

HP PKJR: 2.2.3 7
Aktiviti 6

Garisi perkataan yang mengandungi kesalahan imbuhan dan tulis jawapan dalam
ruangan yang disediakan.

Perabot jalan Kegunaan Impak

Pembantu untuk Pejalan kaki dapat


meningkatkan kebolehlihatan memlihat pada waktu
dan keselamatan pengguna malam dan waktu
jalan raya. hujan.
Jawapan: Jawapan:

Lampu jalan
Befungsi untuk Pejalan kaki tidak
menghindari pejalan melanggar oleh
kaki dilanggar oleh kenderaan.
kenderaan. Jawapan:
Jawapan:

Pagar
Membolehi pejalan kaki Pejalan kaki dapat
berhenti dengan selamatnya, berhenti dan menlintas
lazimnya di kawasan dengan selamatnya.
jalan raya yang lebar atau Jawapan:
tiada lampu isyarat.
Jawapan:

Pulau pelindung

8 HP PKJR: 2.2.4
30
km/j

Aktiviti 7

A Tandakan ( ) pada lampu isyarat yang betul susunan warnanya.

Bincangkan fungsi lampu isyarat. Kemudian, tulis fungsi lampu isyarat dalam
B
ruangan yang disediakan.
Kenderaan – berhenti

Kenderaan – sedia – berhenti

Kenderaan – bergerak

Kemalangan akibat melanggar lampu merah biasanya

?
mempunyai kesan lebih serius kerana kemalangan ini melibatkan
sekurang-kurangnya sebuah kenderaan yang bergerak laju.
Kemalangan seperti ini biasanya
melibatkan kemalangan sampingan lain
TAHUKAH yang boleh menyebabkan kecederaan
serius, atau membawa kematian.
KAMU (Sumber: https://www.miros.gov.my)

HP PKJR: 2.3.2 9
km/j

BBM

Aktiviti 8

Baca pernyataan di bawah. Kemudian, berdasarkan tanda isyarat lalu lintas,


tandakan ( ) pada pernyataan yang betul dan ( ) pada pernyataan yang
salah.

Pejalan kaki boleh meneruskan perjalanan


di kawasan ini tanpa berhenti.

Kanak-kanak boleh melintas di kawasan


ini dengan lebih selamat.

Tidak boleh menunggu di kawasan ini.

Penunggang motosikal boleh menggunakan


laluan ini.

10 HP PKJR: 2.3.3
Aktiviti 9

Lihat peta di bawah dengan telitinya. Rani dan Mei Ling bersama-sama dengan
ibu masing-masing ingin ke rumah Adam. Mereka hendak menghadiri majlis
perkahwinan kakak Adam. Mereka berjalan kaki ke rumah Adam. Ceritakan laluan
yang akan dilalui oleh mereka dari destinasi masing-masing.

Rani Lampu Lintasan Lampu isyarat


isyarat pejalan kaki Jejantas pejalan kaki

Jalan Dahlia
Jalan Mawar

Jalan Sena
Anggerik
Jalan

Jalan Kemboja

Jalan Kenanga

Rumah
Adam
Mei Ling

HP PKJR: 2.4.1 11
Isyarat Keselamatan Pejalan Kaki

Aktiviti 10

Baca petikan dan garisi perkataan yang mempunyai imbuhan awalan


dan akhiran.

Pejalan kaki berisiko tinggi terlibat dengan kemalangan jalan raya. Oleh itu,
terdapat beberapa tempat melintas yang selamat untuk pejalan kaki.

Lintasan pejalan kaki yang dikawal oleh peronda lintasan sekolah


membolehkan kanak-kanak melintas dengan selamatnya. Lintasan pejalan
kaki pula dikhaskan untuk pejalan kaki. Sebelum melintas, pejalan kaki perlu
memandang ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula. Apabila sudah pasti
semua kenderaan berhenti, barulah pejalan kaki melintas.

Lintasan pejalan kaki berisyarat juga merupakan tempat yang selamat


untuk pejalan kaki melintas. Pejalan kaki bolehlah melintas apabila imej
orang hijau pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala dan semua kenderaan
berhenti.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tempat yang tidak selamat


untuk pejalan kaki melintas seperti di bulatan dan di selekoh. Di kawasan
ini, kenderaan yang bergerak dari pelbagai arah, menyukarkan pejalan kaki
untuk melintas. Selain itu, jalan yang lebar juga tidak selamat untuk melintas
kerana pejalan kaki tidak dapat melintas dalam masa yang singkat.

12 HP PKJR: 2.4.2
Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya

Aktiviti 11

Lihat gambar di bawah dengan telitinya. Kemudian, bincangkan.


Peraturan Undang-undang

Berjalan menghadap arah lalu lintas. Gunakan jejantas untuk melintas.

Tangan dipimpin oleh orang dewasa Pakai tali pinggang keledar.


ketika melintas.

Beratur semasa menaiki bas. Pakai topi keledar.

Peraturan jalan raya Undang-undang jalan raya


Amalan keselamatan yang meningkatkan Akta atau peraturan yang mewajibkan suatu
kesedaran pengguna jalan raya semasa perlakuan di jalan raya yang telah diputuskan
menggunakan jalan raya ataupun berada oleh parlimen. Melanggar undang-undang
di jalan raya. jalan raya boleh dikenakan saman.

HP PKJR: 3.1.3 13
Perbezaan antara Peraturan dengan 30
Undang-undang Jalan Raya km/j

Aktiviti 12

Baca petikan di bawah. Kemudian, kenal pasti perbezaan antara peraturan dengan
undang-undang jalan raya.

Jutim dan ibunya hendak ke kedai buku dengan menaiki kereta. Mereka
memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan.
Selepas meletakkan kereta di kawasan parkir, mereka berjalan ke kedai
buku yang terletak di seberang jalan. Jutim dan ibunya berjalan menghadap
arah lalu lintas. Mereka menghampiri jalan yang terdapat lintasan pejalan
kaki berisyarat.
Mereka berhenti lalu menekan butang lampu isyarat pejalan kaki.
Apabila imej orang hijau pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala, Jutim
memegang tangan ibunya. Mereka pun melintas dengan selamatnya.

Peraturan
i.

ii.

Undang-undang

i.

ii.

14 HP PKJR: 3.1.3
km/j

Aktiviti 13

Susun frasa dengan betulnya dan tulis ayat yang lengkap.

jalan raya melintas orang dewasa dengan bantuan Kanak-kanak

melintas jalan Kanak-kanak semasa oleh perlu dipimpin orang dewasa

perlu dengan Kanak-kanak berjalan seiring orang dewasa

meminta bantuan ketika melintas perlu

Kanak-kanak orang dewasa di lintasan pejalan kaki berisyarat

HP PKJR: 4.1.1 15
Pencahayaan dan Kebolehlihatan

Aktiviti 14

Berdasarkan frasa yang diberikan, jelaskan kesan cuaca panas dan hujan kepada
pejalan kaki.

pelihatan pelihatan
pejalan kaki pejalan kaki
jelas terhad

terang gelap

dapat kemungkinan
berjalan secara berlakunya
selamat kemalangan

Ketika cuaca panas, __________________________________________________ .

16 HP PKJR: 4.3.1
Tempat Melintas yang Selamat

Aktiviti 15

A Pilih dan tulis tempat melintas yang selamat.

jejantas lintasan pejalan kaki berisyarat lintasan pejalan kaki

B Tulis tiga ayat lengkap berdasarkan gambar di atas.

HP PKJR: 4.4.1 17
Melintas dengan Selamatnya
km/j

Aktiviti 16

Teliti gambar di bawah. Kemudian, tulis ayat yang lengkap.

xyz 5
xyz 6

selekoh – pemandu – tidak dapat melihat – pejalan kaki

jalan lebar – banyak lorong – kenderaan yang banyak dan laju

18 HP PKJR: 4.4.1
30
km/j

BBM

Aktiviti 17

Tonton klip video dan berikan pendapat kamu. Kemudian, lengkapkan jadual
di bawah.

Di manakah pejalan kaki boleh


melintas secara selamat?
Arah manakah yang selamat
untuk berjalan?

Siapakah pengguna lain yang


berkongsi laluan pejalan kaki
di jalan raya?

HP PKJR: 4.4.2 19
km/j

Aktiviti 18

Pilih dan tulis semula perlakuan pengguna jalan raya yang betul berdasarkan
situasi di bawah.

• melintas apabila imej orang hijau pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala
• melintas dengan menggunakan jejantas
• melintas apabila imej orang merah pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala
• melintas dengan bantuan orang dewasa
• melintas ketika kenderaan bergerak

Situasi Perlakuan yang betul

20 HP PKJR: 4.4.2
BBM

Aktiviti 19

x
Hantar Batal Simpanan sebagai Draf

Kepada: kelabpkjr@sktamanpermata.com

Daripada: rani@gmail.com

Perkara: Esei: Topi Keledar Basikal

Azim B I U A 1
2
3

Topi keledar merupakan alat keselamatan yang penting kepada


penunggang basikal. Alat ini bertujuan untuk melindungi kepala
sekiranya berlaku kemalangan. Selain itu, topi keledar dapat
mengurangkan kecederaan bahagian kepala sekiranya berlaku
hentakan.

Penunggang hendaklah menggunakan topi keledar yang


bersesuaian dengan saiz kepala. Tali topi keledar hendaklah
dilaraskan mengikut keselesaan penunggang agar dapat melindungi
bahagian kepala sekiranya berlaku kemalangan.

Oleh itu, sebagai langkah keselamatan, kita hendaklah memakai


topi keledar sebelum menunggang basikal.

HP PKJR: 5.1.3 21
Aktiviti 20

Teliti dan bincangkan cara pemakaian topi keledar yang betul berdasarkan
dialog di bawah.

Eh, itu Amran!


Laju sungguh dia
menunggang basikal.

Dia tidak memakai


topi keledar dengan
betulnya.

Kita hendaklah
memakai topi
keledar dengan cara
yang betul untuk
mengelakkan
risiko kecederaan.

Amran, pakailah topi keledar


dengan cara yang betul. Terima kasih
Jangan lupa kancing dan Adam kerana
kemaskan tali topi keledar. mengingatkan
saya. Saya
berjanji akan
memakai topi
keledar dengan
cara yang betul
selepas ini.

22 HP PKJR: 5.1.3
BBM

Aktiviti 21

A Dengar rakaman audio dengan telitinya. Kemudian, bincangkan.

Tandakan ( ) pada tempat duduk yang selamat dan ( ) pada


B
tempat duduk yang tidak selamat.

Duduk di atas pelaras tempat duduk Duduk di tempat duduk belakang


yang dipasang di tempat duduk yang tidak mempunyai pelaras tempat
belakang. duduk.

Duduk di tempat duduk bayi yang Duduk di tempat duduk bayi yang
dipasang di tempat duduk hadapan. dipasang di tempat duduk belakang.

Duduk di tempat duduk belakang yang Duduk di atas tempat duduk


tidak mempunyai tempat duduk kanak- kanak-kanak di tempat duduk
kanak. belakang.

HP PKJR: 6.1.3 23
30
km/j

Aktiviti 22

Alat penahan berfungsi untuk menahan pemandu dan semua


penumpang daripada terhumban ke hadapan ketika perlanggaran
atau semasa membrek kecemasan.

Salah satu alat penahan yang terdapat di dalam kereta ialah tali
pinggang keledar. Tali pinggang keledar hendaklah digunakan oleh
pemandu dan penumpang. Tali pinggang keledar ini perlu dilaraskan
supaya kemas, selamat dan selesa kepada pemandu serta semua
penumpang.

Bayi yang berusia kurang daripada setahun hendaklah diletakkan


di dalam tempat duduk bayi di bahagian tempat duduk belakang.
Tempat duduk bayi hendaklah menghadap ke belakang dan diikat
dengan kemasnya menggunakan tali pinggang keledar.

Bagi kanak-kanak yang berusia satu hingga empat tahun,


mereka hendaklah diletakkan di tempat duduk kanak-kanak yang
dipasang di tempat duduk belakang. Kedudukannya pula hendaklah
menghadap ke hadapan dan diikat dengan kemasnya menggunakan
tali pinggang keledar.

Kesimpulannya, alat penahan mestilah dipakai secara kemas


supaya dapat menghalang pemakainya daripada tercampak keluar
jika berlaku kemalangan.

24 HP PKJR: 6.2.1
km/j

B Tulis nama jenis alat penahan dalam peta pengurusan grafik di bawah.

Alat
Penahan

Tahukah kamu? Memberikan perlindungan yang terbaik.


Tempat duduk bayi yang Menjaga kedudukan kepala, leher dan
menghadap ke belakang adalah tulang belakang semasa perlanggaran.

5X
Melindungi anak anda dan menyerap
lebih kuasa hentakan semasa kemalangan,
mengelakkan tubuh anak anda daripada
selamat terdedah kepada kesan perlanggaran.

(Sumber: http://buckleup.osu.edu/)

HP PKJR: 6.2.1 25
Aktiviti 23

Tulis karangan bertajuk “Saya Tali Pinggang Keledar” menggunakan perkataan


di bawah.

Pendahuluan
tali pinggang keledar – alat keselamatan
Isi 1
fungsi tali pinggang keledar – meningkatkan keselamatan – pemandu
– semua penumpang
Isi 2
mengelakkan pemandu – semua penumpang – terhumban
Isi 3
melindungi pemandu – semua penumpang – kecederaan parah
Penutup
pakai tali pinggang keledar – sangat penting

26 HP PKJR: 6.2.1
Aktiviti 24

Mei Ling: Wah, banyaknya topi keledar di sini, ayah! Ada pelbagai saiz dan
warna.
Ayah: Betul, Mei Ling. Walau bagaimanapun, ayah akan memilih topi keledar
yang selamat dan sesuai untuk kamu.
Mei Ling: Ayah, apakah langkah-langkah memilih topi keledar?
Ayah: Pastikan topi keledar ini mempunyai label piawaian Standard
Malaysia. Kita juga mesti memilih topi keledar mengikut saiz yang
sesuai. Biasanya, saiz topi keledar kanak-kanak lebih kecil daripada
saiz dewasa. Kemudian, pilihlah warna yang terang supaya mudah
dilihat seperti merah, putih atau kuning.
Mei Ling: Mengapakah topi keledar perlu ada label piawaian Standard Malaysia,
ayah?
Ayah: Topi keledar yang mempunyai label piawaian Standard Malaysia,
berkualiti dan menjamin keselamatan semasa menggunakannya.
Mei Ling: Baiklah, ayah. Saya mahu topi keledar yang berwarna kuning.
Ayah: Encik, tolong ambilkan topi keledar yang berwarna kuning itu.
Ah Meng: Baik, encik.
Mei Ling: Ayah, ajarkan saya cara memakai topi keledar yang betul.
Ayah: Mula-mula, pakai topi keledar untuk memastikan saiznya sesuai.
Kemudian, kancingkan tali keledar dan laraskan sehingga kemas dan
selamat.
Mei Ling: Terima kasih, ayah. Saya berjanji akan sentiasa memakai topi keledar
dengan betulnya.

KEDAI
MOTOSIKAL

HP PKJR: 6.3.3 27
BBM

Aktiviti 25

kecil besar

Saiiz
Saiz
iz

Warrn
Warna
rna
Bentuk

Peleka
Pelekat

28 HP PKJR: 6.3.3
km/j

Istilah Maksud

Alat penahan Alat untuk menahan pemandu dan penumpang daripada terhumban
ke hadapan dalam perlanggaran atau semasa membrek kecemasan.

Alat perlindungan Pakaian atau peralatan yang boleh melindungi pemandu atau penumpang
daripada impak stereng atau panel kenderaan. Contoh: beg udara dan topi
keledar motosikal atau basikal.

Aliran lalu lintas Arah pergerakan trafik atau kenderaan di jalan raya.

Batas kebun Pembahagi jalan yang bertujuan untuk membahagi laluan jalan kepada
dua arah berlainan. Batas kebun boleh mempunyai objek seperti tiang
lampu, pokok atau tanaman rimbun.

Bebendul Bahagian tepi jalan raya yang merupakan kaki lima pembahagi jalan
atau bahu jalan yang bertemu dengan jalan raya. Bebendul biasanya
diperbuat daripada konkrit dan berfungsi sebagai tulang untuk perparitan
jalan raya yang baik. Bebendul juga berfungsi untuk meningkatkan
keselamatan, iaitu dengan memastikan pemandu kenderaan bermotor
memandu jauh dari bahu jalan, pembahagi jalan atau kaki lima.

Beg udara Beg daripada fabrik nilon yang nipis dan terlipat di dalam stereng atau
papan pemuka. Beg udara juga terdapat pada pintu atau tempat duduk
penumpang sebagai tambahan kepada ciri keselamatan jika dilanggar
dari arah sisi. Jika berlaku kemalangan, beg udara akan menggelembung
dan mengempis dalam masa kurang daripada sesaat (sekitar 0.05 saat).
Proses ini memperlahankan pergerakan ke hadapan pemandu dan
penumpang serta mengurangkan kecederaan serius.

Bonggol Alat penenang trafik berupa binaan yang agak tinggi sedikit daripada
permukaan jalan raya yang bertujuan untuk memaksa pemandu
memperlahankan kelajuan kenderaan, terutamanya di kawasan
perumahan atau sekolah.

Bulatan Jalan berbentuk lingkaran yang membolehkan trafik bergerak lancar


dalam satu arah.

Dikancingkan dan Mengancingkan dan mengetatkan tali keledar mengikut kesesuaian


dilaraskan pemakai bagi mengelakkan kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

Garis median Garisan berwarna putih di jalan raya yang berfungsi sebagai pembahagi
lorong.

29
Istilah Maksud

Garisan penanda Garisan berupa tanda anak panah di atas permukaan jalan yang
jalan berfungsi sebagai penunjuk arah lalu lintas.

Had laju Kadar kelajuan yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh pemandu kenderaan.
kenderaan Biasanya dipaparkan di papan tanda atau badan kenderaan berat.

Imej orang hijau Simbol berupa orang berwarna hijau yang terdapat pada lampu isyarat
pejalan kaki. Pejalan kaki hanya boleh melintas apabila imej orang hijau
pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala dan trafik telah berhenti.

Imej orang merah Simbol berupa orang berwarna merah yang terdapat pada lampu isyarat
pejalan kaki. Pejalan kaki dilarang melintas apabila imej orang merah
pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala.

Isyarat tangan Gerakan tangan bagi menunjukkan isyarat tertentu oleh anggota polis
polis trafik yang bertugas mengawal lalu lintas di jalan raya.
Jaket pemantul Pakaian keselamatan yang memantulkan cahaya.
cahaya
Jalan bandaran Jalan yang terdapat dalam kawasan bandar. Jalan ini menghubungkan
bandar kecil dengan bandar kecil yang lain.

Jalan kampung Jalan yang terdapat di kawasan kampung.

Jalan negeri Jalan yang menghubungkan dua buah negeri yang dibina melalui
pembiayaan kerajaan negeri.

Jalan persekutuan Jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar utama antara negeri.
Contoh: jalan yang menghubungkan Kuantan dengan Kota Bharu.

Jejambat Jambatan jalan raya yang dibina merentasi atau melangkaui sebatang
jalan lain.

Jejantas Jambatan untuk pejalan kaki melintas jalan, biasanya dibina di atas
jalan raya yang sibuk.

Jentera Kenderaan berat.

Jentera berantai Kenderaan berat yang beroda rantai. Contoh: kereta perisai dan jentolak.

Jentera beroda Kenderaan berat beroda besar. Contoh: jentera kaut dan traktor.

30
Istilah Maksud

Kancing Logam, kayu, tulang atau plastik, berbingkai segi empat atau lengkung
yang dipasang pada tali keledar untuk keselamatan.

Kebolehlihatan Keadaan dapat melihat sesuatu pada waktu malam atau waktu kurang
pencahayaan akibat faktor masa atau cahaya.

Kenderaan awam Kenderaan yang disediakan untuk kemudahan orang ramai.

Kenderaan berat Kenderaan bermotor yang beratnya bersamaan dengan muatan melebihi
lima tan seperti bas, lori dan sebagainya.

Kenderaan berel Kenderaan pengangkutan bergerabak yang bergerak di atas rel dengan
menggunakan kuasa elektrik atau ditarik oleh kepala gerabak. Contoh:
LRT, ERL dan kereta api.

Kenderaan darat Kenderaan yang bergerak di darat.


Kenderaan Kenderaan yang dimiliki oleh individu atau milik sendiri.
persendirian
Kesesakan trafik Keadaan yang disebabkan oleh kenderaan yang sangat banyak di jalan
raya dan menyebabkan pergerakan trafik kurang lancar.

Ketidakbolehlihatan Kesukaran pengguna jalan raya melihat sesuatu dengan jelasnya


disebabkan faktor cuaca atau masa.

Komponen Bahagian kenderaan yang boleh menjadikan kenderaan lengkap atau


kenderaan sempurna.

Laluan kongsi Laluan yang boleh digunakan secara bersama-sama oleh penunggang
basikal dan pejalan kaki.

Laluan pejalan kaki Laluan yang disediakan khusus untuk kegunaan pejalan kaki.

Laluan sikal Laluan pada sebahagian daripada jalan raya yang dikhaskan untuk
kegunaan kenderaan beroda dua.

Lampu isyarat Alat penunjuk bagi menandakan aturan dan masa yang selamat untuk
melepasi simpang jalan, sama ada memandu terus, belok ke kanan
atau ke kiri atau membuat pusingan U.

Lampu isyarat Lampu isyarat yang mempunyai imej orang hijau dan imej orang merah
pejalan kaki yang digunakan oleh pejalan kaki sebagai isyarat melintas jalan.

31
Istilah Maksud

Lawan arah trafik Arah pergerakan pejalan kaki atau kenderaan tertentu yang berlawanan
dengan pergerakan arus semasa.
Lebuh raya Jalan raya utama yang lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar
dengan bandar lain.
Lintasan pejalan Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara
kaki melintang di atas jalan raya untuk menjadi tempat pejalan kaki melintas
dengan selamatnya.
Lintasan pejalan Lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat pejalan kaki.
kaki berisyarat
Lintasan sekolah Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara
melintang di atas jalan raya untuk menjadi tempat kanak-kanak sekolah
melintas dengan selamatnya. Lazimnya, lintasan ini dikawal oleh petugas
atau peronda lintasan sekolah.
Lopak Lekuk yang berair.
Momentum Daya yang mendorong pergerakan sesuatu.
Pad lutut Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian lutut.

Pad siku Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian siku.

Parkir Tempat yang dikhususkan untuk meletakkan kenderaan.

Pelaras tempat Sejenis tempat duduk kanak-kanak yang boleh dilaraskan mengikut
duduk kesesuaian dan saiz badan untuk keselamatan kanak-kanak di dalam
kenderaan.

Pelekat pemantul Alat yang digunakan untuk membalikkan cahaya kepada pemandu
cahaya kenderaan lain pada waktu malam.

Pembahagi jalan Ruang pemisah antara dua aliran trafik yang bertentangan di bahagian
tengah jalan raya atau lebuh raya. Pembahagi jalan terdiri daripada
tembok konkrit, rel adang ataupun ruang tanah kosong yang lapang.

Pembonceng Orang yang duduk di bahagian belakang penunggang motosikal.

Penanda jalan Simbol-simbol trafik yang terdapat pada permukaan jalan raya yang
mesti dipatuhi untuk mengawal, memberikan amaran dan panduan
kepada pengguna jalan raya.

32
Istilah Maksud

Pencahayaan Pengenaan cahaya langsung ke arah objek yang perlu diterangi.

Pengawal trafik Orang yang bertugas mengawal selia aliran lalu lintas supaya bergerak
lancar dan selamat.

Penunggang Orang yang menunggang kenderaan beroda dua atau tiga seperti
motosikal dan basikal.

Perabot jalan raya Objek atau kelengkapan yang dipasang di jalan raya untuk tujuan
tertentu. Contoh: batas kebun, pasu bunga dan pulau pelindung.

Peraturan jalan Amalan keselamatan yang boleh meningkatkan kesedaran pengguna


raya jalan raya semasa menggunakan ataupun berada di jalan raya.

Perhentian bas Tempat yang dikhaskan untuk bas berhenti bagi mengambil atau
menurunkan penumpang.

Peronda lintasan Individu yang bertugas meronda di kawasan lintasan sekolah dengan
sekolah memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh ketua pegawai polis
dan diberikan kuasa untuk menahan atau memberhentikan kenderaan
bagi membolehkan murid melintas.

Prasarana jalan Keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas yang terdapat di jalan
raya raya. Contoh: lampu jalan, terowong dan lintasan pejalan kaki.

Pulau pelindung/ Kawasan simpanan di tengah-tengah jalan raya. Lazimnya dibina


Pelindung pejalan di kawasan jalan raya yang lebar atau tiada lampu isyarat untuk
kaki membolehkan pejalan kaki berhenti sebelum melintas jalan.

Rel adang Rel keluli atau kabel keluli yang dipasang bagi mengelakkan pemandu
daripada terbabas.

Selekoh Jalan yang berkelok, berbelok atau berliku.

Sensor undur Alat pengesan untuk mengesan sebarang objek yang berdekatan
supaya pemandu berwaspada sewaktu mengundurkan kenderaan.

Simpang Jalan yang melencong, bercabang atau berpisah dari jalan yang lurus.

Standard Panduan yang menggariskan ciri keselamatan yang diguna pakai untuk
keselamatan menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

33
Istilah Maksud

Tali pinggang Alat penahan yang terdapat di bahagian tengah tempat duduk belakang
ikatan pinggang kenderaan. Alat ini dipasang di pinggang dan boleh diketatkan atau
dilonggarkan mengikut kesesuaian dan keselesaan.

Tali pinggang Alat penahan yang dipakai oleh pemandu dan penumpang kenderaan
keledar untuk mengelakkan pergerakan yang berbahaya akibat perlanggaran
atau pemberhentian secara mengejut.

Tempat isyarat Simbol atau lambang yang terdapat di jalan raya termasuklah semua
lalu lintas isyarat, tiang isyarat amaran, tiang tunjuk arah, garisan atau peranti
lain bagi arahan atau petunjuk kepada pemandu dan pengguna jalan
raya. Tanda isyarat ini berfungsi sebagai isyarat keselamatan jalan raya
kepada pemandu dan pengguna jalan raya untuk memberikan panduan
dan peringatan agar mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Tempat duduk Tempat duduk yang dikhususkan untuk bayi di dalam kenderaan yang
bayi berfungsi melindungi bayi daripada terhumban ke hadapan sekiranya
berlaku hentakan atau perlanggaran. Tempat duduk bayi perlu
dipasangkan dengan kemasnya di bahagian kerusi penumpang belakang.

Tempat duduk Tempat duduk yang dikhususkan untuk kanak-kanak berfungsi


kanak-kanak untuk melindungi kanak-kanak daripada terhumban ke hadapan. Alat
keselamatan berbentuk seperti kerusi ini perlu dipasangkan dengan
kemasnya di tempat duduk penumpang belakang.

Topi keledar Topi keselamatan yang dipakai oleh penunggang dan pembonceng
motosikal dan basikal.

Undang-undang Akta atau peraturan yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya
jalan raya yang telah diputuskan melalui parlimen. Perlanggaran terhadap
undang-undang jalan raya boleh dikenakan saman.

Waktu puncak Waktu lalu lintas yang paling sibuk.

34

You might also like