You are on page 1of 4

SJKC CHUNG HUA LADANG GEDDES

MINIT MESYUARAT HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)


BIL. 1 TAHUN 2021

Tarikh : 12.01.2021
Masa : 2.45 hingga 3.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran :
1 Lee Chet Yin 2 Lim Hui Ping
3 Yong Song Ping 4 Lee Su Hau
5 Choo Jia Hui 6 Lim Shok Yian
7 Kong Ming Yau 8 Lee Soo Chan
9 Chen Jia Xin 10 Lim Ann Ki
11 Lim Pei Luan 12 Aznida bt. Ali
13 Chu Yung Leng 14 Leu Qiao Xin
15 Tee Geok Wah 16 Lee Me Ling

1. Ucapan Alu-aluan Penasihat dan Pengerusi

1.1 Ucapan Penasihat Cikgu Lee Chet Yin

1.1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru ke mesyuarat Highly Immersive Programme


(HIP) kali pertama tahun 2021.
1.1.2 Beliau berharap semua ahli bekerjasama supaya panitia ini dapat dimajukan dan
dijayakan.

1.2 Ucapan Pengerusi Cikgu Choo Jia Hui

1.2.1 Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih kepada semua guru yang
hadir
pada mesyuarat kali pertama ini.
1.2.2 Beliau berharap semua guru memberi pendapat atau cadangan dalam mesyuarat ini
supaya program atau aktiviti dapat dijalankan dengan lebih lancar pada masa yang akan
datang.

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Cadangan : Cikgu Lee Me Ling


Sokongan : Cikgu Kong Ming Yau

3. Perkara-Perkara Berbangkit

- Tiada -

4. Pembentangan Kertas Kerja / Isu / Laporan


4.1 Pengenalan HIP
a) Pengerusi memaklumkan bahawa HIP merupakan program yang diperkenalkan di bawah
dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid melalui penggunaan Bahasa Inggeris yang lebih meluas di sekolah.
b) Highly Immersive Programme (HIP) wajib dilangsungkan dan ia melibatkan semua guru
(bukan guru Bahasa Inggeris sahaja) di sekolah termasuk pihak kantin dan pengawal
sekolah.
c) Sebarang aktiviti pengayaan Bahasa Inggeris sedia ada boleh diteruskan di bawah aktiviti
HIP.
Tindakan: Makluman semua guru
4.2 Aktiviti-aktiviti HIP
a) Aktiviti-aktiviti HIP dikategorikan kepada dalam kelas, luar kelas, kelas bimbingan dan
outreach.
b) Aktiviti-aktiviti HIP yang akan dijalankan pada tahun ini adalah seperti berikut:

4.2.1 Aktiviti dalam kelas


a) Fun-learning dalam kelas
- Guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris pada tahun 2021 adalah seperti berikut.
Nama Guru Kelas
Choo Jia Hui 1M
Lim Hui Ping 2M
Choo Jia Hui 3M
Lim Hui Ping 4M
Lee Su Hau 5M
Lee Su Hau 6M
- Guru-guru mata pelajaran lain digalakkan untuk menggabungjalinkan Bahasa Inggeris
dalam aktviti kelas.
b) Bacaan pagi (setiap hari Rabu)
- Jadual bacaan pagi telah diagihkan kepada setiap guru. Guru-guru bertugas bacaan
pagi Bahasa Inggeris adalah seperti berikut.
Hari : Setiap hari Rabu
Masa : 7.20 pagi - 7.30 pagi
Nama Guru Kelas
Chu Yun Leng 1M
Lim Hui Ping 2M
Aznida bt. Ali 3M
Chen Jia Sin 4M
Yong Song Ping 5M
Lee Su Hau 6M
c) Learn A Word A Day ( untuk murid Tahun 5, 6 )
d) Sudut BI di dalam kelas
e) Show and Tell
- Murid-murid diberi tema/ tajuk oleh guru BI masing-masing.
- Murid-murid mengambil giliran dan bercerita dengan ayat yang mudah di hadapan
kawan.
Tindakan: Makluman semua guru
4.2.2 Aktiviti luar kelas
a) Minggu Bahasa Inggeris
- Aktiviti minggu Bahasa Inggeris meliputi Rhyme Recital, Story Telling dan pertandingan
Scrabble.
- Minggu Bahasa Inggeris akan berlangsung sepanjang minggu iaitu 5 – 9 July 2021.
- Guru Bahasa Inggeris perlu membuat persiapan awal bagi melatih murid-murid dalam
pertandingan.
- Setiap pertandingan di bawah Minggu Bahasa Inggeris perlu diiringi 3 pemenang dan
beserta gambar bagi memudahkan setiausaha membuat laporan.
b) HIP In Board
- Jadual menguruskan papan kenyataan BI telah disediakan. Guru-guru diminta untuk
menghiaskan papan kenyataan tersebut berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.
A
Choo Jia Hui
20.1.2021 – 26.3.2021
B
Lim Hui Ping
05.4.2021 – 29.5.2021
C
Lee Su Hau
14.6.2021 – 10.9.2021
D
Choo Jia Hui
20.9.2021 – 10.12.2021
c) Program Radio
- Dijalankan pada waktu rehat.
d) Latihan Keselamatan Kawad Kebakaran
Tindakan: Makluman semua guru
4.2.3 Aktiviti Kelas Bimbingan
a) Program Mentor Mentee untuk Tahun 6
- Ahli panitia BI akan menyediakan set latihan membina ayat/ karangan Bahasa Inggeris.
- Guru BI akan diagihkan untuk memberi bimbingan dan membantu murid Tahun 6 dalam
meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris mereka.
Tindakan: Makluman semua guru BI
4.2.4 Aktiviti Outreach
a) Learning English with Nurse
b) Fun with Uncle Milo
c) Learning English with Firefighter ( bulan Jun )
Tindakan: Makluman semua guru
a) Aktiviti-aktiviti di atas akan dilaksanakan dengan bantuan semua guru. Guru-guru Bahasa
Inggeris juga perlu memantau agar perjalanan aktiviti-aktiviti di atas berjalan dengan lancar.
b) Pengerusi berharap guru-guru Bahasa Inggeris dapat bekerjasama sepenuhnya bagi
menjayakan aktiviti-aktiviti HIP dan Minggu Bahasa Inggeris.
c) Guru-guru diingatkan segala aktiviti yang dijalankan perlu mengambil gambar. Gambar
tersebut boleh dimuat naik ke google drive sekolah untuk memudahkan guru.
Tindakan: Makluman semua guru
4.3 HIP BELEC 2021
a) Pengerusi memaklumkan bahawa HIP BELEC adalah kaedah-kaedah dalam satu inisaitif
Unit Bahasa Inggeris PPDJJ untuk mendapatkan laporan pelaksanaan aktiviti-aktiviti HIP di
sekolah dan memberi pengiktirafan kepada sekolah yang berjaya melaksanakan HIP
dengan baik.
b) Segala aktiviti yang berkaitan dengan HIP boleh didokumentasikan sebagai persediaan HIP
BELEC 2021.
c) Laporan yang berkaitan dengan HIP juga perlu direkodkan dan difailkan dengan lengkap
agar dijadikan bukti bukan lisan.
Tindakan: Makluman semua guru

4.4 Anggaran Perbelanjaan HIP 2021


a) Peruntukan bagi HIP belum ditentukan lagi.
b) Pengerusi mencadangkan beberapa barangan yang diperlukan seperti kertas warna,
laminate film dan sentence stripe board.
Tindakan: Makluman semua guru
4.5 Alat Penilaian HIP (Self Assessment Tool HIP)
a) Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru dikehendaki untuk menjalankan dua kali
(sebelum Mei dan sebelum Nov) penilaian kendiri dengan mengisi skor terbaharu pada
tahun 2021.
b) Penilaian kendiri HIP akan diisi oleh seramai 6 orang murid, 5 orang ibu bapa, 6 orang guru
dan juga 2 orang pihak atasan sekolah (Guru Besar dan GPK ).
c) Pelaporan HIP kepada Unit Bahasa PPDJJ akan dibuat 2 kali setahun ( Mei dan
November ) oleh penyelaras HIP.
Tindakan: Makluman semua guru
5. Hal-hal Lain
5.1 Aktiviti Outreach
a) Sekolah hendaklah mengadakan aktiviti Outreach sekurang-kurangnya sekali dalam
setahun. Pengerusi berharap semua guru dapat memberi pendapat atau cadangan dan
mempertingkat penglibatan ibu bapa serta mewujudkan kolaborasi dengan pihak luar dalam
aktiviti Bahasa Inggeris di sekolah.
b) Pembelajaran kritis secara kreatif adalah diutamakan dan interaksi murid dalam Bahasa
Inggeris diberi penekanan dalam semua aktiviti.
Tindakan: Makluman semua guru
5.2 Pemantauan PPDJJ/ JPNS
a) Pemantauan terhadap pelaksanaan aktiviti HIP akan dijalankan secara berterusan.
b) Semua guru diingatkan mengemaskinikan fail-fail panitia dan fail-fail program dasar KPM.
Maklumat hendaklah terkini.
Tindakan: Makluman semua guru
6. Penutupan / Ucapan Penangguhan
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh,

.....................................
Choo Jia Hui
Setiausaha HIP Bil.1 / 2021
Tarikh : 12 / 1 / 2021

You might also like