You are on page 1of 1

GURU KELAS Tugas dan Peranan Mengawas Kesempurnaan Bilik Darjah 1.

Kesempurnaan dan susunan meja/kerusi murid dan guru. 2. Meningkatkan kebersihan dan keceriaan bilik darjah. 3. Papan kenyataan dalam bilik darjah digunakan dengan berfaedah, dilengkapi dengan jadual waktu kelas,jadual giliran bertugas murid dan sudut akademik. 4. Memastikan kerosakan kelengkapan dilapor dan diambil tindakan serta merta. 5. Menggalakkan penubuhan perpustakaan mini kelas. 6. Melantik ketua dan penolong ketua kelas dari kalangan murid. Pentadbiran 1. 2. 3. 4. Menerima kemasukan pelajar yang berpindah sekolah. Memaklumkan kepada GB/GPK tentang bilangan murid dari semasa ke semasa. Merekod dan mengemaskinikan semua butir murid dalam Buku Kedatangan Kelas. Mengambil dan menyemak kehadiran Harian Murid dan mengembalikan Buku Kedatangan Murid ke Pejabat Am sebelum waktu rehat setiap hari. 5. Menyediakan senarai murid kelas, merekod keputusan peperiksaan dalam Buku Rekod Mengajar/ Borang Markah SAP16 / Buku Kemajuan Murid. 6. Bertanggungjawab terhadap Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kelas, pemberian dan pengembalian buku teks dan direkodkan. 7. Mengemaskini dan memastikan bahan berikut sentiasa ada ; ~ Buku Kad Kemajuan Murid / Buku Rekod Profil ~ Kad 001R dan Kad Kesihatan Menangani Disiplin murid 1. Menjelaskan peraturan-peraturan sekolah kepada murid dan memastikan murid mematuhinya. 2. Mengambil tindakan awal terhadap murid yang melanggar peraturan-peraturan sekolah. 3. Merekod salah laku murid ke dalam kad disiplin dan memberi amaran kepada murid tentang merit demerit yang terkumpul. 4. Merekod dan mengemaskini semua butir murid dalam Buku Kedatangan Kelas. 5. Mengambil dan menyemak kehadiran harian murid setiap hari. 6. Mngutip yuran dan menyerahkan wang kepada Pembantu Tadbir sekolah dengan secepat mungkin dan perolehi resit daripada PT tersebut dan merekodkannya. 7. Melapor kepada PKHEM untuk bertindak seperti di bawah ini : Menghantar surat amaran pertama kepada ibu bapa / penjaga murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut / 10 hari berturut-turut ,surat susulan/ amaran kedua bagi murid tidak hadir 10 hari berturut-turut / 15-20 hari berturut-turut / 40 hari berturut-turut untuk mendapatkan penjelasan dan surat pengesahan berhenti sekolah bagi murid yang tidak hadir satu bulan.

You might also like