You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN MERCHONG JAYA, PEKAN, PAHANG.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


KALI KEDUA 2021

TARIKH : 6 MEI 2021 (KHAMIS)


MASA : 1.30 PTG
TEMPAT : BILIK GURU
KEHADIRAN :
1. EN. MOHD AMRI BIN AYOB -Ketua Panitia
2. EN. AHMAD HANIF BIN HASHIM -Setiausaha
3. EN. MUHD ZULLHISHAM BIN MUHAMMAD ZIN - AJK
4. PN. ALAWIYATON BT AHMAD - AJK
5. PN. NOORUL ILYANI BINTI BESAR - AJK
6. EN. ABDULL LATIF BIN ABDULLAH - AJK
7. EN. AMIRIN SOFI BIN ISMAIL - AJK

AGENDA:

1. Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Terima kasih kepada semua ahli panitia yang berusaha untuk hadir walaupun
semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
1.2 Menjelaskan tujuan mesyuarat diadakan untuk membincangkan tentang lembaran
kerja sepanjang PKP 2021 yang bermula pada 17 Mei 2021.
1.3 Menegaskan bahawa guru-guru masih lagi dalam sesi persekolahan, Cuma bekerja
dari rumah semasa PKP. Oleh itu segala urusan berkaitan pantita masih berjalan
seperti biasa.

2. Pembentangan Minit Mesyuarat 1 2021


2.1 Setiausaha panitia membentangkan minit mesyuarat lalu.

3. Pengesahan Minit Mesyuarat 1 2021


3.1 Dicadang oleh: Pn. Alawiyaton binti Ahmad
Disokong oleh: En. Muhammad Zullhisham bin Muhammad zin

4. Perkara Berbangkit
4.1 Tiada
5. Analisis Keputusan Ujian TOV Tahun 6 2021
5.1 En. Mohd Amri membentangkan keputusan ujian TOV murid Tahun 6.
5.2 Walaupun masih di peringkat awal, namun hasil keputusan juga
memberikan para guru inisiatif dalam memperbaharui dan
mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi memastikan murid memahami
sesuatu kandungan topik tersebut sebaiknya.
5.4 Guru-guru sudah boleh memikirkan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan
bagi memantapkan lagi penguasaan murid dalam topik-topik terbabit.
5.5 Gunakan platform pembelajaran yang telah disediakan oleh pihak
kementerian pada masa ini sebaiknya agar murid-murid kita terus belajar.
5.6 Usahakan juga agar semua anak didik yang kita ajar terbabit dalam
pembelajaran yang sedang dijalankan, walaupun mereka dalam kekangan
kemudahan ict, peranti, capaian internet dan sebagainya. Segala
maklumat haruslah sampai kepada murid.
5.7 Bincangkan program-program untuk murid Tahun 6 yang perlu dilaksanakan
semasa sesi PDPR bagi memastikan prestasi sekolah sentiasa baik.

5. Lembaran Kerja PDPR


5.1 Setiap guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan lembaran kerja
masing-masing untuk digunakan semasa sesi PDPR.
5.2 Guru bebas menggunakan platform yang ada sebagai medium
pembelajaran tetapi harus bersesuaian dengan murid dan pastikan setiap
latihan yang dijawab oleh murid disemak.
5.3 Guru boleh menjadikan semua lembaran kerja secara offline dan online sebagai
eviden PBD.

6. Hal-hal Lain
6.1 Jalankan program-program panitia mengikut perancangannya. Pastikan
pengisiannya padat walaupun ringkas kerana kekangan masa pengajaran
yang disebabkan PKP.
6.2 Program-program yang lain juga perlu diberi penekanan untuk dilaksanakan bagi
memastikan sukatan pelajaran terlaksana sepenuhnya nanti.

7. Ucapan Penangguhan
Ketua Panitia menegaskan agar para guru berusaha melaksanakan tugas sebaik mungkin
dalam situasi yang sukar pada masa ini dan bersama membantu usaha-usaha kerajaan yang sedang
dilaksanakan terutamanya dalam mengatasi cabaran-cabaran pendidikan norma baru ini.

Mesyuarat ditangguhkan jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,

……………………………
(En. Ahmad Hanif bin Hashim)
Setiausaha Panitia Sains
SK Merchong Jaya.

You might also like