You are on page 1of 2

PUDING ROTI

Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

NOTA:
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya..
ataupun cream coklat.
PUDING ROTI LAICI

Bahan
1 buku roti saiz kecil [450gm kot]
1 tin susu cair
1 tin air
1 tin buah laici
1/2 cawan gula halus/ gula kastor
2 biji telur
2 s/b tepung jagung

Sos Caramel
1 cawan gula perang [brown sugar] [ masakkan sampai pekat]
1/2 cawan air

Cara.
1. Koyakkan isi buah laici dan roti pada saiz kecil.
2. Campurkan semua bahan cecair dan rendamkan semua bahan selama 1 jam.
3. Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam
4. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.
5. Hidangkan dengan sos caramel.

You might also like