You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Kampar


192, Jalan Bukit , Kod Sekolah : ABA9008
31900 Kampar Tel Sekolah : 05-4651237
Perak Darul Ridzuan Faks Sekolah : 05-4651237
E-mail Sekolah : aba9008@moe.edu.my
_________________________________________________________________________________
“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj. Kami : SKK/ABA9008/600-3/1/6(5)


Tarikh : 25 Julai 2023

GURU BESAR
SK Sentosa
Bandar Baru Kampar
31900 Kampar
Perak.

Tuan,

JEMPUTAN ACARA 4 X 100M SUKAN TAHUNAN SK KAMPAR KALI KE 55 TAHUN 2023

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Kampar akan mengadakan sukan tahunan kali ke 55 pada ketetapan yang
berikut:
Tarikh : 28 julai 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Padang Astaka Majlis Daerah Kampar

3. Oleh itu pihak kami ingin menjemput tuan menghantar atlet daripada sekolah tuan untuk menyertai acara jemputan
4 x 100m bagi kategori lelaki B12 dan perempuan B12 .

4. Kesudian dan jasa baik tuan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah

_________________________
RAMLAN JAFERY B MAT JOHAN
GURU BESAR
SK KAMPAR
31900 KAMPAR PERAK

s.k : Fail Kokurikulum


‟SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN”

“MENGANGKAT HARGA DIRI DAN MARUAH ANAK DIDIK KITA”


....................................................
....................................................
....................................................
.....................................................

Kepada
Setiausaha Sukan,
SK Kampar 192 Jalan Bukit
31900 Kampar
Perak Darul Ridzuan.

JEMPUTAN ACARA 4 X 100M ANTARA SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa sekolah kami akan/tidak akan mengambil bahagian dalam acara sukan diatas
dalam kategori

a. 4 x 100m antara sekolah Lelaki

b. 4 x 100m antara sekolah Perempuan

Sekian Terima Kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah

_________________________

‟SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN”

“MENGANGKAT HARGA DIRI DAN MARUAH ANAK DIDIK KITA”

You might also like