You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI NIBONG

45400 SEKINCHAN
SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


BILANGAN 1 TAHUN 2021

Tarikh : 26 JANUARI 2021 (SELASA)

Masa : 11.00 PAGI

Tempat : BILIK MESYUARAT SK SG NIBONG

Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1. Pn. Fatimah binti Arabian, PPC Guru Besar SK Sg Nibong
2. En. Suhaimi bin Saleh PK Pentadbiran
3. En. Mohd Feisal bin Mohd Pop Ketua Panitia
4. Pn. Nur Asma binti Abd Somad AJK Panitia
5. Pn. Engku Fazidah binti Engku Fauzi AJK Panitia

Turut Hadir .
1.
2.
3.

Tidak Hadir (Bersebab)


1.
2.
3.

Urus Setia Mesyuarat :


1. En. Mohd Feisal bin Mohd Pop Ketua Panitia Bahasa Inggeris

AGENDA MESYUARAT
1 PERUTUSAN GURU BESAR ( Pn. Fatimah binti Arabian, PPC
1.1 Mengucapkan terima kepada semua guru kerana dapat hadir dalam
Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bilangan 1 / 2021.
1.2 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Al Fatihah.
1.3 Mengalu alukan kehadiran PK Pentadbiran baru, En Suhaimi bin Saleh, ketua panitia dan guru guru
Bahasa Inggeris.
1.4 Mengucapkan terima kasih kepada guru guru Bahasa Inggeris atas kerja buat untuk 2021 dan
penghargaan kepada En. Mohd Khair yang tidak dapat bersama pada sesi 2021 kerana pengurangan
kelas 2021.
1.5 Cabaran untuk tugas mendidik di tahun 2021 amat mencabar dan guru disarankan agar dapat
menggunakan apa jua medium yang difikrkan memudahkan kedua dua pihak.
1.6 Bersabar dengan keadaan sedia ada dan uruskan tugas dengan baik dan teratur.
1.7 Diharapkan agar dapat melaksanakan mesyuarat panitia mengikut bilangan yang sepatutnya
dilaksanakan.
1.8 Mulakan PBD dari awal agar pentaksiran dan perekodan boleh diselesaikan mengikut jadual yang
telah ditetapkan.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. En. Mohd Feisal bin Mohd Pop membentangkan minit mesyuarat Bil 2 / 2020.
Cadangan : Pn. Nur Asma binti Abd Somad
Sokongan : Pn. Engku Fazidah binti Engku Fauzi
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Rujuk maklum balas Minit Mesyuarat Bil 2/2020.

4 PERKARA BAHARU/PERBINCANGAN PROFESIONAL


4.1 Agihan Tugas Ahli Panitia 2021
4.1.1 PDPC dan PDPR mengikut seperti agihan kelas yang telah ditentukan oleh pentadbir.
4.1.2 Pn. Fazidah binti Engku Fauzi akan menyelaras aktiviti HIP.
4.1.3 Kesemua aktiviti Bahasa Inggeris adalah aktiviti HIP
4.1.4 Rancang satu aktiviti yang melibatkan ibu bapa penjaga.
Makluman

4.2 Agihan Belanja Mengurus Kewangan 2021


4.2.1 PCG Panitia akan diselaras dan dibentang pada Jumaat, 5 Februari 2021.
kelas.
4.2.2 En. Hafizul akan membentang dan mengagihkan PCG Panitia.
4.2.3 PCG perlu selesai pada bulan Oktober 2021.
Makluman

4.3 Pasca Nilai Peperiksaan Akhir Tahun dan PBD 2020


4.3.1 Hanya tahun 6 2020 sahaja yang telah menjawab soalan melalui Modul Latihan Akhir Tahun
dan telah digunakan sebagai salah satu dokumen untuk kemasukan ke sekolah menengah 2021.
4.3.2 Keputusan PBD 2020 masih berada di tahap yang kurang memuaskan dan masih boleh dibaiki
di tahun 2021.
4.3.3 Kenalpasti murid yang memerlukan intervensi agar graf PBD 2021 berada dalam keadaan baik.
4.4.4 Rancang aktiviti PBD yang boleh mengukur keupayaan murid secara atas talian dan direkodkan.
4.4.5 PBD Tahun 5 2021 perlu mengikut aliran CEFR.
Makluman

4.4 Perancangan Strategik Panitia Berdasarkan PSO 2021 – 2025


4.4.1 Telah diselesaikan dan akan diserahkan kepada Setiausaha Kurikulum.
Makluman

4.5 Penggubalan RPT 2021


4.5.1 RPT 2021 perlu berdasarkan Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 yang telah dikeluarkan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
4.5.2 RPT 2021 perlu mengikut kebolehan dan keupayaan murid SKSN dan bukan menggunakan RPT
sekolah lain.
4.5.3 RPT 2021 perlu dihantar bersama sama folder rph pada 19 Februari 2021, Jumaat.
Makluman

4.6 Folder Rekod Mengajar 2021


4.6.1 Semua guru akan menghantar Folder Rekod Mengajar 2021 pada Jumaat, 19 Februari 2021.
4.6.2 Guna jadual PDPR untuk buat RPH.
4.6.3 ‘AKU JANJI’ perlu bertarikh 20 Januari 2021, Rabu.
4.6.4 RPT, DKP 2.0 dan Senarai Nama Murid 2021 perlu disertakan sekali di dalam folder rph.
Makluman

4.7 Penulisan RPH 2021


4.7.1 Mengikut penulisan standard yang telah disebar luas melalui pemberitahuan dan kursus secara
atas talian ( Semakan DSKP 2017 Tahun 5 )
4.7.2 Pastikan perkara asas dalam penulisan RPH ditunjukkan.
4.7.3 RPH dihantar mengikut ketetapan dan arahan oleh pentadbir.
Makluman
4.8 Penetapan Jumlah Buku Latihan 2021
4.8.1 Kurangkan penggunaan buku latihan yang banyak.
4.8.2 Elakkan mengguna dan memberikan latihan dari buku buku sedia ada di pasaran.
4.8.3 Pastikan tugasan yang diberi telah disemak,
Makluman

4.9 Semakan Latihan dan Buku Latihan 2021/Penggubalan Soalan Peperiksaan dan Pencerapan
4.9.1 Semakan latihan dan buku latihan akan dilaksanakan dua kali setahun.
4.9.2 Hantar semua buku dan tugasan murid kepada pentadbir yang telah ditetapkan.
4.9.3 Jadual penghantaran akan diberikan dalam masa terdekat.
4.9.4 Masih belum ada sebarang maklumat berkaitan peperiksaan, fokus kepada PBD.
4.9.5 Tugasan yang diberi perlu sejajar dengan PBD.
4.9.6 Jadual pencerapan akan diberikan dalam masa terdekat.
4.9.7 PLC bersama sekolah terdekat akan dicadangkan kemudian.
Makluman
5. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
5.1 Kertas kerja untuk program 2021 sedang dalam perancangan.
Semua guru
6. HAL HAL LAIN

6.1 Pn Nur Asma binti Abd Somad mencadangkan agar latihan latihan ‘phonics’ tahun 1 agar dapat
dibukukan untuk kegunaan 2022.
6.2 En. Suhaimi bin Saleh mohon agar minit mesyuarat disediakan dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat
dijalankan. Kemaskini semua fail fail panitia untuk 2021.
6.3 Pn. Engku Fazidah binti Engku Fauzi memaklumkan masih belum menerima sebarang tarikh dari PPD
Sabak Bernam mengenai aktiviti aktiviti Kokoria Bahasa Inggeris.
6.4 Pn. Fatimah binti Arabian memberikan sedikit kata kata nasihat untuk Panitia Bahasa Inggeris 2021,
‘ Bukan tebal muka surat laporan, tapi harap aktiviti dapat dilaksanakan. Kejayaan bukan warisan,
kegagalan pula bukan tradisi’.

6 PENUTUP
a. Pengerusi mengharapkan 2021 dapat memberikan sinar baru kepada warga SK Sungai Nibong.
b. Semoga kerja buat untuk 2021 berada di landasan yang betul.
c. Mesyuarat susulan akan diadakan pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
d. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari dengan bacaan Surah AlAsr dan Tasbih
Kifarah.

Urus Setia

MOHD FEISAL BIN MOHD POP


Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SK Sungai Nibong

Tarikh : 29 Januari 2021

You might also like